Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 November 2013

Lupa Tarikh 23 November?

"Syahmi, kau dah lupakan tarikh penting?"
"Tarikh penting? Bila?"
"23 November."
"Ada apa dengan tarikh tu...?"

Mana boleh lupa dengan tarikh 23 November tu, cuma saya je yang malas nak layan sangat dengan tarikh tersebut.

Nak kata penting, takde lah penting sangat, hanya tarikh kelahiran saya sahaja.

Kebiasaannya saya akan mengemaskini blog CTB ni setiap kali tiba tarikh 23 November, tetapi tiba-tiba tahun ni saya rasa malas nak kemaskini. Bukan malas, cuma kurang bersemangat. Sebab tu entry ini dibuat bukan pada tarikh 23 November, dah lepas seminggu baru buat.

29 November 2013

Mak Teh Normah

Tengah syok melayan bantal dan tilam yang dibentangkan di ruang tamu rumah, terdengar riuh suara mak dan abah. Pada mulanya, saya malas nak dengar apa yang mereka berdua bincangkan. Namun, tatkala mendengar salah seorang daripada mereka membuat panggilan telefon, saya terdengar satu perkataan yang agak mengejutkan; "MENINGGAL".

Huh. Saya bingkas bangun meninggalkan bantal dan tilam yang empuk, melirikkan mata mencari kelibat mereka.

"Siapa yang meninggal?"

Soalan itu yang terpacul keluar daripada mulut saya. Saya diberitahu, Mak Teh Normah, kakak ipar kepada abah menghembuskan nafas terakhir di CCU Hospital Kuala Lumpur akibat kekurangan sel darah merah atau leukimia.

27 November 2013

Sungai Chongkak '13

Cuti sekolah sudah bermula. Waktu seperti ini digunakan sebaik mungkin oleh sebilangan besar rakyat Malaysia untuk balik kampung, melancong, mengadakan walimah, dan sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali.

Kami, para guru pun mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang untuk berjalan-jalan sebab bukan senang untuk kami apply cuti, lagi tak diluluskan kalau ambil cuti untuk pergi bercuti.

Rancangan pertama saya yang bukan pertama sebenarnya dalam cuti sekolah ini adalah pergi CAMPING...!

14 November 2013

UPSR Dan PSRA '13

Semalam, keputusan PSRA diumumkan di peringkat negeri dan daerah. Hari ini keputusan UPSR pula diumumkan. Dari pagi tadi, murid tahun 6 masing-masing kalut dan berdebar-debar menunggu keputusan. Keputusan PSRA diumumkan pada petang tadi di Bilik Seminar sekolah.

Berikut adalah keputusan UPSR dan PSRA bagi murid yang pernah atau secara konsisten membuat ulangkaji bersama-sama saya.

Berdiri dari kiri: Hafizul Hadi, Aiman Farhan, saya, Azhari Raziq, dan Wan Aqif Aiman.
Duduk dari kiri: Solah, Imaduddin, Amirul Hafiz, dan Aidil Syahir.

11 November 2013

Lawatan Ke Pulau Pinang '13

Selepas pengumuman senarai tugas baharu pada awal Oktober lepas, saya yang asalnya mengetuai Unit Ibadah dan Surau ditukarkan ke unit yang agak best, Unit Lawatan Murid, unit yang akan merancang lawatan yang berkaitan dengan murid.

Dan tugasan pertama yang diamanahkan dalam unit tersebut adalah lawatan ke Pulau Pinang. Lawatan ini sebenarnya hasil kerja orang lain, saya hanya menyambung sahaja tugasan mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah. Mana ada kerja yang tak timbul masalah...

Program: Lawatan Ke Pulau Pinang
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2013
Tempat: Pulau Pinang
Jurukamera: Saya, Amirul Hafiz, Hafizul Hadi, Razlan Ezmal, Irfan, Aqil Ilham, dan lain-lain.

01 November 2013

Cemburu Untuk Apa?

"Abu, aku rimaslah! Pasal aku bergambar dengan Aina pun dia dah marah-marah."
"Rileks la Ali, biasalah orang perempuan, kuat cemburu." 
"Agak-agaklah. Bukan aku peluk si Aina tu pun. Lagipun, bukan aku sorang je dalam gambar tu, Ahmad, Anas Ainun, ramai lagi. Kebetulan je aku berdiri sebelah Aina. Bukan aku pegang dia pun, ada jarak."
"Kau kena faham dengan perempuan..."
"Ooo, kita je yang kena faham dengan diorang? Yang diorang perangai macam tu, boleh pula ye...?"

Hahaha... Ni kes cemburu la ye.

Ada yang kata, rasa cemburu itu fitrah.
Ada yang kata, cemburu itu tanda sayang.