Semalam, keputusan PSRA diumumkan di peringkat negeri dan daerah. Hari ini keputusan UPSR pula diumumkan. Dari pagi tadi, murid tahun 6 masing-masing kalut dan berdebar-debar menunggu keputusan. Keputusan PSRA diumumkan pada petang tadi di Bilik Seminar sekolah.
Berikut adalah keputusan UPSR dan PSRA bagi murid yang pernah atau secara konsisten membuat ulangkaji bersama-sama saya.
Berdiri dari kiri: Hafizul Hadi, Aiman Farhan, saya, Azhari Raziq, dan Wan Aqif Aiman. Duduk dari kiri: Solah, Imaduddin, Amirul Hafiz, dan Aidil Syahir. |
AHMAD SOLAH BIN KAMIL AZMI
UPSR: 3A 2B
PSRA: 74.4% (Jayyid)
AZHARI RAZIQ BIN RIZAMAN
UPSR: 4A 1B
PSRA: 78.0% (Jayyid Jiddan)
MUHAMMAD AIDIL SYAHIR BIN MOHAMMAD ABI RIFDI
PSRA: Maqbul
MUHAMMAD AIMAN FARHAN BIN RAHISHAN
UPSR: 5A
PSRA: 71.8% (Jayyid)
MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN AMIRZALI
UPSR: 3A 2B
PSRA: 66.0% (Jayyid)
MUHAMMAD HAFIZUL HADI BIN NASARUDDIN
UPSR: 5A
PSRA: 84.2% (Jayyid Jiddan)
MUHAMMAD IMAD DUDDIN BIN MOHD JUFFRI
UPSR: 4A 1B
PSRA: 78.8% (Jayyid Jiddan)
MUHAMMAD NAUFAL SYABIL BIN MAZLAN
UPSR: 5A
PSRA: 70.4% (Jayyid)
WAN MUHAMMAD AQIF AIMAN BIN WAN ZULKIFLI
UPSR: 3A 2B
PSRA: 68.0% (Jayyid)
Antara kalangan mereka, Aiman Farhanlah yang paling banyak peningkatan dalam PSRA. Bermula dari Rasib, naik Maqbul, dan keputusan akhirnya menjadi Jayyid. Tahniah.
Tidak kira berapa keputusan yang diperoleh, yang penting akhlak dan ibadah dijaga. Tak guna kalau UPSR dapat 5A, PSRA dapat Mumtaz 90% tetapi solat tinggal, Quran tidak dibaca, akhlak tidak dijaga.
Pesanan saya buat semua murid-murid saya, kekalkan momentum kejayaan kalian pada masa mendatang, dan jangan lupa Allah dan segala apa yang diperintahkan-Nya kerana kejayaan tersebut adalah kurniaan daripada-Nya. Dia berhak untuk menarik kejayaan tersebut sekiranya Dia mahu.
Sebahagian daripada murid-murid yang membuat ulangkaji bersama-sama saya. Solah yang paling rajin dalam kalangan mereka. |
Sambil-sambil tengok latihan persembahan nasyid, sambil-sambil bergambar. |
Bergambar sebelum balik. Dari kiri: Imaduddin, Alif Adhwa, Amirul Hafiz, saya, Hafizul Hadi, Fatwa Ilman, dan Haziq. Eh, macam mana Haziq boleh ter-bergambar sekali ye...? Haziq kan baru darjah 4. |
Semoga terus cemerlang pada masa mendatang.
Esok hari terakhir persekolahan. Moga-moga mereka hadir...
Tahniah juga buat anak buah saya, DURRAH BALQIS BIN AHMAD SHAHARUDDIN yang berjaya memperoleh 3A 2B dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dengan peratusan 87.2% dalam PSRA.
Tahniah dan syabas buat kalian semua.
Tinta mencoret: Kembalikan kesyukuran tersebut kepada Allah yang memberikan kejayaan.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Wahh . Pandainyaaa mereka semua . Tahniah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua ni hasil daripada kesungguhan mereka.
Delete