Bantahan terhadap kelulusan pemberian lesen judi bola sempena Piala Dunia terus dilaungkan walaupun terdapat segelintir masyarakat Muslim yang tindakan mereka seolah-olah me'
redha'i tindakan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO-Barisan Nasional.
Yang lebih malang, 14 orang mufti yang mewakili 13 buah negeri dan tiga bandar di dalam wilayah persekutuan nampaknya seakan terkedu. Kalau membantah sekalipun, ia dibuat secara 'kecil-kecilan' kerana mungkin sayangkan kerusi Mufti yang empuk.
Tahniahlah kepada agamawan yang membantah dan tahniahlah juga kepada beberapa kerat mufti yang bersuara walaupun secara 'berbisik'.
Yang menghairankan saya, mengapa Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang kononnya mempertahankan hak istimewa Melayu dan memelihara kesucian agama Islam menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu ini? Walaupun
kenyataan Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha baru-baru ini menyeru semua pihak khususnya umat Islam membantah pemberian lesen judi ini tanpa mengira fahaman politik, namun
kenyataan Presidennya tempoh hari bercanggah dengan Arman yang mana mencabar kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat agar menutup premis-premis judi di negeri naungan mereka.
Sepatutnya, Dato' Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa bersama-sama mereka yang membantah dan berdemonstrasi melainkan tindakan beliau terselitnya kepentingan politik.