Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

01 May 2010

Aminulrasyid

Allahyarham Aminulrasyid Amzah
Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan insiden kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah akibat terkena tembakan polis akibat tidak mengendahkan arahan pihak polis untuk memberhentikan kenderaan yang dipandunya.

Pada pandangan saya, secara kasarnya, kematian Aminulrasyid berpunca daripada sikapnya sendiri yang melanggar undang-undang serta tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa sebelum ditembak. Kelalaian pihak keluarga mengawasi anak remaja mereka tika larut malam juga mengundang kecelakaan yang mengorbankan nyawa Aminulrasyid.

Sebelum saya terus mencoret dengan lebih lanjut, eloklah kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Aminulrasyid Amzah semoga rohnya dirahmati oleh Allah swt. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersabarlah atas ujian yang diberikan daripada Allah swt.

Sememangnya arwah telahpun melanggar undang-undang antaranya memandu tanpa lesen (mana ada remaja berusia 15 tahun memiliki lesen memandu kereta), bergesel dengan kereta dan kemudia lari (seperti tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya melanggar kereta berkenaan), dan yang terakhir tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya berhenti (bahkan Aminulrasyid terus memecut laju keretanya mungkin kerana ketakutan).

Mengikut kaca mata saya, kematian Aminulrasyid berpunca daripada dirinya sendiri dan mungkin sedikit daripada kelalaian keluarga mereka mengawasi dan mengetahui di mana anak remaja mereka ketika larut malam begitu. Noktah.

Namun begitu, saya mahu memanjangkan pemerhatian saya kepada pihak berkuasa. Penyiasatan terhadap kematian Allahyarham Aminulrasyid seolah-olah bagai cuba disembunyikan sesuatu daripada umum.

Cuba baca petikan akhbar Utusan Malaysia mengenai kejadian tersebut:

REMAJA MAUT DITEMBAK KETIKA CUBA REMPUH POLIS


SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.


Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.


Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.


"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.


"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.


"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.


Ujar Khalid, suspek mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dekat sini, untuk bedah siasat sementara usaha menjejaki rakannya masih dijalankan.


Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah parang panjang.


Sementara itu Khalid berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.


Katanya, keempat-empat anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan melakukan kerja-kerja pejabat sehingga siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai.


Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.


"Sementara siasatan sedang dilakukan, kita minta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian," katanya.


Menurut Khalid, polis akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menjaga keamanan negeri dan komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan dan keselesaan rakyat.
Utusan Malaysia Online
27 April 2010

Cuba kita lihat keadaan kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa selepas kejadian malam tersebut.

Kedudukan kereta yang dipandu Allahyarham Aminulrasyid Amzah (MiloSuam).

Gambar ini menunjukkan percanggahan kenyataan polis. Pihak polis mengatakan Aminulrashid cuba merempuh polis dengan cara mengundurkan kereta, tetapi gambar ini menunjukkan bahawa kereta ini telah terlanggar sesuatu dan tidak menunjukkan kereta ini mengundur (kalaulah kereta ini mengundur, pastinya tidak terdapat objek yang ditempuh dihadapan kenderaan tersebut). Bagaimana polis tahu kereta tersebut akan berundur ke belakang sedangkan kereta itu bergerak pun tidak? Keadaan kereta tersebut lebih tepat jika dikatakan terbabas. Satu lagi kenyataan polis mengatakan terjumpa sebilah parang panjang di dalam kereta sangat mencurigakan. Mengapa akhbar tidak menunjukkan parang panjang yang dimaksudkan? Mana dia parangnya?

Jadi professionallah wahai polis. Rakyat mengasak sebenarnya meminta penjelasan yang sebenarnya, mengapa perlunya diputarbelit kenyataan?

Dan yang paling teruk, Ketua Polis Negara, boleh mengugut mahu menarik pasukan polis daripada menjaga keamanan negara! MAKAN GAJI HARAM KE HAPE IGP NI?

Jagalah keamanan. Yang kami mahu penyiasatan yang lebih telus dan tiada sebarang penyembunyian atau memutar belit fakta yang sebenarnya.

Allahyarham Aminulrasyid Amzah bersama kawan baiknya yang juga merupakan saksi utama kejadian. (MiloSuam)

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment