Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

08 April 2011

Designer Tak Bertauliah

Minggu yang penuh dengan mehnah dan ujian daripada Allah. Rasanya tak mampu untuk menangguh seorang diri. Bermula dari kes ditipu mentah-mentah oleh seorang kawan sehinggakan kes yang melibatkan jabatan, semuanya sedikit sebanyak mencalarkan ruang lingkup kehidupan. Astaghfirullah al-'azhim. Mungkin ini semua balasan daripada Allah terhadap kelalaian daripada mengingati-Nya.

Tutup kes. Tiada tangisan atau murungan yang perlu dicoretkan di sini.

Mesyuarat PIBG baru-baru ini membuat keputusan melarang sebarang kenderaan asing memasuki perkarangan sekolah bermula 4 April lepas. Sehubungan itu, sticker kenderaan akan dikeluarkan untuk dilekatkan di kenderaan yang dibenarkan seperti kenderaan guru, staf, dan penguasa kantin sekolah.

Sticker? Siapa yang dipertanggungjawabkan? Dengan tidak semena-mena, Ustaz Misnan 'menganugerahkan kontrak' mengdesign sticker tersebut kepada saya.

Alhamdulillah, Hari ini (Jumaat, 8 April 2011), saya berjaya dengan bangganya menyiapkan dua buah design sticker kenderaan untuk dilekatkan di kenderaan yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Ini adalah kejayaan yang kedua selepas saya diberi amanah untuk mendesign tag nama bagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua beberapa minggu lepas.

Seronok pula bila dapat buat benda-benda macam ini. Terasa puas bila ada hasil tangan yang bakal 'melekat' di sekolah atau pada mana-mana tempat yang berkaitan dengan sekolah. Kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh huruf-huruf, apatah lagi dengan kata-kata.

Keseronokan sebegini tidak diperoleh tika saya berkhidmat di sekolah lama. Mungkin Allah mahu memenuhi permintaan sebelum ini yang mahu diberi dorongan untuk berkhidmat dengan lebih bersemangat di sekolah baru ini. Wallahu a'lam. Sehari demi sehari, hati makin sayang kepada SRABSP. Walaupun kepayahan dan segala macam perkara berlaku, namun hati semakin terpaut padanya. Pergh, macam ayat cinta!

Apa yang dingarutkan ni...?

Berbalik pada cerita asal. Walaupun design sticker kenderaan tidaklah dikreatif pakar-pakar, namun hasilnya tetap memuaskan hati. Dua hasil design saya serahkan kepada Ustaz Misnan selepas beberapa touch-up-an buat kali yang terakhir.

Dua design untuk sticker kenderaan.
Cuma yang menjadi kemusykilan, mengapa semenjak dua menjak kebelakangan ini, segala perkara yang melibatkan dengan design diserahkan kepada saya? Kenapa? Lebih-lebih lagi selepas Mesyuarat PIBG tempohari. Jangan banyak songeh, buat je kerja tuh!

Terima sahajalah tugas yang diberikan.

Selepas ini, ada empat lagi design yang perlu didesignkan, tag pengawas, tag kebenaran keluar-masuk kelas, bookmarks, dan tag murid tahun enam. Pening-pening!

Design tag nama untuk mesyuarat PIBG baru-baru ini.
Tinta mencoret: Ni kerja jadi guru atau jadi designer?

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment