Assalamualaikum wbt.. Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun .. Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda .. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..
Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN …"
“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”
“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”
" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”
“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”
“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .."" Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama.."
Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..
Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain ..
Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ?
Berapa banyak ?? Wallahualam ..
Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat .. Boleh share untuk manfaat bersama~
Pengarang asal tidak diketahui.
Dicopy-paste tanpa diolah ayatnya.
Solat Jumaat di Masjid Negara. |
Para pembaca yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sekelian.
Kali pertama saya menerima entry di atas adalah ketika saya masih lagi menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), cuma tak pasti sama ada ketika dalam tahun pertama atau kedua pengajian. Ketika itu, saya gemar membaca entry atau artikel daawa-related.
Sudah tentunya kita 'terbiasa' membaca entry-entry Islamik seperti di atas, sama ada dipost melalui Muka Buku, blog-blog, ataupun pelbagai medium lain.
Dan, kita dengan relanya menekan butang share untuk menyebarkan kepada semua kawan-kawan Muka Buku kita dengan niat untuk berdakwah, menyebarkan sedikit info, dan sebagainya.
Namun begitu, pernahkah kita tergerak hati untuk mengolah, mengupas, atau mengulas apa yang ditulis dalam entry tersebut? Just comment "Mohon share."
Tiada kata-kata ulasan atau pendapat daripada diri kita dimasukkan sekali ke dalam entry ataupun artikel yang kita sebarkan itu...
Kenapa tidak mahu mengulas? Wallahu a'lam. Itu kenalah tanya kepada empunya diri...
Berbalik kepada kisah di atas. Dikatakan bahawa telah datang dua orang lelaki sambil bersenjatakan machine gun yang diacukan terhadap lebih kurang seribu jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat, mungkin di masjid.
Lelaki bersenjata api tersebut kemudian mengeluarkan amaran kononnya menyuruh siapa yang berani mati kerana Allah sahaja yang kekal berdiri.
Maka, ramailah yang lari. Yang tinggal hanyalah 20 ORANG sahaja yang masih kekal berdiri KONONNYA berani mati semata-mata mahu menunaikan kewajipan solat fardu Jumaat. Lelaki tersebut menyuruh imam meneruskan Solat Jumaat bermakmumkan 19 orang jemaah dibelakangnya.
Sigh~ ~ ~
Firstly, saya nak tanya KHUSUS buat penulis asal artikel ini: "Siapakah guru agama anda?"
Ade ke main nama guru?
'Guru agama' kepada penulis asal pastinya seorang 'ustaz sesat'. Dan penulis tersebut pastinya pengikut sebuah ajaran sesat.
Kenapa?
Sebabnya, Solat Jumaat tersebut TIDAK SAH. Bukankah salah satu daripada syarat sah Solat Jumaat adalah terdiri daripada 40 orang jemaah?
Kemudiannya, apa motif lelaki tersebut mengacukan machine-gun ke arah jemaah? Adakah semata-mata mahu menghalau sang hipokrit daripada melakukan ibadat?
Siapakah kita untuk menilai apa yang ada dalam hati seseorang? Adakah benar mereka yang lari itu semuanya hipokrit?
Ketika Sumayyah dan suaminya, Yasir diseksa dan dibunuh kejam oleh Abu Jahal, Ammar, anak kepada Sumayyah dipaksa untuk keluar daripada keimanannya terhadap ajaran yang dibawa oleh Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wasallam. Ammar ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa selain menuruti setiap kata-kata Abu Jahal selepas melihat kedua ibu bapanya dibunuh di hadapannya.
Selang beberapa hari, turunlah ayat berikut:
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab daripada Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.
Atas paksaan sebegini, dengan melihat dua laras machine-gun, seorang satu, diacukan terhadap kita, adakah kita masih mahu merelakan diri untuk ditembak percuma daripada mereka? Itu mati katak namanya.
Dia tak kata nak bunuh...
Ada tak pencuri memberitahu akan memecah rumah kepada tuan rumah?
Ada tak pengintip memberitahu akan mengintai kepada orang yang diintai?
Ada tak perompak memberitahu akan merompak bank kepada pengurus bank?
Ada tak perogol memberitahu akan merogol kepada mangsa rogol?
Ada tak penyeludup memberitahu akan menyeludup barang kepada kastam?
Memanglah mereka tidak mengatakan mereka akan bunuh siapa yang masih terpacak berdiri di dalam saf. Namun, secara umum, sesiapa yang melihat seseorang asing mengacukan senjata kepada dirinya akan memikirkan bahawa nyawanya berkemungkinan melayang. Dan secara normalnya, tindakan untuk menyelamatkan diri pasti akan diambil secara spontan.
Sedangkan seorang sahabat Nabi (tak ingat nama) yang terkorban ketika perang (juga tidak ingat perang apa) tidak dimasukkan ke dalam syurga gara-gara tidak cuba menepis hayunan pedang musuh, inikan pula badan ditadah dengan peluru, jika ditembak...
Seterusnya, lelaki yang melakukan perbuatan tersebut yang kononnya mahu jemaah yang benar-benar berkualiti sahaja yang bersolat Jumaat pastinya telah membuat dosa besar, menghalang orang melaksanakan Solat Jumaat yang fardhu 'ain. Juga terhalang imam dan 19 orang jemaah yang masih tinggal untuk meneruskannya. Tanggunglah dosa 980 orang jemaah yang lari lintang-pungkang dan 20 orang yang masih tinggal yang tidak dapat meneruskan ibadah Solat Jumaat...
Orang nak solat jangan diganggu. (Gambar hiasan) |
Sudahlah menghalang orang melaksanakan solat,
Kemudian blah macam tu je, tak solat...
Mungkin dia bukan Islam kot. Mungkin...
Jadi, tolonglah baca bagi teliti, kemudian cuba kritik apa yang kita terima sebelum kita share atau sebar, dengan harapan setiap perkara yang disebarkan itu akan lebih berkualiti, lebih sesuai, dan lebih realistik berbanding menerima bulat-bulat. Niat penulis asal memang baik, namun penghasilan daripada hanya seorang sahaja belum tentu baik sekiranya tanpa komen dan kritikan membina daripada rakan sepasukan atau pihak lain.
Agak-agaklah, lelaki tu berani tak sergah jemaah di sini? |
Tinta mencoret: Mazhab mana ye yang membenarkan Solat Jumaat dengan 20 orang?
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan tambahan:
Perfect 20th
No comments:
Post a Comment