Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 March 2014

Android Ganti Laptop

Hari ini, saya ke Kota Tinggi atas urusan keluarga. Alhamdulillah, kini banyak masa saya terisi. Selain melaksanakan tugas saya sebagai seorang guru agama di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang, saya juga melibatkan diri dalam gerakan Skuad Tamak Pahala, sebuah gerakan sukarelawan underground.

Mungkin ini antara sebab masa saya menjadi terhad dan membataskan saya daripada mengemaskini blog CTB ni.

Bercerita tentang keterbatasan waktu untuk menaip entry,  saya belum berhasrat untuk bersara daripada menaip sepertimana kebanyakkan daripada rakan-rakan saya yang sudah 'pancit'.

Mungkin, dengan cara ini, saya mampu memperbaiki skil penulisan saya (melalui teguran pembaca yang suka membaca).

15 March 2014

Kursus Kaedah Jawi

Selasa dan Rabu lepas (11 dan 12 Mac 2014), saya menghadiri Kursus Kaedah Jawi yang diadakan di Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Kampung Jawa, Klang. Asalnya, Ustaz Irfan Faiz yang diarahkan untuk pergi, tapi saya pula yang gatal mulut minta saya yang pergi menggantikan Ustaz Irfan. Bukan gatal tangan, tapi memang saya nak pergi. Ustaz Irfan pula setuju. Puan Guru Besar juga tak membantah.

Alhamdulillah, kumpulan saya berjaya mendapat tempat pertama dalam bengkel jawi ini.
Betul-betul sengit...

09 March 2014

MH 370

Semalam (8 Mac 2014), pagi-pagi lagi, saya sudah menerima berita berkaitan kehilangan pesawat milik MAS yang lebih dikenali dengan nama MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Banyak spekulasi berkaitan kehilangan tersebut. Berita paling awal, dikatakan mendarat cemas di Nanning. Kemudian tersebarnya gambar kononnya bangkai pesawat tersebut dijumpai.

Tidak kurang juga yang menjadi pengulas tidak bertauliah, memberikan pelbagai respon dan ulasan yang mungkin boleh dikatakan mengarut dan mengguris hati kaum keluarga mangsa MH370.

07 March 2014

Hafizul Hadi

Rayuan Hafizul ke MRSM diterima dan Hafizul ditempatkan di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. Keputusan rayuan yang diterima saat akhir itu tersebar ke pengetahuan saya malam Selasa lepas.

Saya menyelongkar mencari semula nombor telefon Hafizul yang pernah diberikan kepada saya pada tahun lepas. Saya terlupa simpan nombor tersebut di telefon saya selepas Hafizul beri. Silap saya.

Alhamdulillah, nasib baik saya berjaya menjumpai nombor tersebut. Jam 10.18 malam, saya terus telefon, dengan harapan dapat berbual dengannya buat kali terakhir sebelum Hafizul bertolak ke Kepala Batas pada keesokkan harinya.

Hafizul, mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dalam PSRA tahun lepas merupakan ketua kelas 4 Ibnu Rusyd yang saya lantik.

Pagi selasa, baru saya dapat bertemu dengan Hafizul bersama ayahnya di sebuah restoran berhampiran rumahnya di Bandar Seri Putra. Riak wajahnya tergambar kegembiraan.