Masjid sepatutnya menjadi pusat pencambahan ilmu, bukan pusat mentulikan masyarakat. |
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan TIDAK TAKUT MELAINKAN KEPADA ALLAH, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
"Jom kita lepak malam nih."
"Aku ada tournament kat Ampang nih Aku tak tahu habis bila..."
"Okey, takpe. Nanti kalau dah habis, miss call aku tau!"
Semalam (Sabtu, 4 Jun 2011), Sementara menanti jawapan daripada seorang sahabat yang sedang menghabiskan tournament di Ampang, saya menggunakan masa yang ada untuk menonton Cerekarama yang ditayangkan di TV3 yang mana drama pada minggu ini bertajuk "Jemaah Kolestrol".
Jemaah Kolestrol? Pada asalnya, saya berasa pelik, apa yang dimaksudkan dengan Jemaah Kolestrol? Kisah ini menceritakan tentang perihal jemaah masjid yang menjadikan acara makan-makan sebagai acara wajib bagi setiap program yang diadakan di masjid kariah tersebut.
Drama ini berlatarkan jemaah sebuah masjid di sebuah kampung yang mana rata-ratanya bersifat kolot, jumud, berpemikiran "kaum tua", serta percaya kepada mistik dan tahyul yang boleh menggugat aqidah dan keimanan seorang Muslim.
Dijadikan cerita, setiausaha jawatankuasa masjid tersebut diserang sakit jantung dan meninggal dunia di sebuah masjid berhampiran. Jawatankuasa tersebut terpaksa melantik seorang ahli jemaah masjid untuk mengisi kekosongan dalam jawatan setiausaha tersebut. Ditakdirkan, setiausaha yang baharu sahaja dua minggu memegang jawatan tersebut meninggal dunia, juga disebabkan sakit jantung.
Seluruh jawatankuasa masjid itu panik kerana dirasakan terdapatnya makhluk-makhluk ghaib yang mengganggu sesiapa sahaja ahli kariah yang memegang jawatan tersebut. Keadaan ini dihangatkan lagi dengan cerita yang dibawa Bujal, seorang lelaki 'tiga suku' yang mengatakan kematian kedua-dua orang setiausaha ini ada kaitannya dengan kematian seorang setiausaha jawatankuasa masjid tersebut akibat dibunuh oleh tentera Jepun.
Bertambah parah apabila setiausaha yang ketiga juga meninggal dunia tidak lama selepas dia dilantik ke posisi tersebut!
Kepercayaan kepada perkara khurafat ini mendapat perhatian daripada seorang anak muda yang baharu sahaja pulang daripada menuntut di Jordan dalam bidang Usuluddin. Anak muda ini berterusan memberi penerangan kepada jemaah masjid bahawa kematian ketiga-tiga orang setiausaha tersebut sebenarnya tiada kaitan dengan mana-mana jembalang, semangat, ataupun penunggu yang dikaitkan dengan pembunuhan oleh tentera Jepun sebaliknya tindakan ahli jawatankuasa masjid tersebut yang tidak menjaga kesihatan terutamanya dalam aspek pemakanan yang menjadi asbab kepada kematian ketiga-tiga setiausaha jawatankuasa masjid tersebut.
Anak muda tersebut berterusan berdakwah dan memberikan penjelasan agar jemaah masjid tidak lagi terpesong kepada mempercayai perkara-perkara khurafat tersebut yang mana ia boleh merosakkan keimanan mereka. Tindakan anak muda tersebut menimbulkan kegelisahan terhadap beberapa orang ahli jawatankuasa masjid dan mereka menyangka anak muda tersebut gila kuasa dan berhasrat untuk merampas kuasa.
Dipendekkan cerita, akhirnya jemaah masjid tersebut insaf dan mengubah gaya kehidupan mereka kepada kehidupan yang lebih sihat...
Situasi inilah yang banyak berlaku (may be sekarang ni sudah berkurangan kot) dalam masyarakat Melayu. Walaupun negara kita semakin lama semakin maju, tetapi masih ada di kalangan kita masih lagi bermentalitikan kuno, kolot, dan jumud, especially mereka yang tinggal di luar bandar yang jauh daripada kepesatan pembangunan dan keilmuan.
Saya bukan nak memperkecilkan masyarakat luar bandar terutamanya mereka yang 'lebih makan garam', tetapi sekiranya kita masih berpegang dengan kepercayaan-kepercayaan mistik serta menolak perkara yang lebih realistik dan mempunyai penerangan yang kukuh, bagaimana kita boleh maju ke hadapan? Lebih teruk lagi, keimanan mereka terhadap perkara tahyul dan khurafat ini dicampur-adukkan dengan agama!
Akibatnya, generasi mendatang yang mewarisi agama daripada nenek moyang mereka menjadi keliru dan sukar membezakan antara agama dengan kepercayaan tahyul. Akhirnya, bila datang da'ie yang mahu membuat tajdid atau membetulkan keadaan, maka da'ie tersebut dituduh sebagai mereka-reka, wahabi, dan sebagainya.
Watak anak muda lulusan Jordan yang terdapat dalam drama tersebut sebenarnya bukanlah situasi yang berlaku pada kebanyakkan para da'ie (plural: du'at), tetapi kebanyakkan daripada mereka ditentang habis-habisan dalam semua medium dan saluran termasuklah melalui saluran mahkamah!
Alhamdulillah, kebanyakkan pendakwah muda ini kental dalam menyebarkan kebenaran. Perlu diingatkan, setiap apa yang ingin disampaikan itu perlulah diiringi dengan hujah-hujah. Janganlah kita menghukum mereka yang tidak mahu menerima apa yang disampaikan itu dengan pelbagai hukuman, juga janganlah kita melabelkan mereka dengan pelbagai label dan gelaran, tetapi iringilah setiap usaha dakwah tersebut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar setiap usaha tersebut diberikan hasil, sama ada hasilnya berputik semasa hanyat kita ataupun selepasnya.
Tinta mencoret: Macam mana nak 'imarahkan rumah Allah sekiranya masih takutkan perkara-perkara tahyul dan mistik?
Surflane Studio, Ampang SDE
Dipendekkan cerita, akhirnya jemaah masjid tersebut insaf dan mengubah gaya kehidupan mereka kepada kehidupan yang lebih sihat...
"Aku tak fahamlah apa yang kaucerita nih..."
"Kautengok tak cerita Jemaah Kolestrol tadi?" "Tak"
"Kalau tak tengok, macam mana nak faham?"
Situasi inilah yang banyak berlaku (may be sekarang ni sudah berkurangan kot) dalam masyarakat Melayu. Walaupun negara kita semakin lama semakin maju, tetapi masih ada di kalangan kita masih lagi bermentalitikan kuno, kolot, dan jumud, especially mereka yang tinggal di luar bandar yang jauh daripada kepesatan pembangunan dan keilmuan.
Saya bukan nak memperkecilkan masyarakat luar bandar terutamanya mereka yang 'lebih makan garam', tetapi sekiranya kita masih berpegang dengan kepercayaan-kepercayaan mistik serta menolak perkara yang lebih realistik dan mempunyai penerangan yang kukuh, bagaimana kita boleh maju ke hadapan? Lebih teruk lagi, keimanan mereka terhadap perkara tahyul dan khurafat ini dicampur-adukkan dengan agama!
Akibatnya, generasi mendatang yang mewarisi agama daripada nenek moyang mereka menjadi keliru dan sukar membezakan antara agama dengan kepercayaan tahyul. Akhirnya, bila datang da'ie yang mahu membuat tajdid atau membetulkan keadaan, maka da'ie tersebut dituduh sebagai mereka-reka, wahabi, dan sebagainya.
Watak anak muda lulusan Jordan yang terdapat dalam drama tersebut sebenarnya bukanlah situasi yang berlaku pada kebanyakkan para da'ie (plural: du'at), tetapi kebanyakkan daripada mereka ditentang habis-habisan dalam semua medium dan saluran termasuklah melalui saluran mahkamah!
Alhamdulillah, kebanyakkan pendakwah muda ini kental dalam menyebarkan kebenaran. Perlu diingatkan, setiap apa yang ingin disampaikan itu perlulah diiringi dengan hujah-hujah. Janganlah kita menghukum mereka yang tidak mahu menerima apa yang disampaikan itu dengan pelbagai hukuman, juga janganlah kita melabelkan mereka dengan pelbagai label dan gelaran, tetapi iringilah setiap usaha dakwah tersebut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar setiap usaha tersebut diberikan hasil, sama ada hasilnya berputik semasa hanyat kita ataupun selepasnya.
Pendakwah muda seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum 'terjun ke dalam arus yang deras'. |
Surflane Studio, Ampang SDE
Tengok gak cite ni.. Cerita yg bgus tpi ade jugak adegan yg x kena.. Contohnye ustaz muda tu berpegangan tangan dengan doktor perempuan tu.. Nmpak mcam x realistik sgt dgn watak ustaz.. huhu.. Lpas tu cara berpakaian setiausaha yang busuk hati & kuat makan tu terlalu warak.. Bercelak berserban.. seolah2 mempersendakan orang2 yg ikut sunnah nabi.. Spatutnya buatla gaya pemakaian diorang yg biasa2 je.. Sekadar pandangan,, :-)
ReplyDeleteFakhrul, adegan ustaz muda berpegangan tangan dgn doktor tu kan dalam mimpi...
ReplyDeleteberkenaan dgn s/u dan ajk masjid yang dikenakan pakaian yg agak 'warak' dan mengikut sunnah tu menggambarkan bhw mereka kononnya ulama konservatif yg sukar menerima pendapat yg bercanggah dgn apa yang mereka fikirkan betul...
sbb tu pada awal entry ni ada dinyatakan golongan "kaum tua" yang merujuk kepada golongan agamawan yang konservatif...
والله أعـــلـــم بـــالصــــواب