Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 October 2011

HIMPUN Part 2: Fail!


Semalam, Lebuhraya Persekutuan sesak di kedua-dua arah, mahu yang menghala ke Kuala Lumpur, juga yang menghala ke Shah Alam. Kesesakan yang menghala ke Shah Alam berpunca daripada persimpangan yang menghubungkan ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Dan selepas persimpangan LDP, Alhamdulillah, jalan lancar.

Nak ke mana tu? Nak pergi HIMPUN ker?
Eh, tak lah...

Perancangan last minute, saya dan sahabat, Fakhrul Razi merancang untuk keluar bersiar-siar di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. So, saya ke Shah Alam untuk menjemputnya.

Jadi, saya ke Shah Alam bukan kerana mahu ke HIMPUN.

Saya tiba ke rumah lebih kurang 10.35 malam. 'Excited' juga nak baca pasal HIMPUN.

Terdapat beberapa versi tentang kehadiran peserta HIMPUN.

Sumber
Utusan Malaysia mengatakan 10,000.
Malaysiakini mengatakan hanya 5,000.
Berita Harian pula 1,000.
Jadi, kita ambil jalan tengah, hanya 5,000 sahaja yang hadir ke HIMPUN.

Kesimpulannya, Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan lebih kurang 70 ribu 'berjaya' menampung jumlah peserta HIMPUN. Sekiranya hanya 5,000 orang sahaja yang hadir, ada lebih kurang 65 ribu kerusi yang masih kosong. Kenapa diadakan di sebuah stadium yang teramat besar sedangkan terdapat stadium kecil yang berkapasiti 5,000 orang sahaja?

Jadi, jika dilihat daripada sudut kehadiran, Himpunan SEJUTA Umat boleh dikatakan gagal.

Apa-apa pun, tujuan asal HIMPUN yang baik tidak mampu untuk menarik minat masyarakat Muslim Malaysia (termasuk saya) untuk hadir berhimpun. Pada saya, bukan perhimpunan itu menjadi ukuran, tetapi tindakan yang bakal diambil selepas daripada HIMPUN adalah lebih penting. Sekiranya terdapat rancangan masa panjang daripada pihak HIMPUN untuk memberikan kefahaman Islam, makanya itu lebih utama daripada berhimpun kemudian balik tanpa ada apa-apa tindakan susulan.

Saya sependapat dengan Tok Mamu bahawa kunci penyelesaian adalah dengan cara dakwah.

Apa gunanya HIMPUN sekiranya kita masih memperkotak-katikkan hukum Allah?





So, fikir-fikirkanlah sendiri.

Tinta mencoret: I'm supporting the Islamic way of life.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments: