HIMPUN, Himpunan Sejuta Umat akan diadakan pada esok, Sabtu, 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam.
Tujuan?
HIMPUN bertujuan untuk menzahirkan kekuatan akidah dan keimanan Islam DAN memberi amaran kepada semua pihak yang cuba untuk mengeksploitasi isu yang berkaitan dengannya.
Siapa penganjur?
Puluhan badan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu untuk melaksanakannya, antaranya; PEMBELA, ISMA, TERAS, PEMBINA, DPMM, MUAFAKAT, PPIM, MAPIM, ACCIN, PEKIDA, PBTM, PBPM, PKPIM, GAMIS, MUNSYID, FORKAD, GWGFM, PGSM, IKRAM, PERKASA, HALUAN, GPMS, dan sebagainya.
Pemuda PAS dan Pemuda UMNO juga menyatakan sokongan terhadap usaha ini.
Alhamdulillah, masih ada lagi umat Islam khususnya anak muda yang mahu menzahirkan pegangannya yang teguh terhadap Islam serta cuba untuk menghalang mana-mana pihak daripada cuba untuk menggoyahkan keimanan individu yang bergelar Muslim.
Seperti Bersih 2.0, saya mengambil keputusan untuk TIDAK MENGHADIRI himpunan ini. Tidak hadir tidak bermakna tidak menyokong. Saya menyokong Bersih 2.0 atas objektif yang diperjuangkannya. Dan tidak semestinya saya menyokong 100 peratus HIMPUN sebagaimana saya menyokong Bersih 2.0 secara 'jarak jauh'.
Walaupun objektif HIMPUN murni, mahu menunjukkan keseriusan kita dalam berhadapan dengan isu berkaitan soal akidah, namun dapatan daripada himpunan ini boleh dipertikaikan; adakah umat Islam akan bertambah teguh keimanan mereka?
Wallahu a'lam bissowab.
Adakah keimanan akan bertambah hanya dengan himpunan ini? Tidak.
Setakat pergi, laung takbir, dengar ceramah, lepas balik, just gone with the wind, langsung tidak mendatangkan sebarang faedah.
Cuma mungkin, pihak sekretariat mempunyai agenda jangka panjang untuk menjaga akidah umat Islam.
Tetapi, pada sisi peserta HIMPUN, adakah mereka bersama dengan agenda tersebut?
Dalam isu ini, HIMPUN tidak boleh disamakan dengan peristiwa Natrah.
Dalam isu Natrah, masyarakat Melayu Muslim bangkit merusuh kerana mahkamah memutuskan supaya Natrah yang selama ini dibesarkan oleh Aminah diserahkan kepada ibu bapa kandungnya yang merupakan penganut Katolik.
HIMPUN, yang dikaitkan dengan peristiwa DUMC pada 3 Ogos 2011 dan pemurtadan umat Islam di Malaysia, semuanya berlaku atas kerelaan mereka sendiri untuk murtad, bukan atas paksaan seperti kes Natrah.
Mengapa mereka murtad atas kerelaan mereka?
Firstly, kefahaman mereka berkaitan akidah Islam terlalu sedikit. Kempen dan dakwah berkenaan Islam terlalu kurang dan sepi di negara kita. Bukan itu sahaja, setiap daripada kempen tersebut tenggelam dengan lambakan hiburan yang mengasyikkan. Sudahlah sedikit, disekatnya semua perkara yang berkaitan dengan dakwah.
Ditambah lagi dengan kemalasan mereka mencari hidayah, bertambah-tambahlah ketidakfahaman mereka terhadap Islam.
Bila kurang faham, pegangan akidah lebih mudah goyah.
Pendakwah perlukan TAULIAH untuk berdakwah,
sedangkan mubaligh hanya perlukan TINDAKAN sahaja...
Yang seterusnya, sebahagian daripada mereka yang murtad terdiri daripada golongan yang susah dan miskin. Oleh kerana kesempitan hidup, mereka 'terpaksa' menerima 'sumbangan' daripada pihak-pihak tertentu yang didalangi oleh gereja.
Mengapa cepatnya jari kita menuding ke arah gereja sekiranya mereka melakukan 'amal jariah' terhadap golongan yang susah? Salahkah mereka 'membantu'? Salah sebab mereka ada agenda tersembunyi. Agenda tersebut bukanlah menjadi rahsia kerana sebagai organisasi yang bernaung di bawah gereja, pastinya matlamat untuk mengembang-biak jumlah penganut agama mereka menjadi salah satu matlamat mereka. Mereka menunjukkan mereka prihatin sebagai salah satu usaha mereka menarik golongan sasar agar terpengaruh dengan dakyah mereka dengan cara tingkah laku. Sama juga dengan gerakan Islam di Barat, mereka juga berdakwah menggunakan method yang hampir sama dengan organisasi naungan gereja di sini.
Selagi pemerintah yang diberi kuasa GAGAL untuk melaksanakan SISTEM ALLAH, selagi itulah kita akan melihat sedikit demi sedikit umat Islam meninggalkan Islam. Jangan terkejut suatu masa nanti, orang yang beriman kepada ke-Esaan Allah menjadi minoriti, sedangkan bangsa Melayu yang KONONnya dikatakan Islam itu masih dominan.
Kesimpulannya,
Relevankah HIMPUN jika SAR disekat bantuan?
Relevankah HIMPUN jika pendakwah WAJIB bertauliah?Relevankah HIMPUN jika hiburan semakin berlambak-lambak?
Relevankah HIMPUN jika anak gadis dibiarkan 'terbogel' dijalanan?
Relevankah HIMPUN jika kerap dimomokkan dengan tahyul di layar perak?
Relevankah HIMPUN jika SISTEM ALLAH DIANAK-TIRIKAN?
Relevankah...?
Tepuk dada, fikirlah sendiri.
Tinta mencoret: Kita ada kuasa untuk mendaulatkan Islam, dengan hanya satu undi. Satu Undi, Satu Kemenangan, Satu Malaysia.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan tambahan:
MiloSuam.com
No comments:
Post a Comment