Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 December 2013

Bersedia Untuk Tugasan 2014

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya bercuti selepas lebih kurang 5 minggu saya bercuti. Cuti-cuti pun, saya tetap ke sekolah untuk melepaskan rasa rindu yang teramat sangat terhadap bangunan sekolah yang tersergam indah. Huhuhu…

Bergambar sebagai kenangan dengan sebahagian daripada murid Tahun 6 2013.

15 December 2013

Perlu Maaf?

Pernahkah kalian berhadapan dengan satu situasi di mana kalian dituduh dengan tuduhan yang kalian tidak melakukannya? Penerangan dan penjelasan yang sebenar-benarnya kalian berikan untuk menangkis tohmahan yang dibuat, namun penerangan dan penjelasan tersebut ditolak mentah-mentah bahkan tohmahan tersebut terus-menerus dilontarkan atas dasar sangkaan buruk atau su-uzh-zhon (سوء الظن) semata-mata.

Tiba ketika individu tersebut melakukan sesuatu perkara yang melampaui batas terhadap kalian, individu tersebut bermati-matian memberi seribu satu macam penjelasan sebagai alasan untuk menutup kesalahannya dan memaksa kalian menerima penjelasan tersebut?

Jikalau pernah, adakah kalian akan menerima penjelasan tersebut atau bertindak tidak menerima sebarang penjelasan daripadanya sebagaimana yang dilakukan individu tersebut ketika menuduh kalian dengan tohmahan yang terbit daripada sangkaan jahatnya sebelum itu?

06 December 2013

"Ustaz Syahmi Garanglah"

“Dulu sebelum saya kenal ustaz, saya ingat ustaz ni garang.” (kata Hafiz)
“Ustaz, ****** cakap muka ustaz garang tapi suka senyum.”
“Eh, cepat tutup pintu tu, Ustaz Syahmi nampak kita dari atas.
(ni kes bawa bergambar dengan telefon di dalam tandas)
(berbisik) “Wei, letak buku Tajwid atas mejalah. Nanti Ustaz Syahmi marah.”
(loghat pantai timur) “Ustaz, saya (bapa murid) dah suruh si ***** cakap dengan ustaz dah, tapi dia takut. Tu yang saya call ustaz ni.”
“Ustaz Syahmi tu okey ke tak kalau aku nak tanya soalan?”
Kumpulan saya yang best ketika rombongan ke Pulau Pinang, Oktober lepas.
Dari kiri: Razlan Izmal, Hafizul Hadi, Aqil Ilham, Irfan, saya, dan Amirul Hafiz.

02 December 2013

Nak Bagi Audi?

Tidak sampai sebulan sahaja lagi, tahun 2013 akan melabuhkan tirainya. Cuti saya cuma berbaki lebih kurang tiga minggu sahaja lagi. Mood berjalan pula tiba-tiba sahaja hilang, sedangkan selama ni, saya suka berjalan-jalan. Ini semua gara-gara menerima sepucuk surat 'cinta', habis semua kegembiraan untuk berjalan-jalan diragutnya.

"Surat 'cinta'? Saman polislah. Laju punya pasal."
Kau dah salah, kau marah orang pula...
Jadi, selepas balik daripada bercamping, saya banyak menghabiskan masa di rumah, menjadi pelayar internet sepenuh masa.

"Hoi, kau tak pergi masjid ke...?"
"Hari ni seharian hujan, dari pagi membawa ke malam."

Masa saya berchatting dengan Solah, tiba-tiba Solah memberikan satu mesej yang agak 'mengejutkan' saya.

"Ustaz, tengok apa (yang) saya akan post tanda saya sayang ustaz."