Kes rogol semakin menjadi-jadi. Kali ini, mangsa bukanlah kaum Hawa yang cun sahaja, bahkan turut menjadi tempias nenek tua dan kanak-kanak yang sekali imbas tiada langsung nafsu ke atas mereka bagi lelaki normal.
Sumber |
Bukan itu sahaja, adik, adik ipar, anak tiri, cucu, dan sewaktu dengannya turut menerima tempias kaum keluarga sendiri yang rakus untuk memenuhi nafsu serakahnya.
Tidak hairan jika mangsa itu tiada pertalian darah yang rapat dengan sang pemangsa. Tetapi lelaki sebegini 'rembat' tak kira siapa, maka sumbang mahram berlaku...
Bukankah lelaki itu dijadikan sebagai pelindung kepada wanita?
Harapkan pagar, pagar makan padi...
Agak-agaklah, siapakah yang menjadi punca kes rogol termasuk sumbang mahram semakin meningkat saban tahun? Lelaki, pondan, atau perempuan?
Oh, perempuankah yang menjadi puncanya?
Saya bersetuju bersyarat dengan kenyataan ini.
Keadaan wanita dewasa ini sememangnya mengliurkan para lelaki, bukan sahaja yang bujang, bahkan yang sudah berumah tangga. Pakaian yang dikenakan mereka tidak menepati kehendak syarak.
Sabda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam,
Sabda Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam,
صنفان من أهل النار لم أرهما قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رءوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا
Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernahku lihat; kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mana mereka menggunakannya untuk memukul orang lain, dan wanita yang BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggang-lenggok (bertujuan menarik perhatian orang lain), kepalanya umpama bonggol unta. Mereka tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, bahkan baunya juga tidak dapat dicium, sedangkan haruman syurga itu dapat dihidu dari jarak begini dan begini (isyarat menunjukkan jarak yang begitu jauh).
Jika bertudung sekalipun, tudung mereka tidak diiktiraf syarak.
Bertudung tetapi berbaju lengan pendek.
Bertudung tetapi mengenakan jeans ketat dan sendat.
Bertudung tetapi berlegging.
Bertudung tetapi berjambul.
Lagi teruk; bertudung tetapi gedik tahap gaban...
Yang bertudung turut mengumpan nafsu sang lelaki, apatah lagi jika wanita tersebut berpakaian tetapi telanjang, yang menunjukkan bahagian-bahagian yang boleh mengliurkan.
"Semua salah pompuan. Habis tu, yang lelaki tak kuat iman tu sape suruh? Salah merekalah sebab tak kuat iman. Bukan kata pompuan seksi, nenek tak de gigi pun diorang sapu..."
Ya, kenyataan ini juga saya setuju bersyarat.
Lelaki juga salah satu punca. Manakan mungkin nenek tiada gigi menjadi mangsa. Adakah terdapat sesuatu kelebihan yang ada pada nenek tersebut yang boleh menggugat iman si lelaki?
Sudah tentunya lelaki tersebut tidak memiliki iman yang mampu menahan dirinya daripada melakukan maksiat tersebut.
Jadi, salah siapa?
Kedua-duanya salah, baik lelaki, mahupun wanita.
Mengapa? Sebabnya, kedua-duanya tidak mengamalkan kehidupan yang Islami, kehidupan yang mengikut manual yang ditetapkan Si Pencipta.
Wanita yang berpakaian tetapi tidak menepati garis panduan Islam pastinya akan menarik perhatian lelaki. Kali pertama, pastinya lelaki terbabit mampu menahannya, tetapi bagaimana pula sekiranya setiap hari lelaki tersebut melihat wanita yang seksi? Bukan sahaja lelaki yang lemah iman, imam masjid pun boleh tercabut serban.
"Kenapa pula nenek pula yang menjadi mangsa? Kenapa bukan si pompuan seksi tuh?"
Bagaimana dengan wanita mendedahkan aurat di dalam kaca televisyen, akhbar, majalah, internet, papan iklan, dan sebagainya? Sudah semestinya wanita tersebut tiada di depan matanya, hanyalah gambar semata-mata. Jadi, wanita berhampiran yang langsung tidak mengganggu nafsunya yang akan menjadi mangsa akibat tindakan lelaki tersebut yang terlebih 'dos' melihat gambar-gambar yang 'mengghairahkan'.
Penyelesaiannya, haruslah kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Wanita berpakaian yang menutup semua kecantikan badannya agar tidak menjadi perhatian, lelaki pula menjaga pendangannya, membimbing kaum Hawa agar sama-sama hidup dalam landasan Islam, membina masyarakat madani yang takutkan Tuhan.
Tinta mencoret: Kalau masih tak tahan, kahwinlah cepat-cepat...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment