Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

05 August 2013

Ramadan 1434H: Jangan Lupakan Terus

Salam Ramadan 1434H.

Entry sebelum ini: Day 24.


Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Seharusnya kita melipat kali gandakan amal ibadat. Namun, kebanyakkan daripada kita termasuk saya sudah mula menyepi daripada beribadat, sebaliknya sudah mula berkunjung ke gedung-gedung jualan untuk bersiap sedia untuk menyambut Aidilfitri.

Haish...

Cuba kita lihat bagaimana Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam berhadapan dengan 10 malam terakhir Ramadan.

كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
Sesungguhnya, Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam, apabila masuk sepuluh malam terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkat amal ibadat, menghidupkan malam, dan mengejutkan ahli keluarga.
HR Bukhari

Kita semua sedar, kehangatan dan kemeriahan menyambut kedatangan Syawal semakin dirasai. Sudah tentu ramai yang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman, juga membuat persiapan untuk menyambut lebaran.

Namun, perlu diingat, Ramadan yang akan kita tinggalkan ini tidak seharusnya dipandang sepi dengan segala aktiviti untuk menyambut lebaran. Islam tidak pernah melarang kita bersiap sedia untuk menyambut hari raya kerana hari raya adalah simbolik kepada kemenangan kita dalam mengetepikan setiap kehendak diri dan godaan syaitan. Cuma, tindakan kita seolah-olah menyambut hari raya itu lebih utama berbanding mengabdikan diri pada penghujung Ramadan...!

Jangan terlampau mengejar lebaran sehinggakan kita melupakan Malam al-Qadar yang dijanjikan Allah dengan ganjaran seperti beribadat selama 1000 bulan. Umur kita pun belum tentu boleh sampai setua 1000 bulan...!

Sementara masih belum terlambat ini, marilah kita sama-sama kita penuhi beberapa hari terakhir Ramadan tahun ini dengan melipat kali gandakan amal ibadat, kembali solat tarawih berjemaah di surau-masjid, membaca al-Quran, beri'tikaf, bertahajud, bersedekah, dan sebagainya.

Bila lagi kita nak rebut peluang ini? Ramadan akan datang belum tentu milik kita, kan?

Juga jangan lupa, bayar zakat fitrah. Tak banyak, RM 7.00 je... Makan PizzaHut sampai tak hengat dunia tu boleh pula...

Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, dan selamat beribadat.

Tinta mencoret: Pecutan terakhir dalam Ramadan.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments: