Selepas menerima kereta Viva WVL daripada Encik Jasmi selaku agen penjual, beberapa peraturan khas ditetapkan oleh pihak Perodua selaku syarikat pembuat kereta Viva.
Seribu kilometer pertama, saya dikehendaki menghantar kereta Viva saya untuk diservis pihak Perodua. Servis kedua ditetapkan Perodua pada kilometer yang ke 5,000, kilometer yang ke-10,000 bagi servis yang ketiga, dan setiap 10,000 kilometer bagi setiap servis yang seterusnya.
Bila cukup tempoh masa atau perbatuan, kereta perlulah diservis untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang terbaik. |
Pada servis yang pertama, saya ada bertanyakan satu soalan kepada seorang pegawai yang membuat inspection ke atas kereta Viva saya: "Kenapa kena hantar servis pada 1,000 kilometer pertama?"
Tau apa yang pegawai tersebut jawab?
"Encik perlu buat servis pada 1,000 kilometer yang pertama adalah untuk memastikan kereta yang encik terima elok dan tiada sebarang masalah."
Itu dalam bab servis-menyervis.
Dalam pemanduan pula, kereta Viva baru tidak digalakkan untuk dibawa melebihi daripada 90 kilometer sejam bertujuan untuk menyesuaikan keadaan dan kedudukan komponen utama agar serasi antara komponen yang lain.
Banyak betul pantang-larang yang ditetapkan Perodua, antara lain bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat kereta keluarannya.
Saya? Selalunya saya mengikut manual yang diberikan Perodua, cuma kadang-kadang, ada juga yang main langgar...
Setiap aspek pemanduan dan penjagaan kereta pastinya mempunyai cara yang tersendiri bagi memastikan jentera berada dalam keadaan yang terbaik dan mengurangkan risiko breakdown yang mana pasti ia akan menyulitkan lagi pemandu dan pemilik jentera tersebut.
Pastinya, setiap arahan seharusnya dipatuhi oleh pemandu dan pemilik yang mana ia ditetapkan oleh pihak Perodua selaku pembuat kereta tersebut, yang sudah mengkaji kaedah terbaik buat kenderaan tersebut.
Apa-apa sahaja jentera, perkakasan, atau benda yang dibeli pastinya dibekalkan sekali dengan manual penggunaan daripada pihak yang membuatnya, agar pengguna dapat menggunakan barang atau jentera yang dibelinya mengikut cara yang terbaik selain daripada mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.
Begitu juga dengan manusia. Setiap arahan yang ditulis dalam 'manual' seharusnya diikuti oleh semua manusia. Apakah 'manual' tersebut? Sudah tentulah a'-Quran dan as-Sunnah.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menjadikan manusia. Jadi, Dia lebih mengetahui apa yang baik, apa yang buruk terhadap ciptaan-Nya.
Jika sesuatu perintah yang ditetapkan oleh-Nya, tentu terdapat hikmah disebaliknya. Sama seperti kereta. Kenapa pihak pengeluar kereta menyarankan pengguna untuk hantar servis kenderaan pada setiap 10,000 kilometer? Sudah tentulah untuk memastikan keupayaan kereta berada di tahap yang terbaik. Kalau tidak ditetapkan seperti yang sedemikian, adakah pengguna akan menghantar kenderaannya untuk diservis? Belum tentu...
Tahniah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Agung Brunei Darussalam kerana mahun melaksanakan Akta Jenayah Islam di kawasan pemerintahan baginda walaupun perkara tersebut pernah dititahkan baginda pada 1996.
Kita bagaimana? Takkan nak tanya Sultan atau Agong sebab mereka tiada kuasa di sisi Perlembagaan untuk melaksanakannya.
Tentunya kuasa tersebut terletak pada tangan Perdana Menteri.
Tetapi apa jawapan Perdana Menteri dalam isu ini?
Fikirlah sendiri...
Tinta mencoret: Perdana Menteri lebih bijak daripada Allah yang menciptakannya...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment