Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

26 December 2011

Tahi Ayam Yang Hangat


Esok (Selasa, 27 Disember 2011), saya akan kembali bertugas di SRA Bandar Seri Putra. Rasa malas pun ada, tapi nak buat macam mana. Demi tanggungjawab kepada anak bangsa, saya menggagahkan juga diri dan bersiap untuk kembali bertugas seperti biasa.
Tak sabar nak kembali mengajar...

Setakat ini, jawatan saya sebagai guru KAFA JAIS masih lagi yang utama. Dan ini seakan melanggar prinsip hidup saya yang pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa tidak mahu menjadikan pendapatan selaku pendidik sebagai sumber utama.

Sehingga kini, saya masih lagi melanggar prinsip hidup saya dengan menjadikan profession perguruan ini sebagai satu-satunya sumber pendapatan saya.

Semacam lalang, tiada teguh kala ditiup angin.


*  *  *  *  *

Jadi, semenjak dua menjak sehinggalah bermenjak-menjak kebelakangan ini, saya merancang untuk menyediakan satu asas bagi memastikan prinsip ini dapat dilaksanakan, merancang untuk menceburi bidang penternakan dan pertanian.
Nak ternak ayam...
Saya cuba mendapatkan maklumat sebanyak mungkin sebagai perancangan sebelum segala proses seperti latihan, jabatan yang berkaitan, kawasan, dan sebagainya, namun jumlah maklumat yang diperoleh amat menyedihkan.

Disebabkan maklumat terkumpul terlalu sedikit, saya berjumpa dengan mak dengan perasaan berbelah bagi dengan harapan mendapat panduan dan sokongan atas perancangan ini.

Jawapan yang diterima sudah dijangka, seakan-akan jawapan yang pernah diberikan sebelum ini.

Saya faham. Mak bukannya tidak bersetuju dengan perancangan saya. Cuma, dia memberikan pandangan berdasarkan perangai saya ketika dahulu yang gemar buat sesuatu hangat-hangat tahi ayam. Dan saya akui, itu sifat saya sejak kecil sehinggalah saya melangkah ke kolej.

Mahu tidak mahu, terpaksalah saya bergerak atas kapasiti sendiri tanpa dokongan keluarga. Nak buat macam mana. Siapa suruh masa kecil dahulu bersikap begitu. Natijahnya, terpaksa berhadapan dengan apa yang pernah dilakukan dahulu.

Frust  bila apa yang kita hajatkan tidak mendapat sokongan padu daripada keluarga. Walaupun saya tidak dilarang untuk meneruskan agenda tersebut, tetapi pandangan tersebut sedikit-sebanyak melemahkan semangat saya untuk menceburi bidang ini.

Walau apapun, saya akan cuba buktikan, saya tidak lagi bersifat "hangat-hangat tahi ayam". Semenjak saya keluar daripada KUIS, saya komited dalam menjayakan setiap rancangan. Dan, kesemua rancangan yang gagal sebelum ini bukan disebabkan saya tetapi disebabkan pihak kedua yang menimbulkan masalah yang sehingga kini saya masih belum dapat memaafkannya lagi.

Selepas rancangan ketiga bersama seorang rakan yang hanya mampu bertahan selama dua hari, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil risiko merancang sesuatu rancangan dengan sesiapa pun.

Agak payah, namun itulah yang terpaksa saya tempuhi bagi merealisasikannya.

Tinta mencoret: Tiada jalan singkat untuk berjaya.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment