"Bukan situ, bang. Masuk di sini." Rasanya abang ni tak perasan yang sebelah tu untuk penumpang keluar dari platform, hanya getus di hati.
"Mahu ke mana, bang?" Ringan pula mulut menyapa. Abang tersebut memberi respon mahu ke KL Sentral. Gaya bahasanya persis seorang warganegara Indonesia. Cumanya, cara penyampaiannya seakan-akan orang Melayu Malaysia. Mungkin sudah bertahun lamanya bergaul dengan masyarakat di sini.
"Mahu ke LCCT, pulang ke Padang," tambahnya kemudian. "Padang? Abang orang Padang?" tanya semula seakan-akan tidak percaya kata-katanya tadi.
Merantau jauh sehingga ke seberang demi sesuap nasi, tetapi bila mendengar khabar sedih dari kampung halaman, mahu tidak mahu terpaksalah bergadai demi melihat keluarga selamat dari bencana yang menimpa.
Sambil berteduh dalam suasana pembinaan pembesaran Stesen Komuter Sentul, saya mengambil peluang bertanyakan banyak hal daripada abang Padang tersebut.
YAHUDINYA AIRASIA
Topik pertama yang dibuka ketika menunggu ketibaan tren komuter dari arah Shah Alam, saya bertanyakan pandangan abang tersebut tentang perkhidmatan AirAsia.
Wallahu a'lam. Benar ataupun tidak kata-katanya, luar daripada pengetahuan saya sebab saya sendiri tidak pernah membeli tiket tambang murah AirAsia, apatah lagi menaikinya.
Harga tiket yang tersiar dalam iklan-iklan komersial hanyalah mengelabukan mata mereka yang terpedaya dengan tipu helah mereka. Harga yang dipamerkan hanyalah harga tempat duduk SAHAJA tidak termasuk cas bahan api, cukai dan sebagainya. Janganlah terpedaya dengan harga dari RM 9 seperti yang ternyata di dalam iklan. Mustahillah hanya RM 9 sahaja untuk ke Langkawi (misalnya) sedangkan tiket perkhidmatan keretapi ekspress KL-Ipoh berharga RM 10 dan tambang bas dari Puduraya ke Alor Setar melebihi RM 40. Kedua-dua jenis perkhidmatan pengangkutan tersebut dikenali dengan pengangkutan rakyat yang mana tambangnya bersifat ekonomikal. Mana mungkin 80 orang penumpang pesawat AirAsia hanya dikenakan RM 9 seorang (jumlah semua RM720) mampu menampung kos penerbangan sesebuah pesawat komersial?
Itu penipuan licik pihak AirAsia yang berselindung di sebalik undang-undang.
Seterusnya, semakin lambat kita tempah tiket AirAsia, semakin meningkat harganya. Contohnya, terdapat 80 tempat duduk di dalam sesebuah penerbangan. Harga keseluruhan tiket untuk seorang sekitar RM 200. Orang yang pertama yang membeli tiket untuk penerbangan tersebut dikenakan dengan harga tersebut. Tetapi orang yang seterusnya dikenakan dengan harga sedikit tinggi, mungkin RM 210. Begitulah seterusnya sehinggalah 2-3 kerusi terakhir, mungkin harganya melambung sehingga RM 300.
Inilah gaya penindasan ala-Yahudi.
Harga sekeping roti canai (ada ke roti canai dalam penerbangan AirAsia? Itu kata abang tu lah) sekitar RM 5. Belum tengok lagi harga setin minuman berkarbonat.
Dengan harga yang mencekik leher penumpang, mereka 'dipaksa' check-in sejam (menurut katanya) dan 'dikuarantin' dalam ruang menunggu sebelum masuk ke dalam pesawat. Keadaan ini mungkin membuatkan perut seseorang penumpang itu 'berorkestra'. Bagaimana pula jika kanak-kanak? Pastinya mereka akan merengek meminta ibu mereka membelikan apa-apa jenis candy atau air gas untuk mereka.
Itulah perniagaan ala-Yahudi yang menindas golongan kurang berada yang menggunakan perkhidmatan mereka.
DUA TANGAN
Tren komuter dari arah Shah Alam tiba. Kami terus menaikinya sebaik pintu dibuka.
Kami terus berbual sambil-sambil saya mengambil beberapa input yang berguna tentang mereka dan pendapat-pendapat yang boleh digunapakai.
"Pengangkutan di Jakarta umpama pengangkutan tahun 1980 di sini. Agak sedikit ketinggalan," ujarnya. Saya hanya menganggukkan kepala sahajalah. Mengiyakan tidak, menafikannya pun tidak. Maklumlah, belum pernah kaki menjejakkan kaki ke Indonesia, apatah lagi Kota Jakarta.
Sambil-sambil itu, dia memujilah Presiden mereka, Susilo Bambang Yudhoyono atas tindakannya yang efektif. Betul ke tidak, wallahu a'lam. Saya tidaklah ambil tahu pasal hal ehwal pengurusan dan pentadbiran dalam negara mereka.
Paling yang saya kagum dengan apa yang dikatakan ketika dia menceritakan mengenai dua tangan.
Dua tangan?
"Kalau kita tiada wang, kita masih boleh menaiki teksi di sini (Bandaraya Kuala Lumpur). Kita berhenti sahaja di kedai-kedai saudara kita. Pastinya dia memberikan wang untuk membayar tambang teksi untuk kita."
Saya kemudiannya membalas "Itu kalau dia nak bayarkan untuk kita. Kalau dia tak mahu bayar? Ada juga saudara yang kedekut dengan duit masing-masing."
"Begini. tidak semestinya saudara itu yang sekandung dengan kita, tidak semestinya yang ada pertalian darah itu saudara kita. Yang sebenarnya saudara kita itu yang dapat menghadirkan ketika kita menghadapi musibah. Begitu juga dengan kita, dapat menghadirkan ketika saudara kita menghadapi musibah. Itu sebenarnya saudara."
"Jangan kita bersaudara bagai dua mata. Jika sebelah mata dicucuk, sebelah hanya menangis sahaja, tidak langsung mahu menolong saudaranya di sebelah.
"Jangan kita bersaudara bagai dua telinga. Jika sebelah sakit dicubit, sebelah lagi hanya memekakkan sahaja.
"Tetapi bersaudaralah bagai dua tangan. Jika sebelah ditumbuk, sebelah lagi pastinya merasa dan tidak akan berdiam diri tetapi bertindak balas terhadap musibah saudaranya. Bersaudaralah umpama dua tangan," lebih kurang macam itulah katanya.
Bersaudara dua tangan... Itulah antara pesanan terakhir sebelum tiba di KL Sentral, saya menukar tren sementara abang tersebut mengambil bas ekspress untuk ke LCCT.
Bersaudara dua tangan... Fikirkanlah dahulu...

No comments:
Post a Comment