Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 February 2017

Datang Sekolah Kena Senyum

"Senyum. Jangan bawa masalah ke sekolah."

Pesanan pendek Tuan Guru Besar Isnin lepas sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya. Benar kata-katanya. Masalah di rumah tidak perlu dibawa ke tempat kerja. Juga, masalah di tempat kerja tidak perlu terbawa-bawa ketika berkumpul bersama keluarga.

Masa kualiti diperlukan, baik di rumah mahupun di tempat kerja.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia secara umumnya berjaya mengetepikan masalah di tempat kerja ketika bersama keluarga atau berjaya meletakkan urusan keluarga ke tepi ketika bertugas?

https://www.youtube.com/watch?v=Vg9aQzteDpQ
Kami budak sekolah, belum kerja lagi. Yeay...!

19 February 2017

Pindah Ke Giching

"Bukan ke Ustaz diarahkan pindah?"

Itu antara berita pertama yang saya peroleh ketika saya melangkah masuk ke dalam bilik guru.

Bingung. Cukup bingung. Saya kemudiannya berjumpa dengan dengan GPK1 untuk kepastian.

Pasti. GPK1 mengiyakan pertanyaan saya. Senarai perpindahan guru-guru seluruh daerah sudah dikeluarkan beberapa minggu sudah. Cumanya, surat arahan berpindah itu berada di tangan Puan Guru Besar. Dan Guru Besar pula tiada di sekolah.

"Saya kena berpindah ke mana?" tanya saya.

"SRA Giching," jawabnya ringkas.

Nama sekolah itu tidaklah asing pada saya.

"Kak tau tak sekolah tu kat mana?" saya bertanya kembali. Namun jawapannya sungguh menghampakan saya.