Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

04 June 2011

Asal YDPA


Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, saya selaku admin CTB mengucapkan:
Selamat menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-13.

Setiap tahun, kita meraikan hari keputeraan baginda YDPA, tetapi sedarkah kita mengenai jawatan YDPA itu sendiri?

"YDPA tu kan ibarat Raja Malaysia."     "Itu je yang kautahu?"
"Ketua negara."                "Lagi?"
"Ketua agama Islam."                           "Lagi?"
"Entah. Apa lagi ek?"
"Kata je rakyat Malaysia, Raja sendiri pun tak tau."
"Aku orang KL. KL mana ada Raja."
"KL tu kan Wilayah Persekutuan, Agonglah Rajanya."
"Err... Ye ke? Eh, aku duduk Selangor.
Sultan Selangor bukannya Agong sekarang."
"Lambat-laun, Sultan Selangor jadi juga Agong bila sampai turnnya."
"Err... Kaucakap orang. Kau tu, tahu ke tidak?"

Sistem perlantikan Yang Di-Pertuan Agong sebagai "Raja Malaysia" (King of Malaysia) adalah berdasarkan pemilihan antara Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja (elected monarchs). Sistem penggiliran YDPA yang diamalkan Malaysia ini adalah salah satu daripada sejumlah kecil negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran beraja ini.

Jawatan Yang Di-Pertuan Agong ini wujud hasil daripada Suruhanjaya Reid yang membentuk Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan tertinggi di Malaysia. Cadangan jawatan ini timbul akibat penentangan beberapa gabungan pertubuhan Melayu yang membentuk UMNO terhadap gagasan Malayan Union yang dilihat ingin menyingkir dan menghapuskan Raja-Raja Melayu.

Pada asalnya, jawatan Yang Di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan kepada tempoh pemerintahan (seniority) di negeri masing-masing. Sekiranya pemilihan berdasarkan seniority ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor sejak 1895 selayaknya dilantik, tetapi baginda Sultan Johor menolak atas alasan baginda sudah tua (84 tahun) dan tidak layak memikul tugas tersebut.

Jawatan itu kemudiannya turun kepada Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar kerana baginda Sultan Pahang menaiki takhta pada tahun 1932, tetapi baginda tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik ke jawatan YDPA. Jawatan YDPA kemudiannya turun kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dan baginda dilantik ke posisi YDPA.

Itulah "Raja Malaysia" yang pertama dilantik yang tertera pada setiap helaian not Ringgit Malaysia.

"La... tu gambar Agong pertama ker...?"                 "Ya lah. Takkan kautak tahu?"
"Kelmarin, ada mat saleh tanya aku, gambar siapa dalam duit RM10."
"Habis tu, kaujawab apa?"                   "Aku jawab Tunku Abdul Rahman."
"Pergh! Tu Perdana Menteri pertama la, bukan Agong pertama. Baik kaujadi orang Bangladesh je la. Negara sendiri pun tak tau."
"Macamlah dia pandai sangat. Cakap gebang jer..."


Setiap Raja-Raja Melayu yang dilantik ke jawatan YDPA, jawatan asal baginda sebagai Sultan, Raja, atau Yang Di-Pertuan Besar di negeri masing-masing dipangku oleh Raja Muda, Tengku Mahkota, atau sebarang kerabat diraja atau majlis yang lantik oleh baginda YDPA sendiri.

Jawatan Yang Di-Pertuan Agong digilir selama 5 tahun.

"Syahmi, apa pula tugas Agong?"

* * * TUGAS YDPA * * *

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Di sini, saya ringkaskan peranan dan tugas Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. YDPA adalah Ketua Negara yang mengetuai tiga komponen utama kerajaan iaitu Legislatif (Legislative), Eksekutif (Executive), dan Kehakiman (Judiciary).

Baginda juga berkuasa untuk melantik Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Jemaah Menteri atau menteri-menteri kabinet; dan memberi tauliah kepada duta-duta yang mewakili Negara, Ketua-ketua Hakim, 

Baginda juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada Raja dan negeri asal baginda.

Baginda juga mengetuai ketiga-tiga cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia, dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Lagi?"                   "Eh, bukan ke subjek Pengajian Islam
masa kaubelajar di universiti dulu dah detail diajar?"
"Ada ker?"                       "Ni confirm tidur masa lecturer kau ngajar..."
"Ye lah, ye lah. Semua salah aku. Dah, aku nak jumpa Agong."
"Jumpa Agong? Buat apa?"
"Aku nak minta maaf la... Aku rasa bersalah ni..."
"Masuk pintu pagar Istana pun tak layak, apatah lagi jumpa..."
"Eh, bukan ke dalam entry lepas kaubagitau yang Agong kita ni berjiwa rakyat?"
"Memanglah baginda berjiwa rakyat, tapi Agong kita banyak kerjalah..."
"Owh, ye ke?" 

Tinta mencoret: Daulat Tuanku.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan tambahan:

  1. Portal Yang Di-Pertuan Agong
  2. Wikipedia.org
  3. Wikipedia: Elective Monarchs
  4. Carigold: Hari Keputeraan YDPA
  5. BelajarSejarah.Blogspot

No comments:

Post a Comment