Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 December 2012

Tirai 2012 Dilabuhkan

Lagi beberapa jam, tirai 2012 akan dilabuhkan, dan jendela 2013 akan dibuka. Sebelum itu, saya mengucapkan selamat tahun baru 2013, semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang diiringi dengan rahmat serta diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta`ala.

Ini merupakan entry terakhir saya pada tahun ini, dan saya akan berehat sehinggalah tahun hadapan. Wah, macam lama je rasanya, padahal lagi beberapa jam je nak masuk tahun depan.

۞   ۞   ۞   KERJAYA  ۞   ۞   ۞

Alhamdulillah. Saya masih lagi berkhidmat di SRA Bandar Seri Putra, sebuah sekolah yang berada di komuniti Putra Mahkota. Semakin lama saya berkhidmat di sini, semakin seronok rasanya. Entah apa yang seronok pun saya pun tak tau.

29 December 2012

Kahwin Naik Komuter

Hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang bekas rakan sekerja abah yang dilangsungkan di Stesen Komuter Sentul.

Sudah lama saya tidak ke stesen ini sejak entry Saudaranya Dua Tangan, yang mana saya bertemu dengan seorang lelaki warganegara Indonesia yang menunggu komuter di stesen tersebut.

28 December 2012

Kelas Tin Sardin

Murid tahun 3 2012.
Tahun depan, mereka akan bertemu dengan guru yang begitu 'garang'.
Cuti persekolahan tinggal tidak sampai seminggu sahaja lagi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Para guru selalunya sudah mula kembali ke sekolah untuk membuat persiapan sebelum sekolah dibuka.

Saya tidak terkecuali, sudah mula hadir ke sekolah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warga pendidik. Untuk sesi persekolahan 2013, saya diamanahkan untuk menjadi 'bapa' kepada 40 orang murid dari kelas 4 Ibnu Khaldun, kelas kedua daripada 9 buah kelas Tahun 4.

24 December 2012

Wan Aiman Farhan

Bergambar dengan Wan Aqif Aiman di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Siapa Wan Aiman Farhan?

Wan Aiman Farhan adalah nama dua orang murid saya; Wan Aqif Aiman dan Aiman Farhan yang digabungkan menjadi satu: Wan Aiman Farhan.

Suke-suke hati je kau campur nama orang lain.
Lantak aku le. Blog aku, aku punya suka...

20 December 2012

20.12.2012 And Eschatological Beliefs

Hari ini hari Khamis, bertarikh 20 Disember 2012, satu tarikh yang begitu cantik apabila ditulis atau ditaip dalam angka; 20.12.2012. Tetapi, apa yang begitu istimewa dengan angka tersebut? Tiada apa-apa yang begitu istimewa melainkan angkanya yang cantik, yang hanya akan hadir sekali sahaja.

Begitu juga dengan tarikh 1 Safar 1434 Hijri lepas. Begitu cantik apabila ditulis dalam angka; 1.2.34H. Bagai tersusun angkanya. Namun, apa yang menjadikannya begitu istimewa? Tiada, melainkan hanya susunan angkanya sahaja.

Tarikh 12 Disember 2012 juga sama. 12.12.12 hanya cantik pada angka, tiada apa yang istimewa.

Jangan terlalu mengagungkan tarikh yang memiliki angka yang cantik. Jangan mempercayai sebarang tarikh yang cantik ini membawa kepada sesuatu yang menguntungkan atau musibah, itu sudah dikira syirik.

Namun, adakah salah sekiranya kita mengabadikan tarikh yang cantik angkanya ini dengan sebarang aktiviti yang bersejarah untuk diri kita seperti pertunangan dan pernikahan?

14 December 2012

Nahas Melintas

Lepas balik dari Solat Jumaat, saya terus pulang ke rumah. Tak tahu nak ke mana. Sambil layan game, saya terlelap depan komputer.

Saya tersedar bila terdengar kecoh-kecoh. Rupanya berlaku kemalangan maut di jalan utama berhampiran rumah, Jalan Lingkaran Tengah II atau nama glamournya MRR2.

Seorang maut dilanggar apabila cuba melintas jalan lapan lorong (sebab berada di susur keluar). Kemalangan berlaku sekitar jam 3 petang. Menurut saksi, mangsa yang tidak dikenali identitinya memberanikan diri menyeberangi MRR2 walaupun terdapat penghadang di tengah jalan raya tersebut.

05 December 2012

Rombongan Ke Melaka '12

Rombongan ke Melaka.
Dari kiri: Huzaifah, saya, Farhan Sidqi, dan Salman.
Alhamdulillah, semalam (Selasa, 4 Disember 2012), seharian berada di Melaka, menyertai rombongan sekolah yang terdiri daripada beberapa orang pelajar Mumtaz dan Jayyid Jiddan yang memperoleh lebih 85 peratus dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang lalu.

Jadi, pepagi buta saya dah bergerak dari rumah ke sekolah, takut sangkut dalam traffic jam.

03 December 2012

Hikmah Pertukaran

Bergambar dengan piala Johan Kebersihan Kelas Bulan April 2011.
Dari kiri: Razlan, Farhan, saya, Hafizul Hadi (ketua kelas 4 Ibnu Rusyd 2011), Akmal Rieza, dan Khairul Naim (pengawas, bersamping merah).
Sudah 3 hari saya tidak ke mana-mana, hanya terperap di rumah, melayari laman maya yang semakin membosankan saban hari.

02 December 2012

AFF Suzuki Cup 2012: Malaysia 2 - 0 Indonesia


Tahniah diucapkan buat Pasukan Harimau Malaya atas kejayaan menumpaskan Indonesia dengan jaringan 2 tanpa balas.

Dengan kemenangan ini, Malaysia menempah tiket ke Separuh Akhir menentang Thailand yang dijadualkan pada 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

30 November 2012

Viva Palestine: UNGA Resolution 67/19


Today's vote underscores the urgency of the resumption of meaningful negotiations

My position has been consistent all along. I believe that the Palestinians have a legitimate right to their own independent state. I believe that Israel has the right to live in peace and security with its neighbours. There is no substitute for negotiations to that end.
Kenyataan Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB
selepas pengundian Resolusi UNGA 67/19
29 November 2012 (Khamis)

28 November 2012

Bilalah Turn Aku Pula? Part 2

Hari ni, merupakan salah satu daripada hari yang saya diarahkan untuk bertugas.

Cuti, cuti juga. Kerja jalan macam biasa.

Hari ini, saya menyempurnakan sebahagian fail murid yang masih belum lengkap.

Antara fail yang saya selenggara.
Liquid paper tu kepunyaan Ustazah Hayati, Penyelia Pagi.
Tidak mahu menyalahkan guru-guru sebelum ini atas kelompongan maklumat tersebut. Saya mengisi kelompongan tersebut dengan penuh dedikasi sambil berborak dengan guru-guru lain dengan memakan keropok. Hehehe...

27 November 2012

Temuduga SPA

Alhamdulillah, pagi tadi baru sahaja selesai menghadiri temuduga bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Agama Islam, bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Tak terfikir langsung akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebabnya, permohonan untuk jawatan tersebut dibuat pada tahun lepas, sudah satu tahun berlalu.

Dan semestinya, saya sudah cukup 'empuk' di SRA Bandar Seri Putra. Sayang rasanya mahu melepaskan tugas mengajar walaupun peluang untuk memperbaiki taraf kehidupan melalui jabatan kerajaan diberikan.

Alhamdulillah, setiap soalan yang diajukan dapat dijawab dengan penuh keyakinan, tak tahulah betul ataupun salah. Cuma ada satu soalan yang saya tidak dapat jawab.

"Kenapa huruf Nun dan Mim dalam Hukum Idgham Ma'al Ghunnah bersabdu manakala Ya dan Wau tak ada sabdu?"

26 November 2012

Pusing-pusing November '12

Peace... ^_^
Wah. Duit sengkek, poket dah bocor, tapi masih mampu ronda-ronda satu Malaya. Thanks to Allah sebab mengizinkan saya untuk mengembara walau dalam keadaan yang agak 'sempit'.

Tak dapat nak taip panjang-panjang, esok ada temuduga di Putrajaya. Doakan saya tau.

23 November 2012

23 Campur 1

Eh, dah baca entry saya kelmarin bertajuk Akhlak Jari Hantu? Kalau belum baca, eloklah baca dulu ye...

23 November adalah satu tarikh yang begitu sinonim dengan diri saya.

Juga tarikh tersebut menjadikan diri saya semakin banyak dilontarkan dengan persoalan yang paling kurang gemar untuk dijawab, berkaitan mendirikan 'masjid'.

"Ha, kenapa dengan tarikh tu...?"

Hehehe, tentulah itu tarikh kelahiran saya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan ucapan. Tapi rasa-rasanya yang betul-betul ingat hanya beberapa kerat je, yang lain semua ingat atas bantuan Pak Cik Facebook.


21 November 2012

Akhlak Jari Hantu

Islam sememangnya menitik beratkan soal akhlak kerana ia akan mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Apabila akhlak yang baik sudah meresap ke dalam diri, ia pastinya akan menjadikan setiap tindak tanduk seseorang itu menjurus ke arah kebaikan.

Dan pastinya, seseorang yang baik akhlaknya memiliki keimanan yang lebih sempurna.

Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Dengan memiliki akhlak yang terpuji, masyarakat Arab lebih mudah menerima dakwah Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam selain daripada melihat ajaran Islam yang dibawa baginda.

Dan para sahabat Radhiallahu 'Anhum turut memiliki akhlak yang baik, meneruskan legasi Baginda menyebarkan dakwah. Dengan berbekalkan akhlak yang baik, selain daripada hujah dan ketenteraan, Islam berkembang dengan pesat ke seluruh pelusuk dunia.

Memperkecilkan Usaha Burung Kecil

Palestine, you're not alone.
Hari ini sudah masuk 7 hari Israel membedil bumi Gaza. Seperti mana-mana peperangan masa kini, pastinya akan ada yang menyokong, walaupun pada hakikat yang sebenarnya lebih ramai yang menentang.

Dan pastinya, pemimpin Barat akan menyokong apa sahaja yang Israel putuskan. Pelbagai alasan akan dihamburkan dari mulut mereka bagi membenarkan setiap tindak tanduk durjana Israel.

Dan setiap kali isu yang berkaitan dengan penindasan di tanah suci Baitul Maqdis, juga kawasan sekitarnya seperti Gaza, pastinya satu perkara yang tidak akan terlepas daripada perbincangan masyarakat; boikot.

20 November 2012

Selesainya Karnival Amal SRABSP 2012

Maaf kerana saya tidak punya masa untuk mengemaskini blog CTB ini kerana terlalu sibuk menguruskan tugasan di tempat kerja yang bertimbun, terutamanya bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2012 dan Karnival Amal sekolah yang berjalan dengan jayanya.

Oleh itu, sebelum saya kembali aktif menulis, saya ingin berkongsi gambar-gambar berkaitan Karnival Amal yang berlangsung tempoh hari.

Semua gambar yang mempunyai logo sekolah adalah hak milik SRA Bandar Seri Putra.

Bergambar semasa karnival. Saya berbaju kuning, Taufiq (baju hitam), Haris Syahmi (berbaju putih, berkolar), Syahir (kanan sekali, adik kepada Haris Syahmi), dan Akmal (berbaju merah). Yang lain tu kurang kenal.

23 September 2012

Aidilfitri 1433H




Selamat Hari Raya Aidilfitri... Eh, dah habis Syawallah.

Maaf kerana membiarkan blog bersawang lebih sebulan.

Kerja masih banyak, tiada apa yang boleh diulas. Layan je lah gambar sepanjang raya.

۞   ۞   ۞   MINGGU PERTAMA   ۞   ۞   ۞

Raya kedua di rumah Pak Uteh.

18 August 2012

Ramadhan 1433H: Diari

Salam Ramadan 1433H.

Bergambar selepas bertadarus.
Dari kiri; Iqbal, Afiq, Zafri, saya, Naufal, Akmal Rieza, Adlan, dan Aniq Muqri'.
Hari ini merupakan hari yang terakhir (mengikut kaedah Hisab) kita berpuasa dan malam tadi merupakan malam yang terakhir kita mendirikan Solat Sunat Tarawih untuk tahun ini. Ini bermakna, sekiranya petang nanti, anak bulan kelihatan di seluruh tanah air, maka esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

07 August 2012

Ramadhan 1433H: Petronas' Strangers

Salam Ramadan 1433H.

Iklan Petronas sememangnya tidak pernah menghampakan kita. Terbaru, kisah seorang jurutera Petronas bernama Erman yang ditugaskan ke Uzbekistan, bertemu dengan seorang budak bernama Jeyhun secara tidak sengaja yang akhirnya menjadikan mereka berdua akrab.

Selain daripada tugas Erman sebagai jurutera, Erman juga turut menabur baktinya kepada masyarakat setempat.

Ish, memang tersentuhlah...

03 August 2012

Ramadan 1433H: Anak-anak Bertadarus

Salam Ramadan 1433H.

Sudah masuk malam kelima belas kita beribadat dalam bulan Ramadan pada tahun ini. Ini bermakna tinggal setengah bulan sahaja lagi sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita.

Nak tunggu Ramadan tahun depan, belum tentu kita diketemukan semula.

So, sementara masih bernafas, eloklah kita berhempas pulas beribadat sebelum terlambat.

Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk sama-sama bertadarus di Surau Taman Permata bersama ahli kariah yang lain. Hanya dua hari sahaja saya miss atas sebab tertentu.

Kelihatan beberapa kumpulan tadarus al-Quran dibentuk, yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.

Walaupun kawasan perumahan saya boleh dikategorikan sebagai kawasan bandar, namun sambutan terhadap aktiviti keagamaan di sini mendapat sambutan yang begitu memberansangkan daripada orang ramai, ditambah pula jawatankuasa surau yang aktif melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi meningkatkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat setempat.

29 July 2012

Ramadhan 1433H: Dengan Rahmat-Nya

Salam Ramadan 1433H.

وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار
Dan ia (Ramadan) adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada neraka.

28 July 2012

Sakit Hati Dengan Antagonis

Salam Ramadan 1433H



Kita selalu tengok drama kat TV atau mana-mana filem, ada yang menceritakan tentang anak derhaka, isteri bagi makan nasi kangkang, penderaan, tak puas hati antara satu sama lain, dan sebagainya.

23 July 2012

Pasca UP2 2012

Salam Ramadan 1433H.

Baharu sahaja lepas mengadakan Ujian Prestasi Kedua yang bermula pada 16 Julai lepas. Melihat kepada prestasi murid yang rata-ratanya merundum pada Peperiksaan Pertengahan Tahun jika dibandingkan dengan Ujian Prestasi Pertama, saya mengambil keputusan untuk lebih menekankan kepada aspek pemahaman dan trick yang terdapat pada soalan. Alhamdulillah, mereka memahami setiap perangkap yang terdapat pada soalan yang diajukan.

Mungkin, saya terlalu menumpukan kepada kerja-kerja sampingan sehingga kurang memberikan perhatian dalam proses PnP yang seharusnya diutamakan. Namun, kerja-kerja lain itu juga membantu menambahkan kefahaman mereka dalam agama, cumanya ia diluar daripada apa yang terdapat dalam silibus pembelajaran mereka.

Antara projek yang saya rencanakan semasa Ramadan ini.

10 July 2012

Wafir Dzihni Part 2

Sukalah tengok gambar ni. Sampai jadi background picture C903 saya.
Dari kiri, Fadhil, Wafir, saya (baju biru), Firdaus, dan Amirul a.k.a Syukri.

25 June 2012

Wafir Dzihni

Seronoknya melihat gaya mereka di hadapan kamera.
Dari kiri: Fadhil, Wafir, saya (berbaju biru muda), Firdaus, dan Amirul aka Syukri.

23 June 2012

10 Tahun Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Siapa yang tidak kenal kepada Ustaz Fadzil Noor, seorang tokoh agama yang disegani khususnya oleh setiap gerakan Islam seluruh dunia. Pemergian beliau bukan sahaja dihadiri oleh ratusan ribu umat Islam tetapi juga alam sekeliling turut juga bersedih.

Alam yang turut 'menangis' ini diperhatikan sendiri oleh seorang pilot berbangsa India yang menerbangkan jenazah Almarhum dari Kuala Lumpur ke Kedah. Pesawat yang membawa jenazah dipayungi sepanjang perjalanan membuatkan pilot tersebut takjub dengan kejadian tersebut.

Peristiwa ini membuatkan pilot tersebut membuat keputusan untuk memeluk Islam.

سبحان الله
الله أكبر


18 June 2012

First time Berkursus di ILDAS

Hari ini, sesudah menguruskan program ceramah Isra' Mikraj di sekolah, juga seusai mengemaskini gambar-gambar sekitar ceramah diadakan, saya bergerak terus ke Sabak Bernam dan bermalam di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) bagi mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Pendidikan Islam JAIS yang anjurkan oleh Unit Latihan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS.

Design banner untuk ceramah Isra' Mikraj yang dibuat last minute. Bannernya tak ada, hanya dipost dalam Facebook SRA Bandar Seri Putra.

16 June 2012

Minggu Pertama Selepas CPT '12

Wah... Pejam celik pejam celik, dah habis dua minggu cuti pertengahan tahun. Rasa tak sabar nak berjumpa balik dengan anak-anak murid semula.

Namun, Jumaat terakhir cuti (8 Jun 2012), pihak sekolah mengarahkan agar saya bertukar tempat dengan Ustaz Asyraf, guru kelas 3 al-Kindi kerana beliau diarahkan untuk pergi training sukan bagi mewakili Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang pada Temasya Kejohanan Sukan JAIS di Sabak Bernam yang dijadualkan bermula semalam (Jumaat, 15 Jun 2012) sehingga esok (Ahad, 17 Jun 2012).

Sedih rasanya bila mana terpaksa berpisah dengan mereka. Tambahan pula, minggu hadapan, saya terpaksa berkursus berkaitan PnP di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) selama tiga hari bermula Selasa (19 Jun 2012) sehinggalah Khamis (21 Jun 2012).

Dua minggu saya tidak berjumpa murid 4 Ibnu Bathutah. Entah apa rasanya. Ditambah dua minggu cuti, hampir sebulan saya tidak masuk.

Minggu pertama selepas cuti dua minggu, saya bertugas sebagai guru kelas 3 al-Kindi, bertukar sesi daripada petang kepada pagi.

04 June 2012

Iqbal Masuk Jawi

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaggggggghhhhhhhhh.................!!!!!!!!!!!!!!!!!"
"Ustaz, ustaz buat apa tu?"
"Tidur... (Hari tu) kata nak bagi (saya) hadiah?"        "Saya khatanlah, ustaz."
"Yeke? Bila?"                       "Selasa lepas."
"Kenapa tak cakap (bagitau)?"       "Kenapa?"       "Saje nak tengok kamu sunat?"
"TAK MALU."
"Eh, apa salahnya?"                      "Salah."
"Saya bukan nak tengok kamu tengah sunat. (Kalau) tengok orang kena sunat ('bendanya') tu (barulah) yang tak malu."

01 June 2012

Pasca PPT 2012

Bergambar bersama Huzaifah (berkaca mata) dan Zikry selepas selesai menanda kesemua kertas peperiksaan pelajaran Tajwid Tahun 4. Zikry datang membantu saya selama tiga hari di sekolah manakala Huzaifah pula hadir ke kelas tambahan yang dianjurkan guru tahun 6.
Alhamdulillah, kelmarin (Rabu, 30 Mei 2012), selesai sudah memeriksa dan menanda kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2012 yang terakhir bagi mata pelajaran yang saya ajar, Tajwid yang berkesudahan hanya 3 orang sahaja yang mendapat Mumtaz daripada 255 orang murid tahun 4 (kalau tak silap saya).

28 May 2012

Artis Seksi Mentarbiyyah Belia

Wah, alangkah bagusnya belia bila mendapat pengisian rohani daripada 500 orang artis, sebahagian 'daie'nya adalah bukan Islam.

Bukan ke sebelum ini pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa umat Islam HARAM untuk menyertai mana-mana perhimpunan yang bertujuan TIDAK BAIK?

24 May 2012

Fitri, Danial, Liyana, dan Hafizul

Alhamdulillah. Telefon J10i saya yang rosak sudah diganti dengan C903. Ala, beli yang second hand je.

Dekat sebulan jugalah telefon saya rosak. Dan selama itu jugalah saya tidak dapat dihubungi.

Bagi saya, tiada masalah sekiranya tiada telefon di tangan. Cuma, mungkin itu akan menyusahkan pihak lain seperti keluarga dan sekolah yang ingin menghubungi saya sekiranya ada hal penting atau sebarang kecemasan.

Tetapi, dengan ketiadaan J10i, ia turut menjadikan saya bagai terputus dengan dunia luar. Kenapa? Sebabnya melalui J10i tersebutlah saya memasuki ruang internet seperti Facebook, blog, dan sebagainya.

"Online dengan telefon? Kalau Facebook tu boleh cayalah. Tapi kalau blog? Macam tipu jer..."
"Tak caye sudah..."

Dengan adanya C903 yang menggantikan J10i, saya kembali mengonline internet dengan selesa, juga mungkin kembali kerap seperti sebelum ini.

23 May 2012

Kuala Lumpur Ditawan?


Saya terbaca di sebuah fanpage Facebook pro-Pakatan Rakyat, Kami Benci Saiful Bukhari berkaitan dengan kes rasuah kapal selam Scorpene yang dilaporkan kini menjadi salah satu kes mahkamah di Perancis.

Dalam post tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang perlu menghadiri prosiding mahkamah di Perancis sebagai saksi selain Zahid Hamidi, Razak Baginda, dan Mazlinda.

Namun, setakat yang saya tahu, tidak tahulah kalau ada yang saya terlepas pandang, Datuk Seri Najib tidak mahu bekerjasama dengan mahkamah Perancis. Zahid Hamidi pula main tarik tali, awalnya mahu bekerjasama, tetapi menukar fikiran kemudian.

Jika mereka tidak mahu memberikan kerjasama terhadap inkuiri yang diadakan, pihak mahkamah Perancis akan mengeluarkan waran tangkap kepada mereka berempat atas keengganan mereka untuk memberikan kerjasama.

"Hey, kalau diorang keluarkan waran tangkap, itu tak akan berkesan di Malaysia."

Wordless Wednesday #18


20 May 2012

Guru Penyayang Guru Disayang

"Okay, saya nak cakap sikit. Esok hari......"
"Hari Guru."
"Apa? Esok hari apa?"
"HARI GURU!!!"
"Esok hari Raaabuuuuuu."
(Ada yang tergelak, ada yang tersenyum...) "Laa..."
"Eh, betullah esok hari Rabu. Betul tak?"
"Betul..."           "Okey. Esok hari apa?"
"Hari Rabu."                 "Bagus. Esok sekolah macam biasa."
(Ada yang tanya) "Ustaz, esok bawa hadiah tak?"
"Hadiah? Buat apa? Birthday saya lambat lagilah."  "Esok kan Hari Guru!"
"Esok hari Rabulah."                 "Esok ada Sambutan Hari Gurulah, ustaz."
(buat-buat macam tak tahu) "Oh, yeke? Kamu nak bagi saya hadiah ke? Kalau nak bagi hadiah, saya nak hadiah sebiji kereta atau pun sebiji rumah."
"Ustaz, kitorang mana mampu beli kereta dengan rumah."
"Saya bukan nak 'sebuah' kereta atau 'sebuah' rumah. Saya nak 'sebiji'."
"Eh korang, ustaz nak kereta mainanlah."


10 May 2012

Dari KAMIL hinggalah Pemantauan BPI JAIS

Seminggu penuh dengan overtime tanpa gaji.
Seminggu mengerahkan tulang empat kerat ke tahap maksima.
Seminggu jugalah blog ini ditinggalkan bersawang.

Bermula dengan Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Sepang, sehinggalah Pemantauan Bersepadu daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), semulanya berjalan berturut-turut.

Okey, saya selak satu persatu lembaran diari saya.

Pada Rabu, 2 Mei 2012, sehari selepas mengadakan 'Perhimpunan Bersihkan kelas 4.0 Ibnu Bathutah', saya selaku guru pembimbing peserta yang mewakili sekolah dalam acara Khat diamanahkan untuk mengiringi peserta ke KAMIL dalam acara tersebut yang diawalkan pertandingannya di Sekolah Rendah Agama Dato' Abu Bakar Baginda.

Dalam masa yang sama, saya menghadiri taklimat urusetia KAMIL Daerah Sepang di bilik mesyuarat sekolah yang sama. Saya diamanahkan untuk menjadi pengerusi bagi acara Pidato Perempuan dengan gandingan seorang ustazah dari SRA Putra Perdana sebagai pembantu.


02 May 2012

Perhimpunan BERSIH 4.0 IB

Iri hati melihat satu 'pihak' mengadakan 'perhimpunan BERSIH' pada Sabtu lepas, saya pun nak buat juga 'perhimpunan BERSIH 4.0' semalam.

Hehehe...
Bergambar semasa 'Perhimpunan BERSIH 4.0 Ibnu Bathutah'. Hehehe...
Muka kepenatan 'berhimpun'...

30 April 2012

BERSIH 3.0 Part 2: Gambar Sekitar Demonstrasi

Maaf, malam ni sakit kepala. Ingatkan mahulah menaip sebuah karangan. Apakan daya, hanya mampu melihat skrin komputer tanpa mampu menjana idea.

Sementara isu BERSIH 3.0 masih panas, mari kita sama-sama layan gambar-gambar yang saya kutip merata-rata dalam alam maya.

Hanya sedikit sambungan daripada entry terdahulu.


BERSIH 3.0

Sabtu, 28 April 2012, saya ke Masjid Taboh Naning, Alor Gajah untuk menghadiri jemputan majlis pernikahan saudara saya yang diadakan secara kecil-kecilan.

Selepas, selesai menjamu selera dan beramah mesra dengan keluarga pengantin, saya ke rumah Abang Fikri, bergurau senda.

Dalam 2.30 petang, barulah saya bergerak menuju ke Bandar Seri Putra.
Sambil memandu, saya mengatur jadual seterusnya, sama ada mahu ke pameran buku di PWTC ataupun ke Czip Lee di Kajang untuk mencari bahan bagi menghias kelas.

Keputusan diambil, saya terus ke Bandar Seri Putra dan membatalkan hasrat ke PWTC.

Setibanya di Bandar Seri Putra, saya berehat-rehat sambil merancang untuk ke Czip Lee selepas Asar.

Sambil-sambil mengemas kereta, kelibat sebuah kereta milik kawan serumah saya tiba. Setelah kereta diparkir di pintu rumah jiran, kawan saya keluar dalam keadaan yang begitu memilukan, dengan keadaan kepala yang berdarah, baju bercap tapak kasut, dan sedikit terhuyung-hayang.

24 April 2012

Entry Ke-393

Hujan mencurah-curah turun. Kelihatan kereta ibu bapa dan van sekolah sudah memenuhi dataran sekolah.

Saya masih menjadi kaunter aduan murid-murid darjah 4 tahun lepas
walaupun mereka kini sudah menjadi murid darjah 5.

23 April 2012

Mampukah Untuk Menjadi Setia?

Perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang diredhai.
Mak kurang sihat malam ni. Terduduk diam sejak saya mula sampai ke rumah. Bila diajak untuk ke klinik, mak menolak. Katanya, tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada doktok akan sakit yang dialaminya. Lagipun, esok mak memang akan ke klinik, pemeriksaan kesihatan berkala.

22 April 2012

Cikgu Mahadi Part 2

Semalam, 21 April 2012 (Jumaat), genaplah usia beliau 50 tahun. Namun, Allah lebih menyayangi beliau dengan menjemputnya kembali pada 18 Mac 2012, lebih kurang sebulan lepas.

Siapakah beliau? Beliau adalah Allahyarham Cikgu Mahadi bin Bassin, Guru Penolong Kanan HEP, SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

21 April 2012

Fakhrul Razzie, 13 Tahun

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-13 buat Muhammad Fakhrul Razzie bin Ghazali pada semalam (Jumaat, 20 April 2012) yang kini sedang berhempas pulas menghafaz Surah al-Waqiah di Madrasah Tahfiz Syazwan di Ampang.

Alhamdulillah, saya baru balik dari menyambut birthday Fakhrul bersama keluarganya yang ramah di Desa Pahlawan, dekat Ampang.

Sememangnya Fakhrul seorang pelajar yang baik akhlaknya. Tidak hairanlah jika beliau disenangi oleh rakan dan guru-gurunya.

Pesan saya, kuatkanlah azam untuk menguasai al-Quran, betulkan qasad dan niat belajar kerana Allah Ta'ala

 Perjalanan hidup masih panjang. Tumpukan masa yang ada ini untuk menghafaz al-Quran. Bukan susah untuk menghafaznya, juga bukan susah untuknya hilang dari dada dan ingatan.

Prevé?


Proton Prevé
Memang kecoh semalam bila tersebar sebuah gambar Proton Prevé kemalangan. Nak buat macam, malang tidak berbau. Tak kiralah sama ada kemalangan tersebut disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri ataupun kesilapan alatan jentera tersebut.

17 April 2012

KPI 2012

Alhamdulillah, Kem Kepimpinan Pelajar Islam (KPI) 2012 berjaya dan selamat diadakan pada 6 hingga 8 April 2012 lepas. KPI merupakan program pertama yang saya arahkan, juga menjadi kayu pengukur kepada saya dalam mengarahkan program pada masa akan datang.

Walaupun program saya bertembung dengan sebuah lagi program yang mana ia menyebabkan saya terasa bagai disabotaj (walaupun sebenarnya tidak), namun ketika melihat kepada reaksi guru-guru yang banyak memberikan kerjasama terhadap program yang saya atur, saya gagahkan untuk meneruskannya.

15 April 2012

Ingatkan Boleh Rest Selepas KPI...

Ingatkan selepas Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2012 yang diadakan minggu lepas, saya boleh melabuhkan kepala di atas bantal, rupa-rupanya banyak lagi aktiviti yang menyusul.

Maaflah sekiranya tiada entry terbaru. Insya-Allah, sekiranya ada kelapangan, saya akan mengupdate CTB ni.

Sekarang ni sedang berada di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, ada konsert sempena Majlis Kecemerlangan Murid (MAKEM) atas undangan Ustazah Ummi.
Bergambar bersama barisan MPP SAM Bandar Baru Salak Tinggi dan kumpulan nasyid Devotees.

31 March 2012

Earth Hour 2012


Earth Hour kini kembali lagi. Tahun ini, tarikh 31 Mac dipilih untuk menzahirkan rasa prihatin terhadap bumi yang selama ini bagai tidak dihiraukan.

27 March 2012

Niqab Haram Kerana Dipaksa?



Orang debate pasal pengharaman niqab, burqa, atau purdah di Perancis, dia boleh pula kaitkan dengan adat orang Arab Saudi. Memang Arab Saudi ada peraturan (ye ke ada?) mewajibkan pemakaian burqa, tetapi di Perancis, adakah wanita Muslim dipaksa untuk memakainya?

18 March 2012

Cikgu Mahadi

Cikgu Mahadi dan Cikgu Latif semasa Majlis Penutup Minggu Pemantapan Disiplin 2005
di SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
Hari ini (Ahad, 18 Mac 2012), jam 8.15 pagi, saya mendapat satu berita yang begitu mengejutkan melalui Facebook. Berita apa tuh...?


15 March 2012

Salahkah Prejudis Terhadap Pengemis?

"Eh, ada makcik mintak sedekah la kat depan tuh."                             
"Nape?"
                              "Kau tak nak derma sikit ker?"
"Buat apa nak derma? Kau tau tak, diorang semua ni mintak derma ada sindiket, tau tak?"
"Ish, tak baik la kita buruk sangka."
"Iye, silap hari bulan, diorang ni lebih kaya dari kita,
hanya dengan mintak sedekah."
"Eh, yeke...?"

*  *  *  *  *

"Assalamualaikum, abang. Adik datang nak mintak derma untuk Madrasah Imam Syahmi, Bangi."
"Derma? Betul ke derma untuk Madrasah Imam Syahmi?"
"Betul, bang, untuk Madrasah Imam Syahmi."
"Kau jangan nak kelentong abang. Abang duduk Bangi gak. Tak de pun nama madrasah macam tuh...?"
"Betul bang. Kami sememangnya memerlukan dana untuk terus beroperasi. Harap abang dapat menderma untuk kami."
"Boleh caya ker...?"


Tak Sempat

Ish... Dah berabuk blog CTB ni. Kali terakhir saya menaip entry adalah pada 3 Mac 2012 yang bertajuk 3 Mac: Tarikh Hitam yang berkisar ulangtahun kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, empayar Islam terakhir.

Kebetulan, ketika entry tersebut ditaip, sekolah tempat saya mengajar masih dalam mood ujian, yang mana pelajaran yang saya ajar menjadi pelajaran pertama ditempuh murid-murid.

Secara kasar, murid-murid tahun 4 tahun ini lebih bagus berbanding tahun lepas. Ini disebabkan kebanyakkan daripada murid-murid tahun ini lebih lama bersekolah di sekolah agama berbanding murid tahun lepas yang masuk mendaftar lewat, dan menjadi satu kerja tambahan kepada guru untuk memperkenalkan tulisan jawi yang memeningkan kepada murid-murid baru.

Dalam masa seminggu selepas entry terakhir, saya diberi tugasan untuk membuat montaj untuk ditayangkan ketika Mesyuarat Agung PIBG yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mac 2012 (Sabtu). Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar.



03 March 2012

3 Mac: Tarikh Hitam

3 Mac, satu tarikh yang seharusnya diingati oleh setiap umat Islam seluruh dunia. Namun malangnya, tarikh tersebut dilupai begitu sahaja.

Apa yang sebenarnya berlaku?

Tahukah kita, pada tarikh inilah, Khalifah Abdul Majid II, Khalifah terakhir Empayar Uthmaniyyah digulingkan. Ini menandakan Empayar Uthmaniyyah, kerajaan khilafah terakhir dibubarkan secara rasminya pada 3 Mac 1924, 88 tahun lampau.



22 February 2012

Denda Part 2

Fikree ketika ujian saringan bagi acara Khutbah Jumaat. Boleh tersenyum lagi...?
Hari ini (Rabu, 22 Februari 2012)adalah hari pemilihan peserta bagi mewakili firqah Ibrahim ke Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat sekolah. Agak bersungguh-sungguh melihat Ustazah Azira dan Ustazah Albania dalam memilih peserta, tidak seperti saya yang mungkin boleh dikatakan 'lepas tangan', hanya mahu menghandle bagi acara Azan dan Iqamah, Khutbah Jumaat, Pidato, dan Hafazan dan Tafsiran sahaja.

Wordless Wednesday #14


16 February 2012

Bila Telefon Melekat Di Tangan


Ketika saya melihat sumber trafik yang masuk ke CTB, agak pelik ketika saya melihat satu carian "luqman rogol hawa".

Ada ke entry yang menceritakan berkenaan seorang lelaki yang bernama Luqman yang merogol mangsanya yang bernama Hawa? Setahu saya, tak ada.

So, saya buka try untuk membuka link tersebut.

Apa yang saya dapat? Ini dia...

13 February 2012

Selesai MMJBR 2012


Bukan senang nak menguruskan sesebuah event, lebih-lebih lagi kalau manage event yang mendapat liputan media seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan sebagainya. Kebetulan, saya mempunyai seorang rakan yang bekerja di TV3. Dia menceritakan betapa penatnya jika diarahkan untuk menjadi salah seorang daripada crew untuk events seumpama AJL.

Saya pula, baru satu event, just a small one, tapi penatnya macam nak pecah otak. Macam mana ye rasa kalau saya berada di tempat kawan saya tadi, bukan kata otak je yang pecah, badan semua berkecai entah ke mana sepahnya...

Minggu Memperingati Junjungan Besar Rasulullah yang diadakan pada minggu lepas akhirnya melabuhkan tirainya petang tadi dengan acara yang terakhir iaitu penyampaian hadiah.

Sebanyak lima pertandingan dipertandingan untuk murid-murid sesi petang; Teka Silangkata, Kuiz Bertulis, Poster, Membuat Sepanduk, dan Perbarisan Terbaik.

Seronok bila mendengar sorakan daripada murid-murid apabila pemenang yang diumumkan itu adalah dari firqah mereka.

"Firqah? Apa tu?"

Perkataan "Firqah" saya gunakan bagi menggantikan istilah "rumah sukan" yang digunakan di sekolah kebangsaan. Tak sesuai nak gunakan istilah "rumah sukan" sebab aktiviti di sekolah agama bukan berpaksikan kepada sukan. Mungkin akan ada aktiviti riadah, tetapi itu bukan menjadi agenda utama diadakan "firqah".

Memang Dia 'Liwat'


Memberi tunjuk ajar kepada calon PSRA 2011.
Rindu pada mereka...
Kamal merupakan seorang mahasiswi yang mengambil jurusan pendidikan di sebuah universiti tempatan. Akhlak dan tingkah laku Kamal yang ceria dan peramah amat disenangi oleh semua rakannya.

Walaupun begitu, Kamal mempunyai satu kekurangan, tidak dapat menyebut bunyi huruf E taling. Apabila Kamal menyebut sesuatu perkataan yang mempunyai huruf E taling, huruf E tersebut akan berbunyi seperti huruf I.