Ustaz, esok hari apa? Esok? Esok kan hari Jumaat.
Ala, ustaz ni. Cakap la betul-betul.
Iye. Esok hari Jumaat. Kenapa?Esok Hari Guru la, Ustaz.
Esok hari Jumaatlah. Haish.
Ustaz ni main-mainlah. Esok kena bawa beg tak?
۞ ۞ ۞ HARI GURU ۞ ۞ ۞
Nak update entry berkaitan dengan Hari Guru, rasanya macam dah terlambat je. Takpelah, nak juga update.
Alhamdulillah, SRA Bandar Seri Putra sudah mengadakan 'beberapa' siri Sambutan Hari Guru, bermula di sekolah, dan berakhir di Hotel Bangi-Putrajaya.