Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

15 October 2009

Undi PAS Masuk Neraka

قال الله تعالى في كتابه العزيز
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّـٰهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلـٰوةَ وَآتَوُا الزَّكَـٰوةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَـٰـقِبَةُ الأُمُورِ
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
AQ 22:41

Siapa kata sokong PAS masuk syurga? Siapa kata? Nik Aziz? Haji Hadi (Presiden PAS)? Anwar Ibrahim? Lim Kit Siang? Siapa?

Gila betul PAS sampai sanggup mengambil alih tugas Tuhan yang memberikan syurga atau neraka kepada sesiapapun mengikut budi bicara-Nya tanpa mengira amalan, ketakwaan, darjat, kemewahan, dan sebagainya. Hebat betul PAS sampai dikurniakan 'watikah' daripada-Nya menggantikan urusan pemilihan syurga-neraka kepada hamba-hamba-Nya.

Undilah Kerajaan Barisan Nasional yang menjamin masa depan rakyat.

Benarkah PAS telah mengambil alih urusan Tuhan mengenai hal ehwal syurga-neraka?

Benar, Allah berkuasa MUTLAK menentukan siapa yang akan masuk syurga mahupun neraka. Dia berkuasa memasukkan orang yang soleh, wali, dan siapa sahaja yang bertakwa kepada-Nya ke dalam neraka untuk sementara mahupun selama-lamanya. Dia juga berkuasa memasukkan ma'asi (ahli maksiat) dan mereka yang menderhaka kepada-Nya ke dalam syurga, sementara mahupun selama-lamanya. Itu semua atas BUDI BICARA-NYA tanpa sebarang campur tangan, nasihat daripada memanda Perdana Menteri-Nya (ada ke?) ataupun saman mahkamah.

Tetapi, Dia telah menzahirkan ganjaran hadiah berupa syurga buat hamba-hamba-Nya yang menuruti titah perintah-Nya. Oleh itu, setiap perkara yang menjurus ke arah mentaati titah-Nya selagi mana tidak bercanggah dengan ketetapan-Nya, akan memperoleh ganjaran daripada-Nya bermula daripada permata pahala, memperoleh nikmat mendiami syurga, dan yang paling besar, melihat wajah Allah dalam keredhaan-Nya (seperti mana yang disepakati oleh ijma' ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah).

Zahir ayat "undi PAS masuk syurga" sememangnya terbatal sekiranya ditafsirkan menggunakan 'Perlembagaan Tuhan' yang memperuntukkan 'Tuhan mempunyai budi bicara memberikan syurga atau menahan ke dalam neraka kepada sesiapanya' dalam fasal tertentu.

Tetapi 'enakmen' yang diluluskan oleh 'DUN negeri kekuasaan PAS' nampaknya tidak dibaca keseluruhannya. Sekiranya tidak diluluskan 'DUN PAS' sekalipun, terdapat banyak fasal di dalam 'Perlembagaan Tuhan' yang selari dengan apa yang ada di dalam 'rang undang-undang' yang diusulkan oleh PAS.

Ini pendapat saya, mungkin berbeza dengan penyokong BN, mungkin berbeza dengan PAS dan pakatannya, dan mungkin juga berbeza dengan saudara.

Firman Allah swt:
وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا
Dan Kalimah Allah (Islam) itu tinggi (selama-lamanya).
AQ 9:40

Oleh itu, segala usaha dalam mendaulatkan Kalimah Allah di kira sebagai melaksanakan apa yang termaktub di dalam firman-Nya itu.

Ingatlah. Sumber perundangan Islam terdapat empat; al-Quran itu sendiri, hadith Nabawi, qias, dan ijma' ulama. Kedudukan al-Quran itulah yang tertinggi diikuti hadith yang kebanyakkannya menjelaskan apa yang tersirat dan menjadi persoalan di dalam al-Quran. Selepas kewafatan Rasulullah saw, zaman semakin maju dan kondisi kehidupan kemudiannya berubah. Di situlah memerlukan pengkiasan terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi. Jika sistem qias gagal memusatkan satu-satu frasa 'Perlembagaan Tuhan', maka kesepakatan ulama yang tsiqah diperlukan bagi mengeluarkan satu 'akta' atau 'enakmen' baru berkaitan sesuatu perkara atau isu baru dengan ditunjangi al-Quran dan as-Sunnah.

Itu zaman kegemilangan yang mana Islam itu menjadi panji dan logo dalam setiap aspek kehidupan, bermula dari sekecil-kecil perkara; taharah (bersuci), solat, puasa, munakahat, hinggalah sebesar-besarnya seperti; mu'amalat (urusniaga), siyasah (politik), perundangan, dan sebagainya. Kejayaan empayar Islam terdahulu di bayangi dengan pepatah Arab berikut:

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
Islam itu tinggi, tiada apapun yang mengatasi ketinggiannya

Saya cubalah men'takhrij'kan ayat tersebut daripada sumber-sumber hadith yang saya ada, tetapi saya belum ketemui ayat ini dalam mana-mana kitab hadith yang muktabar. Jadi, eloklah saya mengatakan ia sekadar al-ahkam al-'arabi (pepatah Arab) daripada saya mendustakan Rasulullah saw.

Kejatuhan sedikit demi sedikit ad-Dawlah al-'Aliyyah al-Uthmaniah ataupun Empayar Uthmaniah sedikit sebanyak dibayangi kumpulan nasionalis dan secessionist (puak pemisah) yang digunakan pihak imperialist untuk menjajah wilayah Empayar Islam tertua itu. (klik sini)

Kumpulan nasionalis dan secessionist yang pada zahirnya Islam inilah yang menjadi penyebab kepada kegagalan ummah daripada bangkit mempertahankan Islam di atas muka bumi ini. Kesannya, Islam dipijak-pijak dalam haknya sendiri.

Mungkin bala Tuhan buat kebanyakkan orang Islam yang menentang sistem Khilafah yang terpacak sejak tertubuhnya Negara Islam pertama di Madinah. Mungkin juga ujian buat mereka yang bertakwa supaya lebih gigih dalam usaha dakwah dan jihad mereka. Wallahu a'lam. Yang pastinya, Islam kini kehilangan pelindung dan terdedah kepada serangan ganas pihak musuh dari segenap aspek.

Setiap usaha mendaulatkan kembali Islam sebenarnya menjadi kewajipan setiap Muslim. Dalam keadaan Islam kini yang dipermain-mainkan, dipijak, dan ada yang sanggup bertopengkan Islam demi mengaut segala macam kekuasaan dan kemewahan duniawi, kerja dakwah dan membangunkan semula syiar Islam yang telah tumbang adalah satu tugasan berat ketika mana masyarakat semakin lama semakin bebal daripada berhujah dengan Islam.

Pergerakan Islam masa kini sepatutnya lebih terurus dan teratur dalam membina semula benteng Islam dalam masyarakat yang kini bercampur baur dengan mereka yang berfahaman nasionalis, liberalis, kapitalis, dan lis-lis yang bermacam ragam. Usaha pergerakan Islam boleh tersungkur sekiranya tidak mendapat sokongan dan dokongan daripada masyarakat. Oleh itu, sistem penyampaian maklumat yang berkesan juga penting untuk menyampaikan risalah Islamiah kepada masyarakat agar mereka faham tugas dan tanggungjawab yang terpikul oleh pergerakan-pergerakan Islam yang bertapak setempat.

Bagi mereka yang faham, setiap usaha murni pergerakan tersebut hendaklah didokong dan disokong sehabis mungkin walau terpaksa mengeluarkan belanja dan teruk berdarah dibelasah musuh. Mereka pasti dan yakin setiap tindakan mereka yang mengeluarkan harta dan mencurahkan darah pastinya menuju ke arah meninggikan Kalimah Allah, yang sepatutnya tertinggi dan tiada apapun melewati ketinggiannya.

Setiap usaha murni meninggikan Kalimah Allah ini pastinya dibalas dengan syurga Allah sebagaimana yang dijanjikan-Nya di dalam al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَٰلَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَتِـٰـلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
AQ 9:111

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّـٰلِحَـٰتِ وَأَخْبَتُوا إِلَىٰ رَبِّهِمْ أُولَٰئِكَ أَصْحَـٰبُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
AQ 11:23

Ingat, ibadat bukan hanya solat semata-mata, bukan hanya puasa semata-mata, bukan kerana haji semata-mata. Ibadat sebenarnya melingkupi setiap pergerakan kita selagi mana kita pusatkan kerja seharian kita kepada Allah swt dan melaksanakannya tanpa terkeluar daripada had syariat.

Apa gunanya solat tonggang-tonggek-terbalik, puasa lapar-dahaga-letih, zakat berjuta-juta ringgit, haji pusing keliling kaabah dengan sa'ie pergi-balik Safa Marwah, tetapi menentang kerja dakwah dan mendaulatkan syiar dan panji Islam?

وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي ءايَـٰـتِنَا مُعَـٰجِزِينَ أُولَٰئِكَ أَصْحَـٰبُ الْجَحِيمِ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli Neraka.
AQ 22:51

Lawan bagi ahli neraka ialah ahli syurga. Jelas termaktub. Sesiapa yang melawan Allah, pastinya masuk neraka. Tetapi, sesiapa yang menegak dan mendaulatkan ayat-ayatnya, pastinya syurga menanti. Itu janji pemilik syurga dan neraka, yang memiliki budi bicara menentukan kewarganegaraan kedua-dua negeri abadi tersebut.

Firman Allah swt (mafhumnya):
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar. (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan kuil-kuil Yahudi, dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (Islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka; kaum Nabi Nuh, dan 'Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan rasul masing-masing. Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut. Dan juga penduduk Madyan, dan Nabi Musa juga telah didustakan. Maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaan-Ku. Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut, maka mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya. Dan (katakanlah kepada mereka): "Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung." Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa. Dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Aku tidak lain hanyalah seorang rasul pemberi amaran yang menjelaskan keterangan-keterangan kepada kamu". Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan kami, mereka itulah ahli neraka. Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang rasul atau nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang dibawanya), maka syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha rasul atau nabi itu mencapai cita-citanya. Oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayat-Nya dengan kukuhnya. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
AQ 22:38-51

Persoalannya di sini, adakah dengan menyokong PAS, kita akan masuk syurga? Rasanya tidak perlulah termakan dengan momokan nasionalis.

والله أعلم بالصواب

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

Sila gunakan al-Quran Rasm Uthmani untuk membaca ayat-ayat al-Quran yang dikemukakan untuk mengelak sebarang kesalahan dalam pembacaan.

No comments:

Post a Comment