قال الرسول صلى الله عليه وسلّم
إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة
قال كيف إضاعتها يا رسول الله؟
قال إذا أسند الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam bersabda: Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu sahajalah kedatangan Hari Kiamat. (Seorang sahabat) bertanya "Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya (bukan bidangnya), maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat.
HR Bukhari, Ahmad, Baihaqi, dan Ad-Dailami
Isu tauliah kini bergema lagi. Jika sebelum ini, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) ditahan oleh penguatkuasa JAIS kerana memberikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman milik persendirian di Hulu Kelang, kemudian YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pula disuruh memberi keterangan kerana berkuliah di dalam surau tanpa permit di Klang, dan yang terbaru pula, Bob Lokman ditahan di Hulu Langat, juga atas sebab yang hampir serupa, berceramah tanpa permit.
Berdasarkan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, mana-mana individu yang tidak dibenarkan untuk mengajar berkenaan Islam kecuali individu tersebut memiliki tauliah daripada pihak yang diberi kuasa untuk mengeluarkan tauliah di Selangor.
Isu tauliah sememangnya 'hangat' di Selangor.
Terdapat pro dan kontra terhadap perlunya tauliah untuk mengajar dan berceramah agama di surau-masjid.
Sememangnya, undang-undang yang meletakkan kepentingan perlunya tauliah sebelum dibenarkan mengajar agama di surau-masjid sebenarnya mempunyai banyak kebaikan, sebagai salah satu cara untuk membendung merebaknya ajaran sesat.
Setiap orang yang mahu mengajar diteliti terlebih dahulu tahap pengetahuan mereka dalam bidang agama sebelum diberikan tauliah dan kebenaran untuk mengajar bagi memastikan setiap ilmu yang mereka sampaikan sejajar dengan Islam dan bukan rekaan.
Tauliah juga mampu membendung aktiviti-aktiviti yang boleh menyesatkan akidah umat Islam daripada disesatkan oleh ajaran sesat yang disebarkan oleh 'ustaz-ustaz' sesat.
Tetapi, adakah dengan wujudkan tauliah ini, ajaran Islam yang sebenarnya semakin subur dalam masyarakat Islam di Selangor?
Tidak.
Mengapa saya menidakkannya? Lihat sahajalah di Selangor, adakah kefahaman Islam menebal di kalangan penduduk Islam Selangor?
Sudahlah diwajibkan kepada penceramah untuk memiliki tauliah, kemudian diperketatkan lagi syarat tersebut dengan setiap pengamal dakwah yang berada di landasan politik tidak boleh diberikan tauliah.
Alasan yang diberikan, dibimbangi mereka akan mempergunakan surau-masjid sebagai tempat untuk meraih populariti mereka sebagai seorang ahli politik.
Sekiranya begitu, mengapa mereka senyap ketika 'Ustaz Kamal' mempergunakan masjid bagi kepentingan politiknya?
Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk 'Ustaz Kamal'.
|
Tauliah sememangnya satu perkara yang bagus dan baik jika ia dilaksanakan dengan betul. Namun begitu, tauliah juga menjadi batu penghalang terhadap berkembangnya Islam jika enakmen berkaitannya disalah guna oleh beberapa pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu.
Fikirkan untuk mengembangkan ajaran Islam,
Fikirkan untuk menonjolkan keindahan Islam,
Fikirkan untuk memahamkan masyarakat berkenaan Islam,
Fikirkan untuk mendaulat dan menjulang Islam,
Bukannya bertindak menyekat masyarakat daripada Islam...
Tidak terkejut dengan peristiwa DUMC, orang Islam murtad.
Itu di Selangor, bukan di Kelantan...
Tinta mencoret: Bila urusan diserahkan kepada mereka yang tiada kelayakan terhadapnya, maka tunggu sahajalah saatnya...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment