Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

29 January 2012

Syirik Hantar Mesej 'Dakwah'


Kegilaan terhadap gerakan dan majlis dakwah mutakhir ini sememangnya menunjukkan penyertaan yang begitu luar biasa khususnya anak muda. Lihatlah "Fenomena Ustaz Azhar" yang menjadi sambutan yang agak memberansangkan, pastinya lautan manusia akan menghadiri setiap program 'mega' yang disertai Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Perkembangan ini seharusnya melegakan kita kerana belia remaja kita semakin berjinak-jinak dengan medium dakwah yang digerakkan.

Fenomena gerakan dakwah ini membuatkan semua orang ingin dilihat sebagai orang yang 'alim, orang yang warak, dan orang yang taat kepada arahan agama.

Bagaimana mereka ini mahu dilihat sebagai seorang yang kononnya 'alim, warak, dan taat kepada agama? Senang sahaja, mereka akan meng-copy-paste setiap mesej 'dakwah' yang mereka terima SECARA BULAT-BULAT di semua medium penyebaran seperti Facebook, Twitter, SMS, MMS, blog, forum, dan sebagainya.

24 January 2012

Cuti CNY 2012


Saya mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina untuk bercuti di kampung. Last saya balik ke kampung ni raya tahun lepas. Lepas tu, tak de. Lalang pun da tinggi lampai, sampaikan terjumpa kulit ular...

Selepas kerja, saya bergegas terus ke Bagan Lalang untuk packing barang-barang dan kemudian bergegas balik ke kampung. Alhamdulillah, nasib baik saya berkeras untuk bertolak pada malam tu juga sebab esoknya (Sabtu, 21 Januari 2012) dilaporkan jalan-jalan utama terutamanya lebuhraya sesak teruk.

Seperti biasa, saya akan 'tawaf' keliling pekan Tampin. Itu adalah rutin saya jika balik ke Johol. Tapi, kali ini, saya kurang berpuas hati dengan kebanyakkan perkara yang berlaku di Pekan Tampin.

Pertamanya, keadaan pemandu yang suka-suki je parking kereta kat belakang kereta yang parking kat dalam kotak parking. Faham tak ayat nih...? Dah la block kereta yang parking dalam kotak parking tu yang nak keluar, lepas tu menyusahkan kereta lain yang menghala ke Pekan Tampin. Sesaknya sampai ke traffic light Jalan Seremban-Tampin.

Dah dihorn dek kereta yang nak keluar dari kotak parking pun, kereta yang parking ikut suka mak bapak diorang ni buat tak faham je. Macamlah dia sorang je yang bayar cukai jalan...

18 January 2012

"Ayah Kamu Kerja Apa?"


Minta bantuan...
Tidak seperti tahun 2011, tahun ini, dengar ura-ura ko-kurikulum sekolah kebangsaan digantikan pada hari Sabtu, bukan Rabu seperti sebelum ini.

Jadi, kini, saya kena bersiap-siaga untuk mengajar setiap Rabu.

Alhamdulillah, tiada lagi hari 'cuti dalam bekerja', cuti daripada mengajar.

Dan hari ini, saya hanya masuk empat kelas tahun 4 sahaja, 4 Ibnu Bathutah, 4 Al-Razi, 4 Al-Kindi, dan 4 Ibnu Sina.

16 January 2012

Murid Itu Rakanmu Part 2


Bergambar selepas mengaji Quran. Murid dari kiri: Izwan, Akmal, Syahmi, dan Aidil.
Izwan, Syahmi, dan Aidil adik beradik.
Seorang guru tidak perlu menjadi seorang yang garang apabila berhadapan dengan anak muridnya, tetapi perlu menjadi seorang yang tegas dalam setiap tindakan yang diambil.

Saya?

11 January 2012

Selamat Bersara, Ustazah Maisarah Mat Alim


Hadiah buat Ustazah Maisarah.
Terlupa, sehinggalah saya singgah di rumah seorang sahabat saya, Qamarull, Ahad lepas.
Terlupa, Ustazah Maisarah akan bersara pada 10 Januari 2012, semalam...

Ustazah Maisarah atau lebih mesra dengan panggilan "Ummi" daripada pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) terpaksa meninggalkan dunia pendidikan yang sudah sebati dengan kehidupuan beliau.

Pihak sekolah bergandingan dengan kepimpinan pelajar membuat sambutan 'luar biasa' ketika hari terakhir beliau berkhidmat di SAMBBST, guru pertama yang bersara sejak sekolah dibuka awal 2005.

Walaupun Ustazah Maisarah tidak mengajar saya secara formal di dalam kelas, namun beliau mengambil berat terhadap kami selaku pelajar.

Personaliti beliau yang bersederhana membuatkan beliau disenangi oleh semua; rakan sejawat sehinggalah anak-anak murid. Sesungguhnya beliau menjadi inspirasi buat warga SAMBBST agar menjadi seorang sentiasa bersyukur dengan kelebihan dan keadaan semasa.