Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 April 2011

Merata-rata Solat


Bergambar ketika rehearsal peserta berkumpulan sekolah pada 29 April 2011.
"Kamu baca Quran dengan Ustazah Asmah dah sampai mana?"

Masing-masing diam sambil menyelak al-Quran masing-masing mencari ayat terakhir yang dibaca.

"Surah apa?" saya mengulangi pertanyaan tetapi dengan soalan yang bersifat lebih khusus. "Surah ash-Shod." "Mana ada surah ash-Shod," saya menyalahkan mereka. "Cuba baca betul-betul, surah apa tu?" "Surah Shod," mereka membetulkan kesilapan kecil mereka.

28 April 2011

Latihan Nasyid


Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi Peperiksaan Pertengahan Tahun bakal berlansung. Bukan itu sahaja, Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat daerah Sepang yang diadakan pada 21 Mei 2011 di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra perlukan persiapan yang rapi agar kontinjen sekolah dapat menghantar wakil mewakili daerah sekurang-kurangnya melebihi sepuluh acara mengikut sasaran bekas GPK Ko-kurikulum yang sudah berpindah.

Tahun ini, saya dipertanggungjawabkan untuk membantu Ustaz Zulraime melatih pasukan nasyid sekolah.

Bekas GPK Ko-kurikulum rasanya tersilap letak... Ada ke patut 'menanggungjawabkan' saya terhadap pasukan nasyid sekolah? Awal-awal lagi saya sudah menyatakan saya tidak sepatutnya diletakkan sebagai guru pembimbing pasukan nasyid sekolah. Alhamdulillah, nasib baik Ustaz Zulraime digandingkan bersama.

Insya-Allah, esok akan diadakan rehearsal untuk peserta-peserta berkumpulan seperti kumpulan nasyid dan kalam jamaie atau nama glamournya coral speaking.

Insya-Allah, mudah-mudahan mereka mampu melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.

25 April 2011

Kasih Walaupun Kufur


Tersebutlah suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim alayhis-salam, telah datang seorang lelaki beragama Majusi ke rumah Nabi Ibrahim alayhis-salam untuk meminta sedikit pertolongan yang berupa makanan dan menumpang tidur semalaman di rumah baginda alayhis-salam.

Majusi adalah agama yang mana penganutnya menjadikan api sebagai tuhan dan ikon sembahannya.

Sebelum baginda alayhis-salam bersetuju untuk membantunya, baginda alayhis-salam bertanya terlebih dahulu: "Apakah agama yang engkau anuti sekarang ini, wahai lelaki?"

Lelaki beragama Majusi itu menjawab: "Aku menganut agama Majusi."

23 April 2011

Rindukan Alam Persekolahan


Tersentuh hati bila memikirkan zaman persekolahan. Sudah lebih lima tahun saya melangkah keluar daripada alam persekolahan (Mac 2006) dan sekolah terakhir saya ketika itu ialah Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAM(T)TAR) di Sungai Manggis, Banting. Hasrat saya untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tinggal kenangan kerana saya mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat tersebut atas beberapa sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Sekolah yang benar-benar mentarbiyyah diri saya agar menjadi 'manusia', adalah Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMeL). Rata-rata daripada pelajar SAMSMeL datangnya daripada kawasan kampung. Di sini, kami di didik dengan keberkatan ilmu yang dipelajari, dan bukannya mentarget keputusan yang gemilang sebagai sasaran utama.

Gabungan beberapa orang pendidik seperti Ustaz Ramly, Ustaz Yusmi, Ustaz Suffian Maidin, Ustaz Razali, Ustazah Aisyah, dan guru-guru lain di bawah pimpinan Cikgu Latif amat memberi kesan yang mendalam buat kami. Walaupun keputusan peperiksaan utama seperti PMR, SMA (Sijil Menengah Agama), dan SPM tidak mampu melonjakkan nama sekolah, ditambah pula dengan beberapa kerat pelajar yang mencalarkan nama baik sekolah pada mata masyarakat setempat, namun sebahagian besarnya berpayungkan didikan mereka.

Terima kasih guruku.

19 April 2011

Nasi Lemak


Nasi lemak adalah makanan tradisi rakyat Malaysia.
Nasi lemak merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Selain Malaysia, nasi lemak juga boleh didapati di Brunei, Singapura, Selatan Thai, dan Kepulauan Riau. Nasi lemak juga diketahui sebagai salah satu makanan tradisi dan warisan di Malaysia. Kebiasaannya, nasi lemak dijadikan makanan untuk bersarapan. Walaupun begitu, nasi lemak boleh didapati pada bila-bila masa, tidak hanya pada waktu pagi.

Walaupun nasi lemak diangkat martabatnya sebagai makanan tradisi masyarakat Malaysia setaraf dengan roti canai dan teh tarik, namun 'ketradisian'nya kini cuba dipertikai.

11 April 2011

Zikry

Minggu ini, saya adalah salah seorang daripada guru yang bertugas memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sebelum acara perhimpunan bermula, seperti biasa saya akan memastikan guru yang mengetuai giliran bertugas mingguan ada dan dapat memberikan beberapa peringatan kepada murid.

Pelbagai perkara diingatkan kepada anak murid.

Antaranya, jangan membaling batu-batu jalan kepada kawan yang lain.

Tetapi nampaknya, nasihat tersebut bagai menuangkan air ke daun keladi.

Akibatnya, satu kejadian yang tidak diingini berlaku akibat daripada ketidakpatuhan nasihat yang lebih berupa arahan dan peringatan daripada ustaz-ustazah.

Malangnya, mangsa kejadian tersebut adalah Zikry, murid tahun 4 Ibnu Bathutah.

Saya tidak menjangkakan sesuatu perkara buruk berlaku tatkala saya masuk ke dalam pejabat walaupun terdapat dua orang murid sekelas dengan Zikry tergamam berdiri di hadapan kaunter pejabat sambil Ustaz Hanif selaku guru disiplin berada di samping mereka.

10 April 2011

Shoes Off

النظافة من الإيمان
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Kata-kata hikmah ini (ia bukanlah hadith) sebenarnya perlu diterapkan dalam setiap aktiviti dan perkara yang berkaitan dengan agama kerana Allah sukakan benda-benda yang cantik, baik, dan bagus, dan  kebersihan itu semestinya suatu perkara yang bagus dan baik. Perkara ini dinukilkan dalam sebuah hadith Nabi saw:
لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر . قال رجل : إن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسنا ونعله حسنة . قال : إن الله جميل يحب الجمال . الكبر بطر الحق وغمط الناس. أو كما قال
"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar zarah (atom). Seorang lelaki bertanya: "(Bagaimana sekiranya) seorang lelaki menyukai baju dan seliparnya yang bagus?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Allah itu cantik, Dia menyukai setiap perkara yang cantik. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
HR Muslim, Ahmad, dan al-Hakim

Maksudnya, Allah suka sekiranya kita berhias-hias dengan segala perhiasan yang ada, menggunakan sesuatu benda yang ternyata memiliki keselesaan dan branded, dan yang pastinya ia sedap pada mata yang memandangnya. Tentunya, kebersihan juga dikelaskan dalam kategori yang sama.

Yang menjadi masalah kepada saya ialah kelas sentiasa kotor, kotor dengan debu, pasir, dan sebagainya. Itu belum lagi ditambah dengan sampah yang 'dihasilkan' sendiri oleh murid-murid, lagi bertambah bersepah. Saya berfikir, kaedah apa yang boleh digunapakai untuk mengekalkan tahap kebersihan bilik darjah ke tahap yang optimum dalam jangka masa yang begitu sedikit.

08 April 2011

Designer Tak Bertauliah

Minggu yang penuh dengan mehnah dan ujian daripada Allah. Rasanya tak mampu untuk menangguh seorang diri. Bermula dari kes ditipu mentah-mentah oleh seorang kawan sehinggakan kes yang melibatkan jabatan, semuanya sedikit sebanyak mencalarkan ruang lingkup kehidupan. Astaghfirullah al-'azhim. Mungkin ini semua balasan daripada Allah terhadap kelalaian daripada mengingati-Nya.

Tutup kes. Tiada tangisan atau murungan yang perlu dicoretkan di sini.

Mesyuarat PIBG baru-baru ini membuat keputusan melarang sebarang kenderaan asing memasuki perkarangan sekolah bermula 4 April lepas. Sehubungan itu, sticker kenderaan akan dikeluarkan untuk dilekatkan di kenderaan yang dibenarkan seperti kenderaan guru, staf, dan penguasa kantin sekolah.

Sticker? Siapa yang dipertanggungjawabkan? Dengan tidak semena-mena, Ustaz Misnan 'menganugerahkan kontrak' mengdesign sticker tersebut kepada saya.

Alhamdulillah, Hari ini (Jumaat, 8 April 2011), saya berjaya dengan bangganya menyiapkan dua buah design sticker kenderaan untuk dilekatkan di kenderaan yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Ini adalah kejayaan yang kedua selepas saya diberi amanah untuk mendesign tag nama bagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua beberapa minggu lepas.

03 April 2011

Quranic Stories


Murid-murid kelas 4 Ibnu Rusyd.
Dari kiri: Naim, Akmal Aim, Syahmi, Hakimi, dan Khairul Naim.
Masa pelajaran Tilawah al-Quranlah masa yang paling saya gemari. Mana tidaknya, itulah masa saya 'mendekatkan' diri saya dengan anak-anak murid. Pembacaan al-Quran tidak boleh diajar secara reramai macam pelajaran lain, ia sebenarnya memerlukan penumpuan yang khusus terhadap seseorang itu.