Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 October 2009

Terbaring Di Lorong Gajah


Berita tentang sakit Pak Anjang hampir-hampir tidak saya ketahui. Maklumlah, orang tua tinggal di Hulu Kelang, manakala saya pula nuuuuuuuun jauh di selatan Selangor, Bangi. Tangan pula malas menelefon mak atau abah. Selalunya sekali dalam seminggu. Kadang-kala sahaja bermain mesej dengan mak. Maklumlah, anak lelaki tunggal...

Tetapi selalu bermesej pun, kadang-kala terlepas juga berita-berita tentang family, sama ada yang molek atau sebaliknya.

Misalnya, berita tentang Pak Anjang yang jatuh sakit. Ini kali kedua Pak Anjang sakit. Kali pertama pertengahan tahun lalu. Memang saya langsung tidak tahu tentang itu sehinggalah semua buka mulut ketika musim Raya lalu. Jarang jenguk Pak Anjang. Kalau pergi pun dengan orang tua. Nak pergi sendirian, tiada transport. Hanya mengharapkan kereta abah yang usang itu.

Pak Anjang yang tinggal di Lorong Gajah, Kampung Merbau Sempak jelas kelihatan keperitan menahan sakitnya. Melalui raut wajah, pertuturan, pemakanan, sehinggakan fizikal badannya yang susut mendadak.

Itu ketika saya datang menziarahinya ketika bulan Syawal lepas.

Tadi (Sabtu, 25 Oktober), dia terlantar, bercakap lemah, dan saudara-mara termasuk adik-beradiknya sendiri pun bagai sudah tidak diingatinya.

Beliau bukan sahaja seorang yang baik, bahkan pada pemerhatian saya sebagai anak buahnya, beliau sememangnya seorang yang suka mendekatkan diri dengan majlis-majlis agama. Ilmu dicari walaupun umur sudah pertengahan 60++. Itulah dirinya. Bila berkata-kata atau bergurau-senda, tiadalah keterlaluan tetapi berpada-pada.

Penyakitnya sememangnya menggusarkan saya walaupun tidaklah serapat mana dengannya.

Semoga Allah swt menyembuhkan penyakitmu dan menyihatkan kembali dirimu agar dapat terus menjalankan amanah yang diterima selepas terbengkalai lebih 20 tahun... Moga Allah swt memberikan tenaga dan usaha buatmu mengembalikan yang hak buat adik-beradikmu yang bersilang kata dan berebut pusaka tatkala dirimu cuba memberikan yang terbaik buat mereka. Ya Allah, sembuhkanlah bapa saudaraku ini...
Amien.

Taman Permata, Hulu Kelang

No comments:

Post a Comment