Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

09 January 2017

Berbeza Pendapat

Apesal ek kalau berbeza pendapat je, orang kata kita menentang?

Kalau beza dengan Kerajaan, orang cop kita Pembangkang. Kalau sokong pulak orang panggil macai.

Kalau berbeza je, orang atasan akan cuba menyingkirkan kita. Kalau orang atasan pula yang berbeza, dia akan cuba dijatuhkan.

Berbeza itu rahmat. Bukan bermakna perbezaan itu mencetuskan kebencian. Bukan bermakna perbezaan itu untuk menjatuhkan.

Lihatlah perbezaan itu dari sisi yang positif. Kita akan nampak betapa luasnya rahmat itu.

08 January 2017

"Bujang pun takde masa ke?"

Dulu, orang selalu cakap:

"Kau tu bujang lagi, apa yang kau buat?"

"Akak ada anak, nak uruskan anak. Kau tu bujang. Tolonglah buat."

"Bujang pun takde masa ke?"

"Kau bukannya ade keluarga pun." (Eh, mak bapak aku tu bukan keluarga aku ke?)

Masa amat penting untuk aku. Setiap hari akan ada sahaja urusan yang aku buat dan aku peruntukkan satu hari dalam seminggu untuk berehat.

Itu pun kadang-kadang termiss hari untuk rehat.

07 January 2017

Kerusi Ditarik dan Disorokkan

Alhamdulillah. Perancangan 2017 dan perlantikan jawatankuasa baharu selesai.

Dan akhirnya 'kerusi' saya ditarik setelah setahun saya tak buat apa-apa atas 'kerusi' saya. Maaf atas kekurangan saya.

Dalam hati, terasa lega sebenarnya...