Siapa yang ketiga? |
Ya. Saya sedang dilamun cinta. Cinta ini hanya buat Allah Rabbul Jalil yang menyempurnakan kejadian dengan sesempurnanya. Cinta ini juga buat kekasih-Nya tercinta, junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ingat! Barangsiapa yang meletakkan cinta manusia lain lebih daripada cintanya kepada Baginda saw, sesungguhnya terdapatnya kecacatan terhadap keimanan dan keyakinannya kepada Allah swt, Tuhan yang mencipta kita.
Cinta yang agung. |
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين. أو كما قال
Tidak sempurnya iman seseorang daripada kamu sehinggalah diriku ini lebih dicintainya lebih daripada ibu bapanya, anaknya, dan manusia sekelian.
Tidak beriman jika Rasulullah saw dipinggirkan |
Ibu bapa adalah mereka yang wajar dicintai selepas kita meletakkan cinta kita yang agung buat Allah dan Rasul-Nya. Pepatah Arab ada menyebut:
الجنة تحت أقدام الأمهاتكم
Syurga di bawah tapak kaki ibu.
Keluarga wajar dipertahankan. |
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولدٍ صالح يدعو له. أو كما قال
Tika matinya anak Adam (manusia), maka terputuslah amalannya kecuali dalam tiga perkara; sedekah jariah; ilmu yang dimanfaatkan; dan anak soleh yang mendoakan mereka.
Setelah cinta dan kasih diberikan kepada kedua ibu bapa, maka keluarga berhak mendapatkan cinta yang berbaki demi untuk mengukuhkan tiang-tiang kekeluargaan. Keluarga adalah pihak seterusnya yang perlu diutamakan.
Seterusnya adalah manusia sejagat, bermula daripada rakan taulan, masyarakat, dan yang lebih besar, cintakan negara.
COUPLE?
Bagaimana pula cinta berlainan jantina? Cinta pemuda kepada pemudi ajnabi, yang bukan mahram? Ataupun lebih mudah jika dikatakan bercouple?
Bercouple? Perlukah? Apa perlunya bercouple? Nyatakan terlebih dahulu kepentingan bercouple kepada saya sebelum menyuruh saya bercouple yang pada saya sememangnya bercanggah dengan prinsip syarak. Sebagai seorang yang berpendidikan agama, saya berpegang kepada larangan bercouple yang tidak terkawal kerana ia lebih banyak mendatangkan mudharat berbanding daripada kebaikan.
Bercouple juga bertentangan dengan norma-norma kehidupan ketimuran yang penuh dengan adab dan sopan.
Bermanfaat sangat ke bercouple?
Adakah ini yang dicari? |
Taman Permata, Hulu Kelang
No comments:
Post a Comment