Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

12 December 2011

Bilalah Turn Aku Pula?


"Pleaselah jangan tanya soalan tu. Please...
Tapi kalau doakan, saya aminkan aje..."

Soalan apa tu?

18 SX. PERINGATAN. Entry ini mengandungi kandungan yang kurang sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun. Sekiranya anda tergolong dalam golongan tersebut, anda dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan ini dan menukarkan url ke laman lain. Pihak CTB tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap 'tindak balas' yang berlaku sekiranya anda masih berdegil...!

Setiap kali cuti akhir tahun, pastinya banyak jemputan kahwin yang kita terima, sama daripada sanak-saudara, sahabat, kenalan, rakan sekerja, jiran tetangga, atau sesiapa sahaja yang mahu mengadakan walimah.

Dan pastinya, yang paling teruja menantikan saat ini adalah pasangan pengantin yang melangsungkan hari perkahwinan masing-masing dengan pelbagai cara. Pakaian mereka indah, ada yang bagai pahlawan Melayu, ada yang bagai seorang tokoh,  dan sebagainya.

Ish... Saya sebenarnya cemburu dengan mereka. Bukan cemburu kerana mereka mengenakan pakaian yang cantik-cantik, tetapi cemburukan... Ehem...

"Apa yang ehemnya?"
"Faham-faham je la..."

Dan pastinya ada beberapa bentuk soalan yang saya terima:

"Syahmi, bila nak kahwin?"
"Syahmi, tak dapat kad jemputan pun?"
"Naik pelamin tak bagitau..."
"Nak makan nasi minyak."

...dan seumpamanya.

Soalan sebegini sebenarnya mengganggu emosi saya sebagai seorang teruna yang inginkan belaian seorang wanita yang halal.
Bila la dapat ber......
Kalau ikutkan, sudah sampai ke tahap wajib kahwin kalau sudah tidak tahan. Tapi, siapa yang mahukan saya sebagai suami. Layakkah saya menjadi suami yang baik kepada mereka?

Entahlah.

Insya-Allah, sekiranya sampai jodoh, kawan-kawan sekalian akan dapat merasai nasi minyak. Namun, apa yang penting, saya perlukan doa kalian agar saat yang akan membuatkan saya 'teruja' itu lekas tiba.

DOA... Jangan asyik tanya je...!

Orang kata, umur 30 masih awal bagi lelaki sekiranya belum berkahwin. Tapi, saya tidak mahu menunggu sehingga itu! Umur saya sekarang ini pun saya terasa begitu menyiksakan jiwa dan batin, apatah lagi mahu menunggu sehingga umur 30 tahun.

"Jadi, banyakkan bersabar. Kalau 'tak tahan' sangat, puasalah banyak-banyak seperti Nabi suruh."
"Ye lah!"

Printscreen komen di Facebook:

* * * * *

Cerita pasal kahwin, selaku lelaki, pernahkah selama ini kita terfikir apa yang akan kita berikan kepada bakal isteri kita?

Adakah cukup dengan kasih sayang dan ...ehem...?

Selama ini, kita ke hulu ke hilir dengan handset, dengan harapan untuk membalas mesej daripada si dia yang pada pandangan kita akan menjadi 'isteri' kita. Namun, sambil membalas mesej 'bakal' isteri, pernahkah kita terfikir bagaimana untuk membahagiakannya kelak?

Kata "Cinta" itu memang mudah untuk diungkapkan, memang mudah untuk ditaip. Tetapi mampukah kita mencintai mereka walau apa yang terjadi kepadanya? Dan yang paling perit, adakah mereka sanggup untuk mencintai kita saat kita kehilangan segala-galanya selain dia?

Hah, cuba jawab.

عن ‏أنس ‏ ‏قال: كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يكثر أن يقول ‏ ‏يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك فقلت يا رسول الله آمنا بك وبما جئت به فهل تخاف علينا قال نعم إن القلوب بين أصبعين من أصابع الله يقلبها كيف يشاء. أو كما قال ‏ 
Dari Anas bin Malik radhiallahu 'anh, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam banyak berdoa dengan doa ini: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu." Maka aku bertanya: "Ya Rasulullah, kami beriman dengan engkau dan dengan setiap apa yang engkau bawa. Adakah engkau masih takut akan kami?" Baginda bersabda, "Benar! Sesungguhnya hati manusia berada antara dua jari Allah. Bila-bila masa sahaja Dia boleh mengubah kepada apa yang dikehendaki-Nya."

Ini doa Nabi dalam menetapkan hati Baginda sallallahu 'alayhi wasallam dalam landasan agama. Kalau keyakinan kepada agama Islam boleh pudar, apatah lagi keyakinan kepada manusia. Betul tak?

So, thinking what you're doing. Berkorbanlah 100 peratus demi 'cinta' tetapi jangan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada 'cinta'.

Selamat pengantin baru buat Ustaz Iqbal, juga buat Ustazah Aisyah yang melangsungkan perkahwinan mereka serentak semalam (Ahad, 11 Disember 2011).

Tinta mencoret: Tak tahan lagi......

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

4 comments:

  1. Dah tak tahan sangat ke? Huahua.. Pergilah daftar dgn agensi cari jodoh.. Jgn risau la, insyaallah ada lah tu.. Doa la bnyak2.. Lgipun bru 23.. muda lgi tu... :-)

    ReplyDelete
  2. Eh, agensi cari jodoh tak best, nanti dia bagi yang legam...

    uish... muda-muda la kena kahwin... saranan Nabi supaya kita lekas kahwin.

    ReplyDelete
  3. allah menjanjikan yang terbaik untuk abang syahmi...bertawakkal lah...

    ReplyDelete