Entry ini adalah sambungan kepada artikel terdahulu bertajuk: AISC Part 2: Dato' Tamyes Bersuara
Menara PNB |
Hanya bersandarkan kepada penguasaan ekonomi umat Islam sahaja, maka ASB dan ASN dihukum sebagai harus? What the fish? Rata-rata orang awam boleh berfikir, adakah munasabah kita mahu menyokong ekonomi yang dijalankan umat Islam yang berlandaskan sistem riba' yang jelas HARAM di sisi Islam? Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal ALLAH TELAH MENGHALALKAN JUALBELI (berniaga) DAN MENGHARAMKAN RIBA'. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
Terang-terangan Allah Subhanahu wa Ta'ala mengharamkan sistem riba' yang bersifat menekan dalam setiap urusan mu'amalah. Sedangkan dalam masa yang sama, urusan perniagaan itu dibenarkan syara'.
Yang menjadi persoalan di sini, diketahui umum bahawa PNB adalah antara pemegang saham terbesar di dalam Maybank yang mana menjalankan aktiviti perbankan konvensional. Sesebuah bank konvensional tentunya bersistemkan riba' yang diharamkan. Tidakkah mereka tahu ataupun tutup sebelah mata?
Menara Maybank |
Adakah menjadi halal gaji seorang pelacur hanya dengan mengeluarkan zakat atau derma? Tentunya tidak. Itulah perumpamaannya.
Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin mengatakan bahawa ASB dan ASN adalah harus dan umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk melabur dalam amanah saham PNB tersebut. Kenyataan ini dibuat selepas beliau mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan Kali ke-80, baru-baru ini.
Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
"Kalau fatwa terang-terangan kata harus, buat apa kaubangkang. Kautau apa?"
"Aku bangkang sebab kau yang tak tahu selok-belok investment ini.Aku belajar, aku tahulah."
Negara kita mempunyai banyak syarikat yang menjalankan urusniaga pelaburan berasaskan Syariah yang sah dan mempunyai majlis penasihat Syariah bagi setiap unit amanah saham yang diterbitkan. Kita ada CIMB, BIMB, Public Mutual, dan sebagainya. Kita mempunyai alternatif lain dalam melabur dan dipantau 'kehalalannya' daripada unsur-unsur haram dan riba'. Adakah mereka menafikannya atau mereka sendiri mempunyai 'share' dalam membuat keputusan tersebut?
والله أعلم بالصواب
Tinta mencoret: Esok-esok tanggunglah dosa pelabur di Akhirat...
Orange Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment