Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

26 January 2011

Selfish Ke?


Pleaz.. Aku kne hntr khamis ni jgk..=(
Teks SMS diterima
23:22, 25 Januari 2011

Bukan selalu tidak dapat memenuhi permintaan seorang kawan yang memerlukan pertolongan. Cuma dalam keadaan ini, saya sememangnya tidak mampu untuk membantu kerana kesuntukkan masa.

Kawan yang sejati adalah kawan yang saling membantu, terutama sekiranya terdapat kawan yang sememangnya memerlukan bantuan. (Rindu masa ni...)
Kebetulan malam tadi, saya dihubungi oleh seorang kawan yang sedang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam berhampiran Kuala Lumpur. Oleh kerana kesuntukan masa yang dia hadapi, dia meminta pertolongan untuk menyiapkan satu task mengenai sebuah english magazine yang tidak disukai. Kebetulan semasa saya menjawab panggilan tersebut, saya sedang menonton drama bersiri Hani di TV3 sambil menjamu selera, so saya sememangnya tidak boleh menjanjikan apa-apa kerana tumpuan ketika itu tertumpu pada skrin TV dan makanan yang sedang dijamah. Tak banyak, just satu muka kertas A4 sahaja.

Nampak macam sedikit, tapi sebenarnya agak payah. Satu task yang meminta kita menyenaraikan mengapa kita tidak menyukai sesebuah magazine. Lebih detail lagi, english magazine. Dah lah saya tak menyentuh sebarang english magazine (kecuali yang mana berkenan sahaja), jauh sekali untuk mengambil tahu sebarang magazine yang langsung tidak disukai.

Kalau english newspaper, saya masih boleh gagahkan jugalah. Saya masih lagi baca certain english newspapers walaupun newspaper itu tidak saya suka sebab kandungannya bersifat semasa. Itu pun saya baca tak keseluruhan newspaper sebab kebanyakkan english newspaper tebal-tebal jika dibandingkan dengan any malay newspaper yang sama harga dengannya (tebal berita ke atau tebal iklan?).

Task tersebut dia terima semalam (Selasa, 25 Januari) dan dikehendaki untuk dihantar pada Khamis ini. Semuka je pun, takkan tak boleh buat sendiri kot?

Pelik juga. Kalau setakat task semuka, takkan tak boleh nak siapkan sendiri? Ambillah masa dalam dua jam, buat searching bersama-sama dengan Lebai Google mengenai sebarang Malaysian english magazine. Agak mudah bagi seorang mahasiswa ijazah sarjana muda yang mana mendapat anugerah dekan dari semester kedua sehingga semesta akhir semasa diploma dahulu.

Memang pelik. Tetapi disebabkan kerana terlampau banyak assignments yang perlu disiapkan dan kebetulan perlu dihantar pada hari yang sama; Khamis, maka task yang semudah semuka ini terasa payah.

Kebetulan semuanya berlaku sekelip mata. Jika saya berada dalam kedudukannya, pastinya saya mati akal, dan mungkin meroyan meminta tolong daripada orang lain.

Kebetulan juga, saya menjadi salah seorang (saya tak tahu berapa orang yang dia hubungi) daripada orang yang diharapkan pertolongan. Jawapan saya ketika menjawab panggilan hanya ringkas; "Insya-Allah, nanti aku bagi jawapan sebelum pukul 11."

Mana boleh janjikan sebarang janji jika mata dan hati masih tertumpu pada drama Hani sambil tangan kanan menyuapkan makanan ke dalam mulut. Selepas drama Hani, mata masih terpaku lagi pada kaca televisyen menonton rancangan seterusnya; Simpang Tiga.

Jawapan hanya boleh diberi paling lewat jam 11.

Dengan shocking task yang perlu dihantar pada hari yang saya dengan assignments yang berpuluh muka jika dijumlahkan, pertolongan seperti ini sememangnya diharapkan. Saya faham kesulitan yang dihadapi. Cumanya saya masih perlu meneliti kekosongan masa.

Sekiranya saya menolongnya menyiapkan task tersebut, adakah saya mempunyai masa untuk itu?

Kebetulan, hari ini (Rabu, 26 Januari), saya bersama beberapa orang rakan sekerja diarahkan untuk menyiapkan butiran murid dalam buku rekod, selain daripada menghadiri kursus pengajaran Bahasa Arab yang diadakan secara 'exclusive' di sekolah pada jam 4 petang nanti. Kursus tersebut dijadualkan akan tamat seawal 6 petang. Tolak waktu solat Asar, mungkin saya tiba di rumah seawal 6.30 petang.

Malam pula, saya akan ke Bukit Mahkota kerana mengadakan kelas pengajian di sana. Kebetulan malam tadi saya pulang awal, sebelum 9.30 malam sedangkan sebelum ini, saya pulang sekitar 9.45 malam.

Seharian bekerja, tentunya badan akan penat. Selepas solat Isyak dan makan, tak fikir apa-apa dah. Just switch on my lappy, log in to my Facebook, sign in to YM, chatting with somebody, commenting in any FB statuses, updating my CTB, completing my FB and Travian games, playing Simcity before lastly fall in sleep while my lappy still on till morning. Ini cara saya untuk tidur. Saya mudah tertidur jika saya melakukan sebarang aktiviti, berbanding jika hanya terbaring saja-saja. Kadang-kala, tak sempat nak log in FB, mata dah terkatup.

Jadi, saya tidak mempunyai sebarang ruang masa untuk menyiapkan task tersebut.

Pagi? Pagi tak buat apa kan?

Kalau dah saya kena siapkan butiran murid, mahu tak mahu, kenalah hadir awal ke sekolah hari ini. Tambahan pula akan berkursus bermula jam 4 petang, lagilah masa saya terlampau pack hari ini.

Kebetulan, dia meminta tolong pada masa yang salah, pada masa saya sendiri kesuntukkan masa untuk menyiapkannya.

HIDUP PERLU SALING MEMBANTU

Saya memang suka nak tolong orang walaupun orang tu tak pernah fikir tentang kepayahan ketika saya meminta tolong kepadanya pada tahun lepas.

Ungkit? Memang saya ungkit. Dan saya memang suka mengungkit. Sebab manusia hanya memikirkan untuk kesenangan diri sendiri sahaja, tidak memikirkan tentang kesempitan yang orang lain hadapi. So, jalan penyelesaian yang setakat ini saya terfikir adalah dengan MENGUNGKIT!

Kalau kita hidup hanya memikirkan untuk melepaskan diri sendiri tetapi tidak untuk saling membantu, saya syorkan, pindah dalam hutan. Cari mana-mana hutan yang langsung tidak dihuni oleh mana-mana manusia. Lagi bagus kalau dapat jumpa hutan yang langsung manusia takkan masuk. Duduk sorang-sorang di situ sehingga mampus mati. Itu kaedah yang terbaik untuk hidup seorang diri tanpa memikirkan tentang keadaan orang lain.

Bukan itu sahaja, berapa banyak perlawaan saya sebelum ini ditolak mentah-mentah. Yang diterima hanyalah sedikit daripada itu, mungkin tak sampai 10 peratus. Banyak alasan yang diberi. Nak rehatlah, nak tengok cerita seramlah. Nak pegi sana, nak pergi sini. Macam-macam lagilah.

Saya masih boleh terima seribu satu macam alasan jika perlawaan tersebut ditolak mentah-mentah. Tetapi bagaimana pula dengan situasi saya ingin meminjam duitnya untuk membaiki kereta rosak? Pertolongan saya juga ditolak mentah-mentah dengan hanya satu alasan yang saya rasa tak masuk akal! Ketika itu, kereta tersebutlah nadi saya. Kedudukan sekolah yang agak jauh dari rumah membuatkan kereta itu amat penting. Rosak kereta bererti rosaklah karier saya. Saya menghantar beberapa mesej kepada beberapa orang termasuk si dia ini untuk meminjam sejumlah wang untuk tujuan membaiki kereta, tetapi respon yang saya terima adalah negatif. Hanya beberapa orang yang dapat membantu, bukan membantu daripada segi kewangan, tetapi bantuan berbentuk tunjuk ajar dan nasihat yang berguna. Sehinggakan kereta saya mampu untuk bergerak tanpa dihantar ke bengkel selang beberapa hari. Alhamdulillah.

Ke mana perginya dia ketika saya memang memerlukannya? Bukan dia tidak mempunyai sejumlah wang yang saya perlukan, cuma dia sendiri yang tidak ingin membantu kawannya yang agak terdesak ketika itu.

Nak tak nak, sekarang ini hadapilah sendiri kesusahan tersebut. Saya sendiri tidak cukup masa untuk membantu, bukan mengelak daripada membantu. Tak percaya, boleh datang tengok dengan mata kepala sendiri betapa busynya saya.

Kalau saya tolong juga, saya terpaksa ketepikan kebanyakkan daripada tugas harian saya yang mana saya dibayar gaji untuk melaksanakannya. Berkatkah gaji yang saya terima sekiranya saya tidak melaksanakan apa yang telah diarahkan kepada saya?

Kalau empunya badan terbaca blog ni, harap-harap berubahlah. Jangan jadi terlalu selfish. Tapi saya yakin yang dia tak baca entry ini sebab 'terlalu sibuk'...

Sebagai tambahan, ini adalah orang yang sama dengan orang yang pernah saya lepas geram sebelum ini. Boleh rujuk entry Tok Sah Kawan.

Tinta berdakwat: Kalau setakat pandai, dekan berturut-turut, tapi kalau asyik fikir pasal diri sendiri sahaja, tak mahu fikir pasal orang lain, hidup dia memang FAIL...!!!

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

2 comments:

  1. salam

    rindukan sahabat lama ;(


    semoga dia beroleh kemudahan dan kesenangan ..amin..

    ReplyDelete
  2. suka tgok hani tu..
    tp suka dia pakai tudung jela.. heheh..

    ReplyDelete