Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

26 October 2011

Evo Versus Ferrari Versus Kelisa...?


* * * BABAK 1 * * *

Hari ini, Pak Saleh ingin ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anak sulungnya yang menetap di TTDI.

Sebelum bertolak, Pak Saleh memeriksa terlebih dahulu kereta Kelisa yang akan dipandunya supaya kereta tersebut berada dalam keadaan yang baik.
Kelisa ini mirip-mirip Kelisa Pak Saleh.
Jam menunjukkan pukul 9.55 pagi, Pak Saleh bertolak dari rumahnya di Alor Gajah, Melaka.


* * * BABAK 2 * * *

Lima kilometer selepas persimpangan Nilai di Lebuhraya Utara-Selatan, kereta Kelisa yang dipandu Pak Saleh kehabisan minyak.

Pak Saleh tidak menyangka minyaknya akan habis kerana penunjuk aras minyak yang terdapat di keretanya telah rosak dan belum dibaiki.

Maka, tersadailah Pak Saleh dan kereta Kelisanya di tepi lebuhraya.

Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya, maka Pak Saleh menahan semua kenderaan yang memintas dengan harapan ada yang akan berhenti menolongnya.

10 minit berlalu, tiada sebuah kenderaan pun yang sudi berhenti menolong Pak Saleh.

Sumber gambar
Entah macam mana, selepas Pak Saleh kepenatan, sebuah kereta Ferrari berwarna merah berhenti. Maka, berlakulah dialog ini:

Pak cik, kereta rosak ke?
Minyak yo habeh. Ponek pak cik cubo tahan keto tapi sumo tak mau tolong pak cik...

Oh, macam tu. Pak cik nak ke mana?
Pak cik nak ko Kolumpo, nengok anak ee, dokek TTDI.

Eh, saya pun nak ke KL, tapi ke Cheras. Kalau macam tu, saya bolehlah tolong tarik kereta pak cik sekali, tapi saya tarik sampai stesen minyak sebelum tol Sungai Besi. Okey tak?

Elok bona ee kalau dapek tolong pak cik. Jangan bawa laju-laju bona ee, soram sojuk pak cik...
Okey. Tapi kalau pak cik rasa saya bawa laju, pak cik bagi la high beam ke, atau hon...

Pemandu Ferrari tersebut menarik kereta Kelisa Pak Saleh ke stesen minyak Shell sebelum plaza tol Sungai Besi.

* * * BABAK 3 * * *

Sebelum persimpangan Bangi, sebuah kereta Evo memintas kereta Ferrari yang menarik kereta Kelisa Pak Saleh.

Pemandu Ferrari 'terbakar' dengan kereta Evo tersebut memecut laju dan 'mencucuk-cucuk' belakang Evo yang sedia laju itu. Maka kedua-dua buah kereta itu saling berlumba di lebuhraya.

Kereta Kelisa Pak Saleh juga tidak ketinggalan, turut laju kerana ditarik oleh Ferrari.

Puas Pak Saleh bagi high beam dengan hon, namun Ferrari tersebut tiada tanda menunjukkan akan perlahan.

"Hampeh bona la mamat ni..."

Akibat perlumbaan tersebut, maka stesen minyak yang dijanjikan terlepas.

* * * BABAK 4 * * *

Entah macam mana, mereka melintasi kereta peronda polis jenis Waja.

Maka, polis tersebut menghubungi polis lain supaya menahan mereka.

"Oit, sat lagi, hang tahan tiga bijik keta ni, depa dok lumba."
"Okey, keta apa?"
"Keta Evo sebijik, pastu ferrari sebijik, pastu satu keta lagi ni mesti hang tak caya na..."
"Keta apa satu lagi tuh?"
"Kereta Kelisa je, pak cik tua pulak tu yang drive, siap bagi high beam nak potong Ferrari tuh. Gila bapak laju..."

Ketiga-tiga kereta tersebut; Evo, Ferrari, dan Kelisa milik Pak Saleh ditahan kerana didapati bersalah melanggar had laju yang ditetapkan...

Diinspirasikan daripada status kawan di Muka Buku

Tinta mencoret: Pandu cermat, jiwa selamat.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment