Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 December 2013

Bersedia Untuk Tugasan 2014

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya bercuti selepas lebih kurang 5 minggu saya bercuti. Cuti-cuti pun, saya tetap ke sekolah untuk melepaskan rasa rindu yang teramat sangat terhadap bangunan sekolah yang tersergam indah. Huhuhu…

Bergambar sebagai kenangan dengan sebahagian daripada murid Tahun 6 2013.

15 December 2013

Perlu Maaf?

Pernahkah kalian berhadapan dengan satu situasi di mana kalian dituduh dengan tuduhan yang kalian tidak melakukannya? Penerangan dan penjelasan yang sebenar-benarnya kalian berikan untuk menangkis tohmahan yang dibuat, namun penerangan dan penjelasan tersebut ditolak mentah-mentah bahkan tohmahan tersebut terus-menerus dilontarkan atas dasar sangkaan buruk atau su-uzh-zhon (سوء الظن) semata-mata.

Tiba ketika individu tersebut melakukan sesuatu perkara yang melampaui batas terhadap kalian, individu tersebut bermati-matian memberi seribu satu macam penjelasan sebagai alasan untuk menutup kesalahannya dan memaksa kalian menerima penjelasan tersebut?

Jikalau pernah, adakah kalian akan menerima penjelasan tersebut atau bertindak tidak menerima sebarang penjelasan daripadanya sebagaimana yang dilakukan individu tersebut ketika menuduh kalian dengan tohmahan yang terbit daripada sangkaan jahatnya sebelum itu?

06 December 2013

"Ustaz Syahmi Garanglah"

“Dulu sebelum saya kenal ustaz, saya ingat ustaz ni garang.” (kata Hafiz)
“Ustaz, ****** cakap muka ustaz garang tapi suka senyum.”
“Eh, cepat tutup pintu tu, Ustaz Syahmi nampak kita dari atas.
(ni kes bawa bergambar dengan telefon di dalam tandas)
(berbisik) “Wei, letak buku Tajwid atas mejalah. Nanti Ustaz Syahmi marah.”
(loghat pantai timur) “Ustaz, saya (bapa murid) dah suruh si ***** cakap dengan ustaz dah, tapi dia takut. Tu yang saya call ustaz ni.”
“Ustaz Syahmi tu okey ke tak kalau aku nak tanya soalan?”
Kumpulan saya yang best ketika rombongan ke Pulau Pinang, Oktober lepas.
Dari kiri: Razlan Izmal, Hafizul Hadi, Aqil Ilham, Irfan, saya, dan Amirul Hafiz.

02 December 2013

Nak Bagi Audi?

Tidak sampai sebulan sahaja lagi, tahun 2013 akan melabuhkan tirainya. Cuti saya cuma berbaki lebih kurang tiga minggu sahaja lagi. Mood berjalan pula tiba-tiba sahaja hilang, sedangkan selama ni, saya suka berjalan-jalan. Ini semua gara-gara menerima sepucuk surat 'cinta', habis semua kegembiraan untuk berjalan-jalan diragutnya.

"Surat 'cinta'? Saman polislah. Laju punya pasal."
Kau dah salah, kau marah orang pula...
Jadi, selepas balik daripada bercamping, saya banyak menghabiskan masa di rumah, menjadi pelayar internet sepenuh masa.

"Hoi, kau tak pergi masjid ke...?"
"Hari ni seharian hujan, dari pagi membawa ke malam."

Masa saya berchatting dengan Solah, tiba-tiba Solah memberikan satu mesej yang agak 'mengejutkan' saya.

"Ustaz, tengok apa (yang) saya akan post tanda saya sayang ustaz."

30 November 2013

Lupa Tarikh 23 November?

"Syahmi, kau dah lupakan tarikh penting?"
"Tarikh penting? Bila?"
"23 November."
"Ada apa dengan tarikh tu...?"

Mana boleh lupa dengan tarikh 23 November tu, cuma saya je yang malas nak layan sangat dengan tarikh tersebut.

Nak kata penting, takde lah penting sangat, hanya tarikh kelahiran saya sahaja.

Kebiasaannya saya akan mengemaskini blog CTB ni setiap kali tiba tarikh 23 November, tetapi tiba-tiba tahun ni saya rasa malas nak kemaskini. Bukan malas, cuma kurang bersemangat. Sebab tu entry ini dibuat bukan pada tarikh 23 November, dah lepas seminggu baru buat.

29 November 2013

Mak Teh Normah

Tengah syok melayan bantal dan tilam yang dibentangkan di ruang tamu rumah, terdengar riuh suara mak dan abah. Pada mulanya, saya malas nak dengar apa yang mereka berdua bincangkan. Namun, tatkala mendengar salah seorang daripada mereka membuat panggilan telefon, saya terdengar satu perkataan yang agak mengejutkan; "MENINGGAL".

Huh. Saya bingkas bangun meninggalkan bantal dan tilam yang empuk, melirikkan mata mencari kelibat mereka.

"Siapa yang meninggal?"

Soalan itu yang terpacul keluar daripada mulut saya. Saya diberitahu, Mak Teh Normah, kakak ipar kepada abah menghembuskan nafas terakhir di CCU Hospital Kuala Lumpur akibat kekurangan sel darah merah atau leukimia.

27 November 2013

Sungai Chongkak '13

Cuti sekolah sudah bermula. Waktu seperti ini digunakan sebaik mungkin oleh sebilangan besar rakyat Malaysia untuk balik kampung, melancong, mengadakan walimah, dan sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali.

Kami, para guru pun mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang untuk berjalan-jalan sebab bukan senang untuk kami apply cuti, lagi tak diluluskan kalau ambil cuti untuk pergi bercuti.

Rancangan pertama saya yang bukan pertama sebenarnya dalam cuti sekolah ini adalah pergi CAMPING...!

14 November 2013

UPSR Dan PSRA '13

Semalam, keputusan PSRA diumumkan di peringkat negeri dan daerah. Hari ini keputusan UPSR pula diumumkan. Dari pagi tadi, murid tahun 6 masing-masing kalut dan berdebar-debar menunggu keputusan. Keputusan PSRA diumumkan pada petang tadi di Bilik Seminar sekolah.

Berikut adalah keputusan UPSR dan PSRA bagi murid yang pernah atau secara konsisten membuat ulangkaji bersama-sama saya.

Berdiri dari kiri: Hafizul Hadi, Aiman Farhan, saya, Azhari Raziq, dan Wan Aqif Aiman.
Duduk dari kiri: Solah, Imaduddin, Amirul Hafiz, dan Aidil Syahir.

11 November 2013

Lawatan Ke Pulau Pinang '13

Selepas pengumuman senarai tugas baharu pada awal Oktober lepas, saya yang asalnya mengetuai Unit Ibadah dan Surau ditukarkan ke unit yang agak best, Unit Lawatan Murid, unit yang akan merancang lawatan yang berkaitan dengan murid.

Dan tugasan pertama yang diamanahkan dalam unit tersebut adalah lawatan ke Pulau Pinang. Lawatan ini sebenarnya hasil kerja orang lain, saya hanya menyambung sahaja tugasan mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah. Mana ada kerja yang tak timbul masalah...

Program: Lawatan Ke Pulau Pinang
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2013
Tempat: Pulau Pinang
Jurukamera: Saya, Amirul Hafiz, Hafizul Hadi, Razlan Ezmal, Irfan, Aqil Ilham, dan lain-lain.

01 November 2013

Cemburu Untuk Apa?

"Abu, aku rimaslah! Pasal aku bergambar dengan Aina pun dia dah marah-marah."
"Rileks la Ali, biasalah orang perempuan, kuat cemburu." 
"Agak-agaklah. Bukan aku peluk si Aina tu pun. Lagipun, bukan aku sorang je dalam gambar tu, Ahmad, Anas Ainun, ramai lagi. Kebetulan je aku berdiri sebelah Aina. Bukan aku pegang dia pun, ada jarak."
"Kau kena faham dengan perempuan..."
"Ooo, kita je yang kena faham dengan diorang? Yang diorang perangai macam tu, boleh pula ye...?"

Hahaha... Ni kes cemburu la ye.

Ada yang kata, rasa cemburu itu fitrah.
Ada yang kata, cemburu itu tanda sayang.

17 October 2013

Aidiladha 1434H

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H.

Alhamdulillah, pada Hari Raya Aidiladha yang lalu, surau kariah saya, Surau Taman Permata telah berjaya menguruskan penyembelihan 10 ekor lembu yang dijadikan sebagai korban.

Maaf, saya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Bangi, jadi saya tak dapat mengulas dengan lebih lanjut. Kita layan je lah gambarnya.

14 October 2013

Cemburu Dengan Guru

Barisan guru lelaki bergambar selepas selesai pemantauan bersepadu JAIS, tahun lepas.
Dari kiri: Ustaz Azhari, Ustaz Amri, Ustaz Hafeez, saya, Ustaz Rijal, Ustaz Misnan, Ustaz Zulraime, Ustaz Syafiq, Ustaz Hanif, dan Ustaz Asyraf.

10 October 2013

Ogos Dan September '13

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, saya jarang mengemaskini blog CTB kesayangan saya ni. Maaf ya. Bukan sebab tak ada mood, tapi sebab kekangan masa yang dapat saya luangkan untuk menghadap komputer. Entry  ini pun saya buat sedikit demi sedikit, yang mana sepatutnya saya terbitkan minggu lepas.

Dan saya rasa, sudah lama saya tidak menulis apa-apa buah pandangan saya terhadap sesuatu perkara atau isu. Insya-Allah, mungkin pada cuti hujung tahun nanti, saya punya ruang masa yang melimpah-ruah untuk menaip.

Dalam entry kali ini, saya ingin mengemaskini beberapa aktiviti sepanjang Ogos dan September 2013.

Pihak sekolah melalui Unit Pusat Sumber dengan kerjasama PTS membuat minggu membaca pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2013 yang mana pihak PTS membuat jualan buku kepada murid-murid. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan walaupun ada beberapa kes yang berlaku, sebahagiannya mencabar pemikiran kami selaku guru-guru.

23 September 2013

PSRA '13

Selepas study.
Dari kiri: Imaduddin, Solah, Amirul Hafiz, saya, Hafizul Hadi, dan Aiman Farhan.

10 September 2013

UPSR '13

Entry terdahulu: Aidilfitri di Sekolah '13
Saya, Solah, dan Naufal. Mereka ni antara murid tahun 6 yang suka buat saya tersenyum tatkala terguris dengan tindakan segelintir kawan-kawannya yang 'kurang beradab'.

06 September 2013

Cuba Mengemaskini

Maaf, sejak kebelakangan ini, mood untuk mengemaskini blog ini sudah ke laut. Saya kini lebih gemar untuk menerjah blog orang lain berbanding mengemaskini blog sendiri. Antara blog yang saya suka baca adalah blog Kak NZA dan Pakcik Lavendari.

Antara penyebab utama saya jarang kemaskini adalah kerana saya kini lebih banyak online menggunakan telefon saya berbanding menggunakan komputer ataupun komputer riba.

Bukan apa, bila kerja dah bertimbun, nak on komputer tu rasa macam dah malas. Kan lebih mudah melayari internet guna telefon je.

27 August 2013

Terceria Tengah Tahun 2013

Alhamdulillah. Semalam (Isnin, 26 Ogos 2013), kelas saya sekali lagi menerima anugerah dalam pertandingan keceriaan kelas bagi bulan Jun dan menjadi kemenangan bagi kali keempat dalam tahun ini.

Ketua kelas 4 Ibnu Khaldun, Aqil Ilham menerima piala
daripada GPK 1, Ustaz Azhari Sulaiman.

09 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca setia blog CTB saya yang tak seberapa ini.

Saya pula masih menantikan saat untuk beraya bersama 'pasangan hidup'. Mana tidaknya, semangat beraya makin lama makin luntur. Masa zaman kanak-kanak Ribena dulu je yang best beraya, berjalan-jalan ke rumah pak dan mak saudara, terima duit raya, tidur rumah saudara-mara. Kini, nak berjalan sengsorang pun tak tahu mana hala nak tuju. Sekurang-kurangnya kalau ada 'pasangan' dan 'cahaya mata', tidaklah sunyi. Nak berjalan pun terasa syok sebab tak jalan sorang-sorang.

Doa-doakanlah agar saya cepat berumah tangga. Cewah...

14 July 2013

Terselit Gambar

Salam Ramadan 1434H.


Tiada idea untuk mengemaskini blog. Cuma, saya terlintas untuk berkongsi beberapa Timeline Facebook kepunyaan murid-murid saya yang ada terselit gambar saya.

25 June 2013

Kejohanan Sukan Integrasi SKBSP Kali Ke-4

Sebelum bertolak ke kampung, saya singgah sekejap ke SK Bandar Seri Putra. Saja-saja je nak tengok anak murid bersukan. Memang niat nak tengok pun. Mula-mula malu nak masuk bersendirian. Nasib baik ada Solah. Hehehe...

Agak risau juga, mana la tau, ada pula dua tiga orang yang tak berpuas hati dengan beberapa kenyataan yang pernah saya keluarkan sebelum ni. Mulut saya ni memang macam longkang, kalau tak puas hati, terus cakap je, takde nak tapis-tapis. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah.

Orang macam saya, siapa yang suka... Sedangkan tokoh-tokoh ilmuan Islam silam pun diseksa dengan kejam, siapalah saya untuk meminta kesenangan...?

Abaikan luahan perasaan di atas, mari layan gambar-gambar.

23 June 2013

Rombak '13

Sebulan meninggalkan blog CTB ini penuh bersawang. Entry terakhir pun dibuat selepas sebulan menyepi. Adoyai...! Banyak perkara dan aktiviti yang nak dikongsi, cuma kekangan masa yang banyak menghalang saya untuk meluangkan dua tiga jam di hadapan komputer, juga beberapa masalah yang terpaksa saya selesaikan dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

20 May 2013

Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

Bergambar semasa Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon 1 Sepang, 25 Mac lepas.
Dari kiri berdiri: Aqif Aiman, saya, Hakimin, Amirul Hakeem.
Dari kiri duduk: Razlan Ezmal dan Solah.

Wah, dah lebih sebulan saya meninggalkan blog CTB ini dalam keadaan bersawang...! Maaflah sebab terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan sepanjang sebulan ni.

09 April 2013

30 Minit Bersama Ustaz Don

Alhamdulillah. Khamis lepas (4 April 2013), saya terpilih untuk menghadiri ke rancangan 30 Minit Ustaz Don di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Macam biasa, saya mengajak Aiman dan Hakimin walaupun yang sebenarnya tempat yang dikhaskan untuk saya hanya dua sahaja.

Saya, Aiman, dan Hakimin bergambar dengan Ustaz Don selepas selesai ke udara.

02 April 2013

Terceria Awal 2013

Alhamdulillah. Semalam (Isnin, 1 April 2013), kelas jagaan saya, 4 Ibnu Khaldun diumumkan sebagai Johan bagi Pertandingan Keceriaan Kelas Sesi Petang bagi dua bulan berturut-turut, Februari dan Mac.

Bergambar bersama piala.

29 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 4

Entah kenapa saya suka sangat gambar Aiman yang satu nih...
Alhamdulillah, berkat kesungguhan, akhirnya Aiman berjaya juga mendapat mumtaz dalam salah satu pelajarannya dalam Ujian Prestasi 1 (UP1). Itu satu je lah. Yang lain, hanya lulus sahaja sebab masa tu, memang belum sentuh langsung pelajaran lain.

25 March 2013

KAMIL Zon 1 Sepang 2013

Bergambar sejurus tiba di SRA Bukit Bangkong, Sepang.
Pada hari Sabtu lepas (23 Mac 2013), pihak sekolah menghantar hampir 200 orang peserta mewakili sekolah ke Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 1 Daerah Sepang di SRA Bukit Bangkong.

22 March 2013

Budak 10 Tahun Dan Seksualiti Part 2

Entry kali ini adalah sambungan daripada entry terdahulu: Budak 10 Tahun Dan Seksualiti.

Sejak Isnin, asyik meniti di bibir mereka, perkara berkaitan seksualiti, sehinggakan saya merasa rimas dengan setiap apa yang mereka perkatakan.

Tindakan mereka itu akhirnya mengundang kemarahan saya.

Mereka yang sebelum ini bergurau mesra dengan saya tanpa sebarang masalah, kini gurauan mereka bercampur bahasa-bahasa yang agak menjurus kepada perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai 18SX.

Bila saya sudah naik angin, barulah masing-masing mengendurkan sedikit penggunaan bahasa-bahasa tersebut.

20 March 2013

Budak 10 Tahun Dan Seksualiti

"Eee, ustaz gay, pegang-pegang orang."
"Pegang pun tak boleh? Kalau macam tu, orang Arab tu semua gaylah, sebab diorang berjumpa peluk-peluk. Kamu juga jangan salam dengan saya. Kalau kamu salam, kamu pun gay sebab kamu pegang saya."

Agak berang dengan kata-kata beberapa kerat orang murid ketika saya meraikan pencapaian Solah dan Aqif Aiman dalam Ujian Prestasi 1 bagi pelajaran Tajwid. Solah mendapat 91 peratus manakala Aqif Aiman pula mendapat 93 peratus. Solah yang ketika itu baru sahaja selesai latihan nasyid menunjukkan keputusannya kepada saya manakala Aqif Aiman menyusul beberapa minit kemudian seusai menunaikan solat Asar berjemaah berimamkan Ustaz Rijal.

Kisah Aqif Aiman ada dicoretkan dalam tiga entry sebelum ini.

Sejak kebelakangan ini, murid-murid saya, bermula dari tahun 4 sehinggalah tahun 6, asyik berbicara berkenaan dengan gangguan seksual dan LGBT. Huh. Saya semasa berumur 12 tahun dahulu, masih tidak mengetahui apa itu seks, tetapi mereka kini lebih ke hadapan.

19 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 3

Saya dan Aiman.
Aiman bersungguh-sungguh nampaknya dalam memahami dan mengingati pelajaran dalam usahanya mendapatkan Mumtaz dalam PSRA.

11 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 2

"Ustaz, lepas ni ustaz free tak?"

Saya tersentak dengan pertanyaan Aqif Aiman yang saya lebih selesa memanggilnya dengan nama Aiman. Kebetulan, saya menyertai solat Asar berjemaah murid-murid tahun 5 dan 6 yang diimamkan oleh Ustaz Rijal. Seusai solat, saya disapa olehnya.

"Kenapa?"
"Saya nak belajar dengan ustaz."

Eh? Terkejut bercampur terharu bila mendengar pemintaan daripadanya. Kebiasaannya, agak sukar seorang murid mahu menahan saya daripada balik semata-mata mahu melanjutkan pembelajaran mereka bersama saya.

05 March 2013

Selepas AGM PIBG 2013

Keceriaan pada wajah mereka menjadi ubat yang paling mujarab bagi saya.
Alhamdulillah, kesibukan yang melanda selama beberapa minggu kebelakangan ini semakin berkurangan. Kini, hanya tinggal kerja yang berkaitan dengan Ujian Prestasi 1 yang baru sahaja selesai semalam (5 Mac 2013).

27 February 2013

Peristiwa Sebelum AGM PIBG 2013

Cantik gambar yang diambil Hariz Syahmi ni.
Ya Allah, banyaknya tugasan yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi menjelang AGM PIBG Kali Keempat yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 2 Mac ini.

13 February 2013

Terbaik '13 Demi Rasul

Pasukan perarakan SRA Bandar Seri Putra pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Daerah Sepang.

02 February 2013

Sesi Belajar 'Diganggu'

Rindu sama ini budak, namanya Danish Haziq.
Minggu ini, aktiviti PnP tidak dapat dijalankan seperti kebiasaan. Maklumlah, sekolah ini asyik di'ganggu' dek beberapa aktiviti yang dirancang.

28 January 2013

Aktiviti Cuti Maulidur Rasul 1434H.

Salam Maulidur Rasul 1434H.

Hari terakhir sebelum bercuti sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam.
Seronok bila lensa dihalakan ke arah mereka.
Dari kiri: Irfan Hakimi (ketua kelas 4 Ibnu Khaldun), Ahmad Shafiq, dan Ashryl Haqiem.
Esok adalah hari pertama sekolah selepas bercuti selama 5 hari berturut-turut bermula 24 Januari 2013 (Khamis).

19 January 2013

Wan Aqif Aiman

Kali terakhir saya terserempak dengannya adalah pada hari Isnin lepas di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Saya yang ketika itu datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan terserempak dengannya yang sama-sama menerima rawatan daripada doktor.

Saya tidak menegurnya, apatah lagi mahu berborak dengannya. Kepala sudah pusing, tidak terlintas untuk menyapanya.

Namun, sejak dari itu, saya langsung tidak nampak kelibatnya di sekolah. Disebabkan banyak tugasan yang perlu disiapkan, saya terlupa untuk mencarinya untuk bertanyakan berkenaan keadaannya.

Sehinggalah semalam, saya terbaca mesej dari seorang anak murid saya, Adriana yang memberitahu tentang perihalnya. Terus saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian.

18 January 2013

Memilih

Menjadi seorang yang memberikan kata putus sememangnya sukar.

Secara peribadi, saya tidak suka untuk membuat sebarang keputusan dalam perkara-perkara yang besar.

Namun, sebagai seorang lelaki, juga sebagai seorang yang mengetuai beberapa unit kecil, juga sebagai seorang warganegara Malaysia, saya terpaksa juga untuk membuat keputusan.

Sebagai seorang lelaki, saya terpaksa membuat beberapa keputusan besar, yang akan mencorakkan kehidupan pada masa mendatang.

Sebagai seorang ketua dalam sesebuah unit, saya dikehendaki memilih daripada banyak cadangan dan pandangan dan kemudiannya melaksanakan keputusan tersebut.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya diberi hak untuk mengundi, untuk melantik wakil kepada suara kita untuk dilaungkan dalam 'dewan yang mulia'.


16 January 2013

Bersedia Tanpa Bersedia

Pihak naziran nak datang sekolah...!!!
Minggu ini memang busy. Maklumlah, awal tahun.

Bertambah busy bilamana bahagian naziran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang 'mengisytiharkan' untuk datang memantau proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Walaupun semua orang kalut bersiap-siaga berhadapan dengan pihak naziran, saya bergerak seperti biasa, semacam tiada apa yang berlaku.

13 January 2013

Surat Daripada PM

Kelmarin (11 Januari 2013, Jumaat), selepas menyelesaikan kerja dan mengajar anak murid mengaji, saya mengetik kad perakam waktu (punch cardlah) sebelum pulang ke rumah. Kebiasaannya pada setiap hari Jumaat, jalan yang saya lalu untuk pulang ke rumah lebih sesak berbanding hari biasa. Akan lebih sesak sekiranya hari Jumaat tersebut bersambungan dengan cuti am atau sebarang perayaan.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk melalui plaza tol Mines Selatan, yang mana kebiasaannya saya melalui South City Plaza kerana mengelak daripada membayar tol RM 1.30. Hehehe...

Bila saya masuk ke MRR2 melalui susur masuk TBS, jalan sudah mula sangkut. Sudah menjadi kelaziman MRR2 sesak dengan kenderaan. Cumanya, kesesakkan ini dua kali ganda berbanding kebiasaan.

Sabar ajelah...

Sepanjang perjalanan, terdapat dua kemalangan dan dua kenderaan rosak yang mana ia juga 'membantu' menyesakkan lagi jalan yang sedia sesak.

Ada yang kata, kesesakkan ini berpunca daripada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan pada keesokkan harinya (Sabtu, 12 Januari 2013). Wallahu 'alam. No comment about it.

07 January 2013

Bila Guru Tak Dapat Buku...

Entry kali ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Ia bukanlah PENDIRIAN pihak sekolah dan jabatan yang berkaitan. Tolong jangan kaitan dengan mana-mana institusi yang dinyatakan. Untuk mendapatkan MALUMAT RASMI, sila rujuk terus ke pihak pentadbiran sekolah untuk maklumat yang lengkap bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Harap maklum.

Kebiasaannya, para guru pasti tidak menang tangan menguruskan banyak perkara dalam dua tiga minggu pertama persekolahan.

Pening-pening! 999, minta bantuan...!

06 January 2013

Nur Hidayah Dan Amril

Kebiasaannya, setiap malam Ahad, saya menonton Cerekarama TV3 bersama mak dan abah kalau tidak ke mana-mana. Tapi malam tadi (Sabtu, 5 Januari 2013), saya menontonnya keseorangan sebab mereka balik kampung, tengok kebun yang baru nak gugur durian.

Lambatkan gugurnya. Tempat lain dah licin.

Cerekarama malam tadi bertajuk "Nur Hidayah", menceritakan berkenaan keluarga Amril, lakonan Pierre Andre yang kucar-kacir angkara bekas isteri pertamanya, Kamalia.

30 minit pertama saya tak sempat tengok sebab saya berada di luar.

Tak tahu macam mana dia boleh berjumpa dengan Nur Hidayah yang kemudiannya dijadikan isteri kedua. Tidak seperti Kamalia yang mata duitan, Nur Hidayah seorang yang baik dan warak (rasanya), sanggup setia bersama suaminya walaupun suaminya disahkan menghidap kanser kelamin yang membawa kepada kematiannya.

Perkahwinan Amril bersama Nur Hidayah ditentang ibu Amril walaupun bapanya bersetuju.

02 January 2013

Hari Pertama Persekolahan '13

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2013. Seperti yang pernah saya maklumkan pada enty lalu, saya diamanahkan untuk menguruskan kelas 4 Ibnu Khaldun.

Bergambar pada hari terakhir dalam program "Semarakkan Ramadan",tahun lepas.
Empat orang antara mereka ditempatkan di 4 Ibnu Khaldun, kelas jagaan saya.
Tidak seperti tahun-tahun sudah, mereka tidak kekok dengan saya pada hari pertama sekolah sebab mereka seringkali berjumpa dengan saya pada tahun lepas kerana saya beberapa kali diarahkan untuk menggantikan guru tahun 3 sesi pagi yang tidak dapat hadir atas kerana diarah bertugas di luar sekolah.