Sambil memberikan komen pada status Asif dan Amirul Azizi di Facebook mereka, saya terfikir sejenak, bagaimana sekiranya ukhuwah yang terbina ini runtuh suatu masa nanti?
Na'uzubillahi min zalik! Mohon Allah hindari perkara tersebut daripada berlaku!
Bergambar dengan peserta Kumpulan 5. Azizi duduk tiga dari kanan. |
Ketika Induksi Saf Kepimpinan SAMBBST 2011, Azizi merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan 5 yang dipimpin oleh tiga orang fasilitator, saya sendiri, Azwad, dan Amsyar. Dari situ saya mengenali Azizi yang juga selaku ketua PRS di sekolahnya. Seingat saya, saya tidak lagi berjumpa dengan Azizi selepas program tiga hari dua malam itu tamat, hanya berhubung melalui ruangan maya sahaja.
Ketika INSAF, saya tidak mengenali Asif, dan tidak mengetahui ada peserta bernama Asif. Teruk gila... Dalam ramai-ramai, mana mampu untuk mengenali kesemua peserta dalam masa yang singkat. Sehinggalah suatu masa, ada seorang hamba Allah ini mengatakan muka saya mirip-mirip dengan muka Asif. Bermula itulah, saya dapat cam Asif. Tapi cam pada gambar je...
Entah macam mana, saya bertemu semula dengan Asif (lain macam je ayat nih...) ketika Nadwah Kepimpinan Islam di Bukit Changgang. Rasanya, bermula selepas itu, saya saling berbalas komen di Facebook.
Gambar Asif (bercermin mata) ketika Nadwah Kepimpinan Islam SAMBBST 2011. Diapit dengan Firdaus (berbaju kuning merah) dan Kamal ar-Redha. |
Ha'ah, saya belum buat lagi entry berkenaan dengan program Nadwah nih. Insha-Allah, saya akan buat dalam jangka masa terdekat ini.
Walaupun ukhuwah ini bermula ketika pertemuan di dua kem kepimpinan, namun jalinan tersebut dijalin hanya melalui Facebook sahaja. Ini dinamakan ukhuwah Facebook.
Adik-adik yang lain jangan berkecil hati kerana tidak disebutkan dalam entry ini. Yang lain pun abang masih ingat.
Boleh lawati Asif di Asipilham manakala Azizi di Emin3ntlife.
Entry kali ini bukan berkisarkan kepada peribadi Asif dan Azizi.
* * * * *
Ukhuwah, sesuatu yang begitu sukar untuk dijaga. Lebih-lebih lagi sekiranya seseorang yang kita kenal itu mempunyai hati yang begitu keras dengan pendiriannya yang kadang-kala perlu untuk dilonggarkan atas sebab hubungan persahabatan.
Perselisihan pendirian dan pendapat itu pasti berlaku. Pertikaman lidah juga mungkin berlaku. Tetapi itu bukan bermakna ukhuwah yang lama terbina itu perlu diruntuhkan dalam sekelip mata. TIDAK.
Terima kasihlah buat sahabat-sahabat yang dulu kita saling bertengkaran menegakkan benang basah masing-masing, bertumbuk tampar, saling pulau-memulau. Namun kini saling berhubungan walaupun berada jauh di perantauan orang.
Percakaran pasti berlaku, namun sejauh mana kita mampu untuk berhadapan dengan masalah tersebut.
Bertolak ansur, itu jawapan terbaik, Banyakkan kita memberi daripada kita mengharapkan orang berjasa. Tindakan kita dalam mempertahankan ukhuwah itulah yang akan dinilai oleh Allah Subhanahu Wa Ta 'ala.
Namun, sekiranya kita mengeraskan hati dengan setiap tindak-tanduk kita, nescaya amat sukar untuk jalinan persahabatan kekal, dan mungkin bakal roboh pada bila-bila masa sahaja.
Ingat pesan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضًا. أو كما قال
Hubungan antara orang yang beriman diumpamakan seperti bangunan, yang mana sebahagian mengukuhkan sebahagian yang lain.
HR Bukhari
Sedih bilamana saya pernah diugut supaya menjauhkan diri daripada sahabat saya gara-gara sikap saya sendiri yang agak berkeras ketika itu. Namun, Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Peristiwa itu mengajar saya agar menjaga setiap tali persahabatan yang terikat kemas agar terus kukuh.
Berkawan jangan ada agenda tersembunyi. Bersahabatlah kerana Allah. Sesungguhnya persahabatan yang dihubungkan dengan kecintaan kepada Allah itu akan diberkati dan diredhai oleh-Nya.
ثلاثة من كن فيه وجد بهن حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يحب المرء لا يحبه إلا الله، وأن يكره أن يعود إلى الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يُقذف في النار. أو كما قال
Ada tiga golongan yang dapat merasakan kemanisan iman: orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri, mencintai seseorang kerana Allah, dan dia benci kembali pada kekafiran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka.
HR Bukhari
Apapun yang terjadi, sekiranya kita saling bersahabat kerana Allah, pastinya kita akan redha dengan setiap ketentuan yang telah Allah tetapkan buat kita. Namun sekiranya 'ada udang di sebaliknya', kita akan kecewa tertonggeng jika apa yang diharapkan itu tidak kesampaian.
Kasihi sahabat kita kerana Allah. Jaga hati mereka daripada setiap tindak-tanduk kita. Keindahan dalam bersahabat itu kan terasa kelak tatkala hubungan tersebut melewati beberapa jangka waktu yang agak lama.
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده، والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه. أو كما قال
Orang Muslim adalah mereka yang menjaga (perasaan dan tubuh badan) orang Muslim yang lain daripada lidahnya (pertuturan yang keji) dan tangannya (tindakan), dan orang yang berhijrah adalah mereka yang meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah ke atasnya.
Muttafaq Alayh
Bukan itu sahaja, bersahabat juga mendapat pahala dan keredhaan Allah sekiranya kita bersahabat dalam perkara-perkara yang baik...!
Segala-galanya bermula daripada kita, nak jaga atau nak runtuhkannya.
Antara kata-kata hikmah yang ditampal ketika program Induksi Saf Kepimpinan SAMBBST 2011. |
Tinta mencoret: Ukhuwah fillah, kelak kita kan merasai sendiri halawatul iman, manisnya iman.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment