Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

27 August 2013

Terceria Tengah Tahun 2013

Alhamdulillah. Semalam (Isnin, 26 Ogos 2013), kelas saya sekali lagi menerima anugerah dalam pertandingan keceriaan kelas bagi bulan Jun dan menjadi kemenangan bagi kali keempat dalam tahun ini.

Ketua kelas 4 Ibnu Khaldun, Aqil Ilham menerima piala
daripada GPK 1, Ustaz Azhari Sulaiman.

Walaupun tidak mendapat johan sebagaimana yang pernah diperoleh pada awal tahun, namun kemenangan ini dilihat sebagai kemenangan yang konsistenlah sangat. Boleh dikatakan setiap bulan kecuali bulan April, kelas 4 Ibnu Khaldun tersenarai antara tiga kelas terbersih dan terceria. Syukur alhamdulillah...!

Bagi bulan Jun, kelas 4 Ibnu Sina mendapat johan manakala 4 Ibnu Rusyd pula di tempat ketika. Dan ketiga-tiga kelas ini adalah bersebelahan dan berturutan!

Terima kasih buat warga 4 Ibnu Khaldun sama ada yang baru atau yang lama. Tanpa kalian, belum tentu kelas 4 Ibnu Khaldun mampu untuk tersenarai dalam tiga kelas terbaik.

Apa lagi, lepas tu, kami berposing mautlah dalam kelas. Terima kasih Hariz Syahmi sebab tolong saya ambil gambar.

Bergambar dengan murid lelaki 4 Ibnu Khaldun.
Dari kiri: Akim, Abang (Zikri Hazem - tersorok), Mijan (Hamezan), Abie Aifa, saya, Along (Aqil Ilham - ketua kelas), Aidil Hakim (belakang), Syahmi (berkaca mata), Yayan (Zaihan Hanafi), dan Fadhil (belakang, berkaca mata)
Posing baek punya. Masa ni tengah menanti murid perempuan masuk ke kelas.
Bergambar beramai-ramai.
Okey, gaya bebas semua...!
Lagi gaya bebas.
Ustazah Hafizah suruh buat tanda bagus...
Kali ni Ustazah Hafizah suruh buat tanda OK.
Ustazah Hafizah dah macam pengarah fotografi pula.

Kedukaan yang dialami seketika, Allah gantikan dengan nilai yang lebih berharga.

Tinta mencoret: Terima kasih semua...!

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP


4 comments:

  1. TAHNIAH...mmg patut menang...tgk kelas syahmi mmg cerialah....syabas.

    ReplyDelete
  2. tahniah...teringat ddulu time sekolah suka sangat tolong cikgu hias kalo menang kiteorang heppi sangat...
    lagi satu cikgu jugak memainkan peranan untuk jadikan kelas cantik & ceria kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Guru turut memainkan peranan dalam menjadikan keas cantik dan ceria. Tapi dalam kelas 4 Ibnu Khaldun ni, mereka banyak mengorbankan tenaga mereka dalam menceriakan kelas.

      Delete