Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 November 2011

Tak Boleh Masuk Sini...


Salam 1433 Hijrah.

Cuti sekolah sememangnya syok bagi murid-murid sekolah, pekerja yang fleksibel dengan masa kerja mereka seperti Encik Faisal di PMB, pemandu bas sekolah, guru-guru kementerian, dan juga guru-guru KAFA seperti saya.

Bagi guru KAFA, cuti mereka hanya ketika cuti sekolah sahaja. Selain itu, hanya cuti kecemasan sahaja, itu pun hanya tujuh hari sahaja yang dibenarkan. Tak kisah dengan tujuh hari tu sebab cuti sekolah kalau dihimpunkan jumlahnya lebih kurang dua bulan panjang.

Jadi, entah macam mana, Ahad lepas (27 November 2011) sehari suntuk saya keluar berjalan-jalan dengan seorang sahabat, Ustaz Qamarul. Pada asalnya, hanya mahu minum pagi sahaja yang mana kemudiannya menyebabkan kami singgah di tiga tempat yang berlainan pada ketika itu.

Pertamanya, ke rumah saudara Ustaz Qamarul yang mana berlaku kematian. Seterusnya ke Dewan Bandar Baru Salak Tinggi, ada majlis perkahwinan abang kepada seorang sahabat sekolah yang namanya sama dengan nama saya, Syahmi. Yang ketiga, kami singgah ke Bangi Utama untuk mencari beberapa barang keperluan.

Setelah menghantar Ustaz Qamarul pulang ke rumahnya di Sungai Buah, saya terus ke Berjaya Times Square.

Selepas persimpangan di Bulatan Kampung Pandan menghala ke Bukit Bintang, saya ditahan oleh polis trafik.

23 November 2011

23 Menjadi 23


23 datang lagi. Tetapi kali ini, 23 lebih istimewa kerana 23 akan menjadi 23.

Apa yang 23nya?

Masih ingatkah lagi enty pada tarikh yang sama tahun lepas? Setiap 23 November adalah ulangtahun kelahiran saya dan bertambah cantik, pada 23 November 2011, umur saya meningkat ke 23 tahun. Sebab itulah saya nyatakan 23 menjadi 23.

Tak faham juga? Buat-buat faham...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi wish di wall Muka Buku saya. Semoga Allah membalas dengan beribu kali ganda. Ucapan tersebut boleh dilihat di sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.

Dan pada tarikh ini, saya keluar untuk 'bergembira' dan makan angin sekitar Kuala Lumpur.
Driving in the middle of traffic jam.

21 November 2011

Harimau Muda Mengamuk!


Kejayaan pasukan Malaysia U23 dirai pemain.
Alhamdulillah, dengan melantunnya bola ke dalam gawang gol selepas ditampan penjaga gol Indonesia, dengan ini Malaysia berjaya menggondol pingat emas dalam acara Bola Sepak U23 dalam temasya Sukan Sea 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.

Walaupun pada awalnya, Harimau cedera disambar Garuda, namun akhirnya Harimau berjaya berdiri semula serta menerkam Garuda yang seakan-akan yakin emas menjadi milik mereka.


19 November 2011

Kecemerlangan Murid-murid


Minggu-minggu akhir sememangnya memenatkan bagi seorang guru.
Bergambar dengan
Fitri dan Mirza Danish.
Bermula sebelum peperiksaan akhir tahun sehinggalah ke saat-saat terakhir sebelum cuti panjang bermula. Saya juga tidak terkecuali. Oleh kerana itulah CTB ditinggalkan bersawang seketika sejak entry terakhir pada 7 November lepas.

Pada saya, penat berhadapan dengan tugasan bertimbun pada penghujung sesi persekolahan bagaikan hilang apabila melihat anak-anak murid berjaya dalam pelajaran mereka yang diukur berdasarkan peperiksaan.

Khamis lepas (17 November 2011), telah diadakan dua buah majlis anugerah bagi pelajar cemerlang di dua buah sekolah yang pernah dan sedang saya ajar di mana kedua-duanya memberikan 1001 kegembiraan buat saya.

Koleksi gambar boleh dilihat di sini.

07 November 2011

Pakar Komputer?


Salam Aidiladha 1432H.

Sesi persekolahan hanya tinggal dua minggu sahaja, minggu ini dan minggu hadapan. Sepanjang dua minggu ini, pastinya dua tangan ini tidak cukup untuk menyelesaikan pelbagai jenis kerja, antaranya: buku kemajuan murid yang perlu dihantar pada Rabu (9 November) ini; senarai peratusan murid, juga pada hari yang sama; jamuan kelas yang ditetapkan oleh Guru Besar pada hari Khamis (10 November); kem kelolaan Cikgu Khairuddin di Bukit Changgang bermula Jumaat (11 November); dan Hari Kecemerlangan, dicadang akan diadakan pada 17 November.

Berbicara berkaitan kerja, ada dua program yang saya tunggu sepanjang dua minggu ini; Hari Kecemerlangan Sekolah dan sebuah kem kelolaan Cikgu Khairuddin.

Tidak pastilah apa nama program tersebut...

Sebab apa saya menantikan kedua-dua program ini? Sebab saya diamanahkan untuk menyediakan sebuah video berbentuk slide show berkaitan.

Nak kata saya pakar komputer, saya bukan seorang yang pandai sangat, hanya memandai-mandai sahaja. Cuma, ilmu yang sedikit kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini, selain diri saya dicampakkan ke sebuah organisasi yang 'dahagakan' kelebihan tersebut, maka saya dilihat sebagai seorang yang hebat dalam menggunakan aplikasi komputer.

05 November 2011

PAT 2011


Salam Aidiladha 1432H.

Maaf kerana hampir seminggu saya tidak mengemaskinikan blog CTB ini.

Hari peperiksaan adalah hari yang paling saya suka ketika sesi persekolahan berjalan. Manakala, hari-hari selepas minggu peperiksaan adalah antara hari yang paling saya kurang gemar kerana masa itulah kerja saya bertimbun-timbun; menanda kertas, merekod markah, mengisi buku kemajuan murid, dan sebagainya.

Kali ini, saya ingin mencari murid terbaik bagi mata pelajaran Tajwid. Kini, terdapat dua orang yang dikenalpasti layak untuk mendapat penghargaan tersebut; Aina Sabrina dari kelas 4 Ibnu Khaldun dan Mardhiah, 4 Ibnu Sina.

Nampaknya, Rabu ni, saya akan mengadakan ujian khas antara mereka berdua untuk menentukan siapa yang layak untuk menerima anugerah tersebut.