Sabtu ini (4 Jun 2011) adalah Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) yang rasmi, di sambut setiap Sabtu pertama dalam bulan Jun. Jika YDPA diputerakan pada bulan Disember sekalipun, baginda tetap akan menyambut hari keputeraan pada bulan Jun kerana ia adalah tarikh rasmi bagi sambutan tersebut.
Seisi warga blog CTB (ceh, macam la ramai sangat admin CTB) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Tapi, pada entry kali ini, saya bukan mahu mengarang mengenai Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang berjiwa rakyat seperti mana yang kita semua ketahui. Kali ini, saya mahu mengetengahkan seorang 'raja' yang menyambut hari keputeraannya hampir dengan tarikh rasmi hari keputeraan YDPA.
"Siapa ek?"
"Cuba teka..."
"Hrm... Raja Syahmi?"
"Bukan, Raja Syahmi diputerakan pada penghujung November. Cuba try test lagi."
"Bagitau je la, malas la nak teka...""Okeylah. Aku bagitau. Cumanya, beliau bukanlah kerabat diraja, mungkin keturunan kot..."
"Cepatlah bagitau, banyak bunyilah..."
"Mana ada bunyi. Aku tak cakap, aku taip jer..."
"Lempang karang baru tau langit tinggi-rendah."
"Okeylah, okeylah..." (Blog aku, suke hati akulah...)Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1992. Saya mengenai beliau semasa beliau menuntut di sebuah institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri Selangor di Sepang yang ketika itu dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi. Beliau yang ketika itu baharu sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan satu ketika merupakan seorang pelajar yang baik.Yeke?Ketika beliau melangkah ke tingkatan dua, beliau dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan kemudiannya dilantik sebagai salah seorang MPP selama dua penggal.
Panjangnye autobiografinyer...
Selepas SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi dan...
"Woi! Kau nak buat Majlis Anugerah Tokoh Murid ker?"
"Ye la, ye la! Aku bagitaulah... Nyebok je lah..."
Saya tidak mahu membazirkan masa dan elektrik yang mana tarifnya dah naik Isnin lepas, saya mahu mengucapkan:
Selamat Menyambut Hari Kelahiran Yang Ke-19 buat sahabatku,
YM Raja Muhammad Hanafi bin Raja Iskandar.
Bergambar dengan Raja Hanafi semasa hari terakhir persekolahan pada tahun 2005. Dua-dua muka comel lagi. |
Semoga dengan meningkatnya umur ini, akan menjadikan iman dan takwa semakin meningkat dan lebih hampir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Abang akan sentiasa doakan dirimu agar berjaya di dunia dan yang lebih penting, berjaya di akhirat kelak.
Ameen.
"Apasal kau gelarkan diri kau 'Abang'?"
"Ye la, pasal aku senior masa dia form one. Dia junior aku dulu."
"Owh, yeke. Aku ingat korang berangkat-angkat."
"Aku tak faham, terangkan sikit."
"Maksud aku, dia adik angkat kau masa kat......................" "Wei, dia kawan aku lah... Mulut takde insurans!"
Tinta mencoret: Jadilah manusia yang tinggi iman dan takwa.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur, WP
salamun 'alaikum
ReplyDelete2 nme nye ukhuwah fillah..
dah abis sekolah..
tp still lg ingt kt ikhwan n akhawat..a.k.a junior 2 la