Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 December 2011

I'll Miss You, 2011


Lagi beberapa minit, 2011 akan melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan sinar baru 2012. Sebelum itu, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012, semoga kehidupan kita akan semakin diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tahun 2011 memberikan banyak pengalaman baru kepada saya, juga mengajarkan banyak perkara berkaitan kehidupan.

Pada entry terakhir saya pada tahun ini, saya menyingkap kembali beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan saya.

* * *SRA BANDAR SERI PUTRA * * *
Adik-adik saya di 4 Ibnu Rusyd 2011.

28 December 2011

Jangkitan Kuman


Fever on and off. Itulah yang doktor katakan.

Best ke demam...?
Semenjak, dua menjak sehinggalah bermenjak-menjak kebelakangan ni, saya sering kali demam, tapi demam main-main, sekejap demam, lepas lima-enam jam, demam pun kebah. Lepas dua tiga hari, demam datang balik.

Semalam, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, badan saya kembali demam. Masa tengah driving, demam datang menyerang. Sampai rumah, terpaksalah terus rehatkan diri, makan pun tiada selera.

Hari ni, sebelum mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 10 pagi, saya ke Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Setelah dianalisa darah, doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darah. Itu sebab saya kerap demam sebagai satu isyarat daripada badan berkenaan jangkitan tersebut.

Dan hari ini, saya mendapat pelepasan daripada klinik kesihatan untuk berehat, ala, dapat MC.

26 December 2011

Tahi Ayam Yang Hangat


Esok (Selasa, 27 Disember 2011), saya akan kembali bertugas di SRA Bandar Seri Putra. Rasa malas pun ada, tapi nak buat macam mana. Demi tanggungjawab kepada anak bangsa, saya menggagahkan juga diri dan bersiap untuk kembali bertugas seperti biasa.
Tak sabar nak kembali mengajar...

Setakat ini, jawatan saya sebagai guru KAFA JAIS masih lagi yang utama. Dan ini seakan melanggar prinsip hidup saya yang pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa tidak mahu menjadikan pendapatan selaku pendidik sebagai sumber utama.

Sehingga kini, saya masih lagi melanggar prinsip hidup saya dengan menjadikan profession perguruan ini sebagai satu-satunya sumber pendapatan saya.

Semacam lalang, tiada teguh kala ditiup angin.

24 December 2011

Kau Bila Pula?


Hari ni, cuma ada satu program je, kenduri kahwin anak bongsu Pak Su Anuar di Sungai Merab Luar. Mak dan abah pagi-pagi lagi dah bertolak ke rumah Pak Su. Disebabkan malam tadi saya lewat tidur, jadi pagi tu agak keberatan untuk follow mak dan abah. So, saya ambil keputusan untuk bergerak ke kenduri dalam tengah hari.

Bertolak dua tiga minit sebelum jam 12 tengah hari, tapi sampai dalam 1.40 petang sebab tertinggal bateri kamera kat rumah, tertinggal sebab baterinya sedang dicas.

Sampai-sampai je Sungai Merab, saya terus singgah Masjid al-Istiqamah, sebuah masjid yang mana saya dahulu selalu solat Jumaat di situ sebab sekolah saya betul-betul di belakang masjid. Alang-alang waktu Zohor dah masuk, eloklah saya solat dulu. Kalau dah ke rumah Pak Su, silap hari bulan solat pun boleh terlupa.

Lepas qada' hajat dan berwudhuk, saya ke prepare untuk solat. Macam biasa, saya akan melihat sekeliling masjid kalau-kalau ada yang sedang berjemaah.

Tengok tepi, tengok belakang, tengok sebelah sana, tak ada yang berjemaah. Yang ada seorang sedang solat, itupun sudah memberi salam yang pertama. Solat sengsorang le jawabnya.

20 December 2011

Bantuan Kerajaan Atau Bantuan BN?


Alhamdulillah. Berdasarkan Bajet 2012 yang telah dibentangkan tempohari, Kerajaan bermurah hati untuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia berjumlah RM 500 kepada ketua keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Dalam entry kali ini, saya tidak mempersoalkan apa yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat kerana ia pastinya satu bentuk bantuan yang dapat meringankan beban rakyat Malaysia, satu keputusan yang memberikan keselesaan kepada yang benar-benar memerlukan.

Walau bagaimanapun, apa yang saya persoalkan adalah berdasarkan gambar yang sempat saya snap pagi tadi di Pekan Sungai Pelek.

Lihat dahulu gambarnya.

15 December 2011

Sembang Rakyat Versus Oley!!


Dalam negara demokrasi, setiap orang diberikan kebebasan untuk memberikan pendapat masing-masing. Perbezaan pendapat amat penting. Sebab apa? Sebab kita diberi banyak ruang untuk memilih mana antara pendapat yang diutarakan itu benar-benar terbaik untuk dilaksanakan untuk manfaat orang ramai.

Lihatlah, dalam fiqh itu sendiri, terdapat empat orang imam yang menggariskan empat mazhab yang berlainan; Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali. Keempat-empat mazhab ini mengamalkan empat cara yang tersendiri dalam beribadat.

Ilmu Qiraat pula, Allah Subhanahu Wa Ta 'ala telah menurunkan sebanyak tujuh wajah bacaan al-Quran sebagai rukhsah buat hamba-hamba-Nya yang berlainan lidah.

Nabi pula sering bermesyuarat bersama para sahabat dalam pentadbiran baginda, berbincang untuk membangunkan Madinah, berbincang untuk merangka strategi peperangan, berbincang untuk membina atau memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar, juga berbincang untuk memastikan sosio-kehidupan rakyat di bawah naungan Madinah berada dalam keadaan yang harmoni.

Dan perbezaan pendapat ini diterima pakai oleh Barat sehinggakan mereka begitu berpegang teguh dengan hak tersebut dalam memajukan negara mereka masing-masing.

14 December 2011

Syoknya Jadi Anak Bongsu


"Mie anak yang ke berapa?"                       "Anak last."
"Ooo, bongsu. Anak manja la ni, anak mak..."

Bagi anak bongsu, gelaran seperti anak manja, anak mak, anak emas, dan yang sama waktu dengannya begitu sinonim.

Saya? Walaupun saya anak lelaki yang pertama, namun saya juga anak bongsu. Kiranya saya anak lelaki tunggallah, yang lain semuanya kakak.

Aduh, sejak saya kecil, saya begitu benci dengan gelaran sebegini yang merujuk kepada anak manja.

Saya manja ke?
Gambar keluarga. Diambil pada tahun 2003.
Dan gelaran seperti itu masih lagi melekat sehingga sekarang. Harap-harap, selepas kahwin, hilanglah semua gelaran tersebut daripada saya.

Beruntung ke jadi anak bongsu ni?

Asif dan Azizi


Sambil memberikan komen pada status Asif dan Amirul Azizi di Facebook mereka, saya terfikir sejenak, bagaimana sekiranya ukhuwah yang terbina ini runtuh suatu masa nanti?

Na'uzubillahi min zalik! Mohon Allah hindari perkara tersebut daripada berlaku!

Kedua-dua mereka, Asif dan Azizi saya kenal ketika berjumpa di kem kepimpinan.
Bergambar dengan peserta Kumpulan 5. Azizi duduk tiga dari kanan.
Ketika Induksi Saf Kepimpinan SAMBBST 2011, Azizi merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan 5 yang dipimpin oleh tiga orang fasilitator, saya sendiri, Azwad, dan Amsyar. Dari situ saya mengenali Azizi yang juga selaku ketua PRS di sekolahnya. Seingat saya, saya tidak lagi berjumpa dengan Azizi selepas program tiga hari dua malam itu tamat, hanya berhubung melalui ruangan maya sahaja.

13 December 2011

13.12.11 Tarikh 'Keramat' KL


Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang. Masa itu, saya memang khusyuk melayan Facebook, membalas mesej, mengomen, melihat status terkini, juga membuat blogwalking, membaca isu terbaru, dan segala perkara yang boleh diperoleh di ruangan maya.

Tengah syok melayari internet, terasa titisan air  bagai direnjis ke belakang tangan. Pasti, luar hujan.

Kedudukan tingkap yang terlalu tinggi dalam bilik saya membuatkan saya tidak menyedari keadaan di luar yang  ketika itu gelap-gelita sehinggalah titisan air hujan terpercik ke dalam bilik.

Selang beberapa minit, kilat pula sabung-menyabung. Ah, tak boleh jadi! Sebelum apa-apa berlaku, baik saya matikan komputer. Karang tak pasal-pasal litar pintas, langsung tak boleh pakai lagi.

Komputer pun dimatikan.

Tatkala cuaca yang agak 'menyedapkan' tu, saya melelapkan mata.

Ah... sedapnya tidur.

YDPA XIV


Daulat Tuanku.

Patik selaku rakyat Malaysia ingin mengucapkan tahniah buat Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke-14 buat kali kedua. Patik berharap negara Malaysia akan menjadi aman dan makmur sepanjang berada bawah naungan Tuanku.

Patik juga berharap Malaysia akan lebih maju dalam segala bidang sebagaimana yang Tuanku laksanakan di negeri naungan Tuanku sendiri, Kedah Darul Aman.

Patik doakan agar ke bawah duli Tuanku diberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan sepanjang menjalankan tugas selaku Yang Di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU.

* * * * *
Sedikit fakta.

12 December 2011

Bilalah Turn Aku Pula?


"Pleaselah jangan tanya soalan tu. Please...
Tapi kalau doakan, saya aminkan aje..."

Soalan apa tu?

18 SX. PERINGATAN. Entry ini mengandungi kandungan yang kurang sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun. Sekiranya anda tergolong dalam golongan tersebut, anda dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan ini dan menukarkan url ke laman lain. Pihak CTB tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap 'tindak balas' yang berlaku sekiranya anda masih berdegil...!

Setiap kali cuti akhir tahun, pastinya banyak jemputan kahwin yang kita terima, sama daripada sanak-saudara, sahabat, kenalan, rakan sekerja, jiran tetangga, atau sesiapa sahaja yang mahu mengadakan walimah.

Dan pastinya, yang paling teruja menantikan saat ini adalah pasangan pengantin yang melangsungkan hari perkahwinan masing-masing dengan pelbagai cara. Pakaian mereka indah, ada yang bagai pahlawan Melayu, ada yang bagai seorang tokoh,  dan sebagainya.

Ish... Saya sebenarnya cemburu dengan mereka. Bukan cemburu kerana mereka mengenakan pakaian yang cantik-cantik, tetapi cemburukan... Ehem...

"Apa yang ehemnya?"
"Faham-faham je la..."

09 December 2011

Bersama Nasrul, Rahman, dan Luqman


Bila dapat meluangkan masa bersama 'kawan-kawan', bergurau-senda, pastinya ia meninggalkan kenangan yang pastinya kekal dalam ingatan.

Semestinya, kenangan tersebut tersemat bukan sahaja di dalam minda dan ingatan, bahkan juga dalam album foto yang dapat ditunjukkan kepada anak-cucu ketika kita menghabiskan sisa-sisa kehidupan kelak.

Alhamdulillah, saya bersama 'kawan-kawan' yang juga bekas murid saya meluangkan sedikit masa bercuti di Pantai Bagan Lalang sambil memenuhkan masa dengan aktiviti mandi laut dan bersiar-siar di kawasan sekitarnya.

Dua kali ke Bagan Lalang. Kali pertama pada 1 dan 2 Disember 2011 (Khamis dan Jumaat) manakala kali kedua pada 5 hingga 7 Disember 2011 (Isnin hingga Rabu).

Selain bermandi-manda di Bagan Lalang, kami juga ke Kampung Bandar untuk melihat tempat bersejarah; Masjid Sultan Ala'iddin dan Istana Bandar, Morib, dan juga Putrajaya sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya gambar sahaja yang mampu menceritakan segalanya.