Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

15 December 2011

Sembang Rakyat Versus Oley!!


Dalam negara demokrasi, setiap orang diberikan kebebasan untuk memberikan pendapat masing-masing. Perbezaan pendapat amat penting. Sebab apa? Sebab kita diberi banyak ruang untuk memilih mana antara pendapat yang diutarakan itu benar-benar terbaik untuk dilaksanakan untuk manfaat orang ramai.

Lihatlah, dalam fiqh itu sendiri, terdapat empat orang imam yang menggariskan empat mazhab yang berlainan; Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali. Keempat-empat mazhab ini mengamalkan empat cara yang tersendiri dalam beribadat.

Ilmu Qiraat pula, Allah Subhanahu Wa Ta 'ala telah menurunkan sebanyak tujuh wajah bacaan al-Quran sebagai rukhsah buat hamba-hamba-Nya yang berlainan lidah.

Nabi pula sering bermesyuarat bersama para sahabat dalam pentadbiran baginda, berbincang untuk membangunkan Madinah, berbincang untuk merangka strategi peperangan, berbincang untuk membina atau memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar, juga berbincang untuk memastikan sosio-kehidupan rakyat di bawah naungan Madinah berada dalam keadaan yang harmoni.

Dan perbezaan pendapat ini diterima pakai oleh Barat sehinggakan mereka begitu berpegang teguh dengan hak tersebut dalam memajukan negara mereka masing-masing.

Dan lihatlah negara-negara di Eropah, kemajuan dalam sudut ekonomi, politik, pemikiran, taraf kehidupan, dan sebagainya begitu jauh ke hadapan berbanding di kebanyakkan negara-negara Islam. Seringkali kita dengar korupsi, diktaktor, perang saudara, kebuluran, dan pelbagai lagi masalah dikaitkan dengan negara Islam. Mengapa? Sebab perbezaan pendapat tidak lagi dihormati. Yang mengampu raja atau presiden diangkat manakala yang bercanggahan walau sedikit dihapuskan. Yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin bertambah melarat. Yang kaki bodek dan kaki kipas semakin selesa manakala yang enggan dianggap petualang.

Namun, bukan semua perkara boleh diperbahaskan dengan sesuka hati, apatah lagi bila ditambah dengan perasa seperti kata nista, kutuk-mengutuk, kejian, dan seumpamanya. Perbezaan pendapat mestilah disertai dengan ilmu yang berkaitan dengannya. Kalau main cakap ikut sedap mulut, ikut sedap nafsu, itulah yang akan jadi perpecahan, silap haribulan, jatuh akidah sekiranya apa yang diperlekehkan itu berkaitan dengan Allah dan agama.

Amat terkilan dengan pihak yang menerbitkan siri pendek "Sembang Rakyat" yang bertajuk "Lagi Hudud PAS". Lihatlah, begitu kejinya bahasa yang digunakan dan diselitkan dengan unsur menghina dan merendah-rendahkan orang lain, penuh dengan emosi dan kebencian. Tiada langsung fakta berkaitan dengan Hudud melainkan menghina hukum Allah. Menghina setiap arahan Allah bererti MENGHINA ALLAH.

Sudahlah tidak menutup aurat, ada hati nak cakap pasal hukum Allah.

Kata beriman kepada Allah tetapi derhaka dengan arahannya. Adakah dikira sebagai orang bertakwa? Umpama seorang anak yang mengakui ibunya sebagai orang yang melahirkannya, namun derhaka dengan setiap kata-kata ibunya. Adakah anak tersebut berhak mendapat gelaran anak yang soleh, anak yang baik? Sudah tentulah tidak, malah lebih sesuai digelarkan sebagai anak yang derhaka...!




Alhamdulillah, ada juga inisiatif pihak lain dalam membalas tohmahan tersebut. Perlu diingatkan, Allah menciptakan dua telinga dengan tujuan untuk mendengar daripada kedua belah pihak, baik yang menentang, mahupun yang menyokong. Kemudian gunalah akal dengan dipandukan iman untuk memilih mana yang benar.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada semua rakyat Malaysia terutamanya buat yang Muslim agar menerima Islam as our way of live.

Insha-Allah.


Cuba perhatikan pada minit ke-8:03 sehingga minit ke-8:50. Lebih kurang macam entry saya yang lepas, "Ikut Manual Pengeluar".

Tinta mencoret: "Mencuri gitar adalah haram. Curi hati, takpe".

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment