Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

15 November 2010

Seminar Di BBST

"Semua orang tidak terkecuali untuk menghadiri seminar integriti esok, termasuk Syahmi," pesan Ustazah Nafiah.

Adus... Terngiang-ngiang nak balik rumah, tiba-tiba pula kena hadir seminar yang dilansungkan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Integriti, biasa benar mendengar perkataan ini. Namun tak pernah pula mengambil tahu apa yang dimaksudkan dengan integriti. Kalau diikutkan memang malas nak hadir ke seminar tersebut, tetapi disebabkan tajuknya berada luar daripada pengetahuan saya sebagai seorang yang baru sahaja dalam dunia pekerjaan selain daripada mendapat sijil penyertaan (hehehe), timbulnya semangat untuk menghadiri juga seminar tersebut.

Secara umumnya, integriti ini boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi selain daripada meningkatkan mutu penyampaian atau kualiti produktiviti yang dihasilkan. Menjalankan tugas dengan penuh amanah? Agak biasa kita disuapkan dengan tazkirah dan peringatan sebegini, tetapi adakah kita benar-benar melaksanakan setiap amanah tersebut dengan penuh beramanah? Tanyalah pada diri masing-masing.


Hanya berbekalkan sebatang pen, saya menggagahkan diri menghadiri seminar tersebut yang katanya dijadualkan berlansung seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Saya jangka saya akan menerima kertas kerja daripada penceramah yang diundang seperti kebiasaannya dan di situlah saya akan mencoret input-input tambahan yang dijelaskan oleh penceramah. Namun jangkaan saya meleset kerana tiada satu pun kertas kerja yang yang terima daripada pihak penganjur. Tiada apa-apalah yang mampu saya catatkan...

Agak rugi sebab tidak dapat mencatatkan sebarang informasi mengenai integriti. Setiap daripada apa yang disampaikan oleh dua orang penceramah, Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri dan Dr Abu Bakar Sarpon, begitu mendalam dan boleh dikatakan terkesan pada hati. Makin bersemangat untuk bersedia menjalankan tugas sekiranya saya mendapat tempat dalam JAIS pada tahun hadapan.

Semoga Allah dapat mendorong diri ini melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh berintegriti.

Tinta mencoret: Nilai dan muhasabah diri, jangan hanya pandai menyelak kain orang lain sahaja...

SRA Desa Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment