Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 April 2014

Juara KAMIL Zon 1 Sepang 2014

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 1 Sepang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu minggu lepas (12 April 2014). Alhamdulillah, wakil-wakil SRA Bandar Seri Putra berjaya memenangi pelbagai acara yang dipertandingkan, juga menjadi juara keseluruhan temasya tersebut.

Kedua-dua peserta bagi acara Khat dibawah seliaan dan bimbingan saya berjaya mendapat naib johan.

14 April 2014

Tika Cuba Untuk Menyemai Benih

Kalau Allah nak tarik nikmat yang Dia beri kepada kamu sekeluarga, bila-bila masa Dia boleh tarik. Kalau Allah nak jadikan kamu sekeluarga miskin, sekelip mata sahaja dia boleh buat. Macam mana? Dia matikan ayah kamu je. Gaji ayah kamu RM 20,000 sedangkan gaji mak kamu hanya RM 2,500 je. Kalau ayah kamu mati, habislah gaji RM 20,000  tu, tinggal gaji mak kamu je.

Macam mana mak kamu nak bayar ansuran dua buah kereta, Accord dan Myvi tu dengan gaji hanya RM 2,500? Itu belum lagi rumah-rumah yang ayah kamu ada, semua tu perlu dibayar walaupun ayah kamu sudah meninggal dunia.

Lepas ayah kamu meninggal, harta ayah kamu yang ada di bank semua akan dibekukan. Macam mana mak kamu nak langsaikan segala ansuran hanya dengan gaji RM2,500 tu? Itu belum campur perkara-perkara lain lagi.


11 April 2014

Debaran KAMIL Zon 1 Sepang 2014

Saya dan Ustazah Falah (kiri) dan  Ustazah Hayati Sulam selaku guru pembimbing bergambar bersama peserta Khat yang mewakili sekolah ke peringkat zon 1. Peserta dari kiri: 'Aishah Athirah, Nur Liyana Maisarah, Muhammad Farkhan, dan Aqil Hakimi.

07 April 2014

Kursus Jati Diri Anjuran PIBG SRABSP

Nak jadi hebat, kena sentiasa bermuhasabah diri. Alhamdulillah, jawatankuasa PIBG yang baru melihat pembangunan sahsiah diri para guru merupakan perkara yang begitu penting untuk melahirkan murid-murid yang hebat dan MUMTAZ.

Justeru itu, tidak sampai sebulan selepas mereka dilantik untuk penggal 2014-2016, mereka sudah mengatur satu kursus motivasi bertujuan  untuk meningkatkan jati diri para ustaz dan ustazah.

Alhamdulillah, banyak input dan pengajaran yang saya dapat dalam kursus ini walaupun diadakan hanya sehari. Mudah-mudahan saya akan lebih bersemangat  dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa agar mereka mampu menjadi insan rabbani.

Insya-Allah. Doakan agar hatiku tetap dalam memberikan didikan terhadap mereka.

Entry ini akan dikemaskini untuk gambar-gambar yang lain.

Tinta mencoret: Sehebat mana seseorang insan, ia bermula daripada didikan seorang guru yang sabar mendidik.

Kampung Sungai Buah, Dengkil SDE
GT-P5100

06 April 2014

Mak Puteh Kota Tinggi

Pagi-pagi lagi, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian Puan Rajmah Yunus atau Mak Puteh Kota Tinggi. Memang kami tak sangka sebab baharu sahaja dua minggu lepas kami menziarahi beliau di Hospital Kota Tinggi.

Mak Puteh disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah meninggal dunia sebelum Subuh di Hospital Johor Bahru. Berita kematian Allahyarham disampaikan oleh Pak Teh Razak.

Kami bergegas ke Kota Tinggi selepas mendapat berita yang menyedihkan.

Mak Puteh merupakan anak kelapan daripada sepuluh orang dalam adik-beradik abah. Kini, hanya tinggal empat orang adik-beradik abah: Pak Lang Malek, Pak Uda Shamsuddin, Pak Teh, dan abah sahaja yang masih hidup.

Semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.

Dalam kenangan:
Rajmah binti Yunus
1948-6 April 2014

Tinta mencoret: Giliran kita akan menyusul...

Rehat dan Rawat Pagoh, JDT