Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 June 2011

Sebulan Perit


Kata orang, kalau kita menunggu sesuatu, masa akan menjadi terlalu panjang. Akhirnya kita merana terseksa menantikan sesuatu yang ditunggu itu.

Yup! I agree with that. Sejak Isnin lepas sehingga hari ini (Khamis, 23 Jun 2011), sudah tiga hari saya menantikan kehadiran petang hari Jumaat ini (24 Jun 2011) yang tinggal lebih kurang 31 jam sahaja lagi.

Memang menyeksakan!

"Apa yang kautunggu?"
"Ehem~~"

Masih ingat lagi peristiwa Saga WBH yang meragam lebih kurang sebulan lepas? Sudah sebulan saya mengemis mengharapkan ehsan orang sekeliling untuk bergerak. Selama sebulan itu jugalah saya terpaksa menghadkan pergerakan walaupun saya bukan jenis manusia yang suka terperap. Sebulan jugalah saya terpaksa bersabar dan menahan nafsu serakah yang meronta-ronta mengharapkan untuk keluar daripada kawasan yang sama. Jiwa terpenjara akibat daripada ragam sebuah jentera beroda empat: Saga WBH!

La hawla wa la quwwata illa billah!

Segala-galanya di dalam kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dialah yang merancang dan menjadikan Saga WBH rosak tatkala tiba di Leisure Mall bulan lepas. Saya redha dengan ketetapan yang Dia rencanakan. Saya faham, segala-galanya mempunyai hikmah dan kebaikan walaupun jauh di sudut hati terasa kepayahan menempuh ujian yang dirasakan berat itu.

18 June 2011

AISC Part 3: Zakat Si Pelacur


Entry ini adalah sambungan kepada artikel terdahulu bertajuk: AISC Part 2: Dato' Tamyes Bersuara

Menara PNB
Hanya bersandarkan kepada penguasaan ekonomi umat Islam sahaja, maka ASB dan ASN dihukum sebagai harus? What the fish? Rata-rata orang awam boleh berfikir, adakah munasabah kita mahu menyokong ekonomi yang dijalankan umat Islam yang berlandaskan sistem riba' yang jelas HARAM di sisi Islam? Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal ALLAH TELAH MENGHALALKAN JUALBELI (berniaga) DAN MENGHARAMKAN RIBA'. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

11 June 2011

AISC Part 2: Dato' Tamyes Bersuara


Entry ini adalah pengukuhan terhadap artikel terdahulu bertajuk: ASB Isn't Shariah-Compliant...? (AISC)

Pelaburan adalah salah satu daripada rancangan kewangan yang penting. Tetapi, pelaburan 'akhirat' itu lebih utama berbanding pelaburan dunia yang kita acapkali fikirkan.
"Bijak Dunia Bijak Akhirat".

09 June 2011

Kata Orang Tua-tua...


"Mak, dah kenyang."
"Kan banyak lagi nasi dalam pinggan tu."
"Tapi, mak, dah kenyanglah..."
"Tak baik bazirkan nasi tu. Tuhan marah."
"Mi tak larat lagilah, mak. Takkan nak sumbat juga?"
"Kesian nasi tu, nangis-nangis dia sebab Mi tak habiskan."
"Nasi nangis? Mestilah dia suka sebab tak de siapa nak makan dia."
"Sudah, sudah. Pergi letak pinggan dalam sink."

Dua beradik sedang menjamu selera.

06 June 2011

Rangkuman Mei '11


Banyak aktiviti yang berlaku sepanjang Mei lepas. Maaflah sekiranya saya tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan aktiviti dan program yang saya lalui pada sepanjang bulan lepas. Pada entry kali ini, saya akan rangkumkan kesemuanya sekali secara sepintas lalu.

* * * PPT * * *
Top ten Tajwid kelas akhir, 4 al-Razi
PPT adalah ringkasan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Secara kasar, pencapaian murid-murid lebih kurang sahaja dengan Ujian Prestasi I yang dijalankan pada Februari lalu. Cumanya, terdapat beberapa orang pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang saya ajar, Tajwid selepas mengalami sesi kegagalan dan putus asa sebelum ini.

05 June 2011

Jemaah Kolestrol


Masjid sepatutnya menjadi pusat pencambahan ilmu,
bukan pusat mentulikan masyarakat.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan TIDAK TAKUT MELAINKAN KEPADA ALLAH, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. 

04 June 2011

Asal YDPA


Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, saya selaku admin CTB mengucapkan:
Selamat menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-13.

Setiap tahun, kita meraikan hari keputeraan baginda YDPA, tetapi sedarkah kita mengenai jawatan YDPA itu sendiri?

"YDPA tu kan ibarat Raja Malaysia."     "Itu je yang kautahu?"
"Ketua negara."                "Lagi?"
"Ketua agama Islam."                           "Lagi?"
"Entah. Apa lagi ek?"
"Kata je rakyat Malaysia, Raja sendiri pun tak tau."
"Aku orang KL. KL mana ada Raja."
"KL tu kan Wilayah Persekutuan, Agonglah Rajanya."
"Err... Ye ke? Eh, aku duduk Selangor.
Sultan Selangor bukannya Agong sekarang."
"Lambat-laun, Sultan Selangor jadi juga Agong bila sampai turnnya."
"Err... Kaucakap orang. Kau tu, tahu ke tidak?"

02 June 2011

Raja 19 Tahun


Sabtu ini (4 Jun 2011) adalah Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) yang rasmi, di sambut setiap Sabtu pertama dalam bulan Jun. Jika YDPA diputerakan pada bulan Disember sekalipun, baginda tetap akan menyambut hari keputeraan pada bulan Jun kerana ia adalah tarikh rasmi bagi sambutan tersebut.

Seisi warga blog CTB (ceh, macam la ramai sangat admin CTB) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Tapi, pada entry kali ini, saya bukan mahu mengarang mengenai Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang berjiwa rakyat seperti mana yang kita semua ketahui. Kali ini, saya mahu mengetengahkan seorang 'raja' yang menyambut hari keputeraannya hampir dengan tarikh rasmi hari keputeraan YDPA.

"Siapa ek?"
"Cuba teka..."
"Hrm... Raja Syahmi?"
"Bukan, Raja Syahmi diputerakan pada penghujung November. Cuba try test lagi."
"Bagitau je la, malas la nak teka..."
"Okeylah. Aku bagitau. Cumanya, beliau bukanlah kerabat diraja, mungkin keturunan kot..."
"Cepatlah bagitau, banyak bunyilah..."
"Mana ada bunyi. Aku tak cakap, aku taip jer..."
"Lempang karang baru tau langit tinggi-rendah."
"Okeylah, okeylah..." (Blog aku, suke hati akulah...)