Tengah hari semalam, rancangan Wanita Hari Ini ada menampilkan beberapa orang pereka fesyen lelaki. Tidak pastilah apa yang dibualkan dalam bual bicara tersebut. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan tersebut kerana sedang menggosok seluar yang berkedut. Ustaz ******** dan Ustaz ***** (dibintangkan nama mereka kerana mahu manjaga aib) yang baru sahaja selesai menjalankan tugasan masing-masing nampaknya sibuk menceritakan tentang satu gaya yang terdapat dalam kesemua (rasanyalah, sebab saya tak perhatikan, hanya berdasarkan mereka berdua) pereka-pereka fesyen tersebut: LEMBUT.
Semua orang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam mengetahui bahawa tindakan menyerupai sifat jantina lawannya adalah berdosa dan barangsiapa yang cuba menyerupai, maka mereka akan menjadi bahan bakar api neraka,
na'uzubillahi min zalik! Bahkan, Nabi Muhammad
saw sendiri tidak mahu mengakui orang-orang sebegini sebagai umat baginda!
Betapa berat sekali hukuman yang bakal diterima oleh orang-orang 'lembut' ini.
Tetapi, adakah kita boleh meletakkan seratus peratus kesalahan menjadi 'lembut' ke atas bahu mereka? Jawapan saya: Tidak.
Mereka tetap bersalah kerana 'melembutkan' diri, tetapi kita sebagai orang yang peka seharusnya tidak menuding ke arah mereka dan mentertawakan 'kelembutan' mereka berterusan.