Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

16 September 2011

Mereka Akan Mengambil PSRA


Terlewat sedikit sampai ke Desa Putra, semalam. SRA Desa Putra mengadakan solat hajat, mendoakan kejayaan anak-anak murid yang bakal menghadapi peperiksaan besar.

Tak sangka bila melihat bekas anak-anak murid sudah membesar, dan kini mereka bakal menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.

Ketika saya tiba di SRA Desa Putra lewat senja semalam, sebahagian daripada mereka mengerumuni saya, bersalaman dengan seorang yang pernah menjadi guru mereka yang paling garang. Raut wajah masing-masing masih saya ingat, cuma nama sahaja yang saya lupa.

Akram, ketua kelas 5 Umar, masih saya ingat, cuma namanya sahaja yang saya lupa.

Zaim, seorang murid yang ceria dengan senyumannya, telatahnya juga masih dalam kenangan.

Fatini, penolong ketua kelas, seorang yang ramah dengan saya.

Ammar, walaupun kurang dari sudut pelajaran, tetapi rajin ke surau.

Najah, Iskandar, Abid, Akid, dan yang lain yang terlupa nama tetap diingati...

13 September 2011

Pluto Bukan Planet?


Macam biasa, selepas sesi persekolahan, Zikry akan mengaji bersama-sama saya manakala Che Wan dan Muidz menghafal beberapa potong ayat al-Quran daripada Juzuk Amma. Semalam (12 September), selepas perhimpunan, Zikry dan Che Wan bergegas ke pagar, tak sempat mengaji kot...

Muidz sahaja yang setia, menghafal Surah al-A'la, antara surah yang dimasukkan ke dalam silibus tahun 4.

Selepas Muidz berjaya menghafal beberapa ayat yang telah ditetapkan, saya berbual dan berbincang dengan Muidz tentang beberapa perkara.

Saya kurang ingat butir-butir perbincangan saya dengan seorang anak murid saya dari 4 Ibnu Rusyd, Muidz namanya.

Tetapi, perbincangan akhirnya tertumpu kepada Sistem Solar yang menempatkan Bumi, tempat kediaman kita.

Sudah lama tidak update ilmu berkaitan dengan Sains, especially bidang Astronomi. Ketika sekolah rendah, bab yang paling saya gemar dalam mata pelajaran Sains adalah bab yang memperkenalkan kepada planet-planet. Bab lain yang menceritakan tentang fotosintesislah, siratan makananlah, atau setiap perkara yang berkait rapat dengan biologi dan kimia sememangnya tidak saya gemari. Fizik tu ada la minat sikit-sikit sebab dia ada kira-kira.

10 September 2011

Suruh Solat

Naqib bersedia untuk solat Zohor.


رأس الأمر الإسلام وعموده الصلاة
Kepala urusan kehidupan adalah Islam, dan tiangnya adalah solat.
HR Ibn Majah dan an-Nasa'ie dalam as-Sunan al-Kubra

Sesi petang persekolahan SRA Bandar Seri Putra bermula jam 2.30 petang. Sekolah ini tak seperti SRA Desa Putra, di mana kesemua murid-muridnya akan bersolat Zohor secara berjemaah sebelum masuk ke dalam kelas untuk memulakan pembelajaran.

Di sini, boleh dikatakan hampir separuh (anggaran mengikut mata kasar) murid-murid datang ke sekolah melepasi 2.20 petang, waktu di mana murid-murid berbaris di luar kelas untuk mengalunkan bacaan Asma-ul-Husna secara beramai-ramai sebelum mengaminkan bacaan doa yang kebiasaannya dibacakan oleh Ustaz Misnan ataupun pengawas yang bertugas.

Lebih malang lagi, ada yang tiba lewat, jam 3 petang. Sekiranya pelajaran pertama hanya 30 minit, maknanya, murid yang lewat tersebut sudah ketinggalan satu pelajaran yang diajar guru tersebut.

08 September 2011

Speaking English, Please...


Hadif, antara murid yang mewarnakan sesi pembelajaran di dalam kelas 4 Ibnu Bathutah.
"Idgham terbahagi kepada berapa bahagian? Okey, Hadif. Jawab."
"Two."
"Apa?"
"Two."
"Oh, two. That's right. Sit down."
"Ooo, nak cakap omputeh ye. Okey, saya ajar dalam bahasa omputeh..."

07 September 2011

Ayat Buku, Bukan Ayat Ilmu


Qasyful sedang mengulangkaji pelajaran.
Semalam, saya memberi tugasan kepada murid-murid kelas 4 Ibnu Sina.
Hari ini pula, kelas 4 Ibnu Khaldun.

Kedua-dua kelas ini adalah kelas terkehadapan berbanding tiga kelas yang lain; 4 Ibnu Rusyd, 4 Ibnu Bathutah, dan 4 al-Razi.

Apa tugasan yang saya berikan?

Mudah sahaja. Mereka dikehendaki membaca dan memahami tajuk Qalqalah, bermula daripada pengertian Qalqalah itu sendiri, huruf-hurufnya, sehinggalah kepada bahagian-bahagian Qalqalah.

Baca dan FAHAM.

Lepak Malam


Lelaki bujang macam saya pastinya kaki keluar malam. Ada sebahagiannya pergi karok, sebahagiannya tengok wayang, sebahagiannya tengok match EPL, dan ada juga yang perabih masa lepak ramai-ramai bersama di warung atau restoran mamak atau nama glamournya "maple".

Ntah siapa bagi nama "maple" tu...
Antara menu popular di restoran mamak.
Balik rumah pepagi buta, lepas tu membuta sampai tengahari buta.

Wordless Wednesday #7


05 September 2011

Aidilfitri 1432H: Shopping Sakan


Credit to Cik Zahida atas sumbangan gambar.
Tempohari, kami beriftar bersama-sama di Tasik Idaman, kali ini berkonvoi bersama-sama ke hulu, ke hilir. Maaf kerana saya hanya dapat bersama di satu rumah sahaja, baki tiga rumah lagi tak dapat nak join atas beberapa faktor.

Seronok. Seronok bila dapat bersua lagi muka kawan-kawan yang belajar semeja, solat setikar, makan sedulang, mandi sekolah, tidur sebantal, bermain sepadang ketika di SAM Sungai Merab Luar dan SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

04 September 2011

Aidilfitri 1432H: Duit Raya







Sebut sahaja duit raya, pastinya anak-anak berlumba-lumba berkumpul. Tidak kurang juga yang bersaing secara aggresif, siapa yang peroleh duit raya terbanyak.

Sekiranya tiada budaya duit raya, bagaimanakah suasana berhari raya bagi anak-anak kecil? Pastinya kita tidak terbayang kesuramannya.

Kini, tiada lagi kumpulan anak-anak datang beraya rumah ke rumah. Tidak pastilah sekiranya masih terdapat di kampung-kampung tradisi. Raya tahun ini, hanya ada sekumpulan tiga beranak dari Kem Wardieburn, Setapak sahaja yang bertandang untuk beraya di rumah. Tidak seperti dahulu, setiap hari, pastinya rumah diserbu setiap hari sehinggalah seminggu Syawal.