Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

11 November 2013

Lawatan Ke Pulau Pinang '13

Selepas pengumuman senarai tugas baharu pada awal Oktober lepas, saya yang asalnya mengetuai Unit Ibadah dan Surau ditukarkan ke unit yang agak best, Unit Lawatan Murid, unit yang akan merancang lawatan yang berkaitan dengan murid.

Dan tugasan pertama yang diamanahkan dalam unit tersebut adalah lawatan ke Pulau Pinang. Lawatan ini sebenarnya hasil kerja orang lain, saya hanya menyambung sahaja tugasan mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah. Mana ada kerja yang tak timbul masalah...

Program: Lawatan Ke Pulau Pinang
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2013
Tempat: Pulau Pinang
Jurukamera: Saya, Amirul Hafiz, Hafizul Hadi, Razlan Ezmal, Irfan, Aqil Ilham, dan lain-lain.

Sebelum bertolak.
Berpagi-pagian di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Peletakan batu asas masjid dan perasmian yang tercatat di dinding masjid.
Masjid Negeri Pulau Pinang.
Kali terakhir ke masjid ini adalah pada tahun 2003, ikut rombongan sekolah.
Bergambar sakan di Masjid Negeri.
Breakfast di Masjid Negeri.
Sekitar kereta api Bukit Bendera.
Sekitar Bukit Bendera.
Teropong ke bawah.
Dari kiri: Razlan Ezmal, Aqil Ilham, saya, Hafiz, Hafizul, dan Irfan.
Saya bersama Hafizul (berkaca mata), Hafiz (bersamping merah),
Aqil Ilham (berbaju merah), dan Irfan.
Sekitar Bukit Bendera.
Dari kiri: Razlan Ezmal, saya, Hafiz, dan Hafizul.
Bergambar di Taman Botani Pulau Pinang.
Guru-guru pengiring bergambar di Taman Botani Pulau Pinang.
Ah, aku tak kira, aku nak upload jugak gambar ni. Ada aku kesah...?!
"Tolonglah...! Pokok ni nak tumbang...!"
Aiman Danial buat tak faham je... Hehehe.
Sekitar Taman Botani Pulau Pinang.
Bergambar di hadapan Masjid Terapung Tanjung Bungah.
Sekitar Kompleks Rumah P. Ramlee.
Naik feri. Masing-masing excited bebenar...
Kumpulan 1 berkumpul dan makan malam terakhir sebelum pulang.
Dari kiri: Razlan Ezmal, Hafizul Hadi, Aqil Ilham, Irfan, saya, dan Amirul Hafiz.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden atau musibah. Semoga akan datang saya mampu untuk melaksanakannya lagi.

Cuma time sampai di Kompleks Rumah P. Ramlee, kepala saya mula berpusing-pusing. Mujur guru-guru lain faham dan mengambil peranan saya untuk mengetuai rombongan. Terima kasih semua.

Jutaan terima kasih diucapkan buat Ustaz Hafez dari SRA Desa Putra yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Juga buat Ustazah Maizah dan Ustaz Azhari yang memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk meneruskan program ini walaupun pada awalnya berlaku beberapa masalah teknikal. Juga terima kasih buat Ustaz Salihin yang banyak membantu saya menguruskan program ini, Ustaz Syafiq yang meringankan tugas saya memimpin rombongan, juga Ustazah Ain dan Ustazah Syafiqah. Terima kasih juga buat peserta rombongan, terima kasih semua...!

Ha... Penat...

Lagi gambar di Fanpage saya: fb.com/syahmisabidin.

Tinta mencoret: Jauh perjalanan luas pandangan.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment