Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali 1 Ramadan, sekolah-sekolah rendah agama kerajaan Negeri Selangor terutamanya di Sepang akan bercuti sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan.
Untuk makluman, 1 Ramadan bukanlah cuti umum di Selangor. Rakyat Selangor khususnya yang bekerja di negeri ini akan bercuti pada 17 Ramadan sempena peristiwa Nuzul al-Quran.
Kebiasaannya setiap kali Ramadan, warga kota akan bergegas pulang ke rumah selepas waktu pejabat, menjadikan jalan-jalan utama di ibu kota menjadi luar biasa sesaknya.
Eh, coretan kali ini bukanlah nak fokus dekat kesesakan jalan raya sepanjang Ramadan ye...