Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 November 2010

Datang Lagi Si 23


November 23... Am I forget about it? Hrm... Are you remember it? Hohoho...
Status di Facebook [klik]

23 November datang lagi... Seronok rasanya. Kalaulah setiap hari seronoknya seperti 23 November, kan best...

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-22. Itu tandanya tak lama lagi saya akan pergi meninggalkan dunia yang fana' ini. Kalau diikutkan hati, memang saya mahu hidup lama agar saya dapat mengaut segala kenikmatan duniawi. Tetapi adakah jika umur kita dipanjangkan, ia menjamin kehidupan yang lebih diredhai Allah? Lebih elok hidup singkat tetapi dirahmati Allah daripada hidup beribu-ribu tahun tetapi ia menjadi istidraj kepada kita...

Pilihlah sendiri sama ada mahu hidup singkat ataupun hidup yang lama.


Makin lama kita hidup, semakin banyaklah dosa yang kita buat. Terkadang dosa itu terlampau halus sehingga kita sendiri terlepas pandang. Beruntunglah bagi mereka yang berjaya menghindarinya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kita tergolong dalam golongan mereka yang saja buat-buat tak nampak dosa walhal apa yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan yang berat? Sebab itulah, sekiranya terdapat pemuda pemudi yang pergi dulu, orang-orang tua akan berkata "Allah lebih menyayanginya". Mungkin sekiranya si mati itu panjang umurnya, makin banyaklah kesalahan yang dilakukannya, dan mungkin suatu hari nanti ia akan melebihi kebaikan yang pernah dikerjakannya.

By the way, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-handai yang membuat ucapan menerusi Facebook (walaupun sebahagian besarnya bukan ingat tarikh birthday saya pun, hehehe). Ingat ke tidak, itu soal kedua, yang penting, masih sudi untuk wish. Saya doakan semoga kehidupan anda semua diberkati dan diredhai Allah sentiasa, ameen.

SRA Desa Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment