Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

14 May 2010

Perginya Meninggalkan Legasi Islami

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
إِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامَ الصَّبْر، الصَّبْرُ فِيهِ مِثْلُ قَبْضٍ عَلَى الْجَمْرِ، لِلْعَامِلِ فِيهِمْ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلًا يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِهِ، -وَزَادَنِي غَيْرُهُ- قَالَوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْهُمْ؟ قَالَ: أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْكُمْ. رواه أبو داود والترمذي
وفي بعض روايات الحديث قال: هم الذين يحيون سنتي ويعلمونها الناس صدق رسول الله

Rasulullah saw pernah bersabda (mafhumnya): Akan datang suatu masa, yang mana kesabaran adalah seperti memegang bara api yang panas. Mereka yang melakukan kebaikan akan memperoleh ganjaran sebagaimana 50 orang yang melakukan perkara yang sama. -Dan yang lain menambah- Mereka berkata: Wahai Rasul Allah, ganjaran 50 orang daripada mereka? Baginda menjawab: “(Ya!) Ganjaran 50 orang. 
 Dan dalam riwayat yang lain ada menyebut: Mereka yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada para manusia.)

Jam 2.10 petang semalam, Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad telah kembali ke rahmatullah disebabkan oleh jangkitan pada paru-paru. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un. Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah buat beliau.


Allahyarham
Ustaz Ashaari Muhammad
Pemergian Allahyarham Ustaz Ashaari sebenarnya meninggalkan satu legasi dalam mencorakkan umat Islam khususnya Melayu Nusantara kepada budaya berkehidupan Islami. Ketika fesyen masyarakat Melayu Islam yang menjolok mata dengan aurat yang didedah dan ditayangkan, anak didik beliau konsisten dan istiqamah dengan serban, jubah, dan berpurdah dalam mempromosikan pemakaian Islam di mata masyarakat. Ketika mee kuning dan segala macam produk makanan kebanyakkannya dikuasai non-Muslim, beliau berjaya menghasilkan produk makanan yang diyakini halal dan memberi pilihan yang lebih baik buat pengguna Muslim. Ketika masyarakat Melayu Islam mabuk dan khayal dalam hiburan yang mengasyikkan dan lagha, beliau memperkenalkan hiburan yang selari dengan Islam.

Masyarakat ketika itu yang bagaikan kehausan, kebanyakkan mereka tertarik kepada cara seruan al-Arqam mengajak bersama mereka mendalami kehidupan Islami menurut cara hidup Rasulullah saw disamping tidak melupakan kemajuan sains dan teknologi. Sifat beliau selaku pemimpin nombor satu Jemaah al-Arqam sendiri disenangi mereka yang disekelilingnya.

Walaupun Darul Arqam difatwakan haram oleh Pusat Islam (kini JAKIM) dan turut diharamkan oleh kerajaan sehingga di-ISA-kan sebilangan pengikut Jemaah al-Arqam termasuk Allahyarham Ustaz Ashaari sendiri, namun jasa dan sumbangan beliau dalam menerapkan penghayatan kehidupan yang Islami dalam masyarakat tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Revolusi mengislamisasikan kehidupan masyarakat Islam dalam jangka masa yang singkat ini seharusnya ditiru oleh pertubuhan-pertubuhan dan gerakan Islam seperti PAS, JIM, dan sebagainya. Penguasaan dalam pelbagai aspek kehidupan memungkinkan al-Arqam mampu melebarkan dakwahnya ke serata Nusantara malah dunia.

قال النبي صلى الله عليه وسلم: إِنَّ الإِسلَامَ بَدَأَ غَرِيبًا ، وَسَيَعُودُ غَرِيبًا كَمَا بَدَأَ ، فَطُوبَى لِلغُرَبَاءِ . قِيلَ : مَن هُم يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الذِينَ يَصلُحُونَ إِذَا فَسَدَ النَّاسُ رواه مسلم
Rasulullah saw pernah bersabda: Islam bermula sebagai asing dan akan kembali menjadi asing. Beruntunglah mereka yang asing. Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda menjawab: Mereka yang melakukan kebaikan tika kala manusia melakukan kejahatan.

والله تعالى أعلم أعلم

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment