Credit to Cik Zahida atas sumbangan gambar. |
Tempohari, kami beriftar bersama-sama di Tasik Idaman, kali ini berkonvoi bersama-sama ke hulu, ke hilir. Maaf kerana saya hanya dapat bersama di satu rumah sahaja, baki tiga rumah lagi tak dapat nak join atas beberapa faktor.
Seronok. Seronok bila dapat bersua lagi muka kawan-kawan yang belajar semeja, solat setikar, makan sedulang, mandi sekolah, tidur sebantal, bermain sepadang ketika di SAM Sungai Merab Luar dan SAM Bandar Baru Salak Tinggi.
Thanks yeah to my beloved friends. Kenangan kita bersama dahulu akan dikenang walaupun tadi tengok muka macam dah tak kenal...
Masing-masing bergaya. Ada yang drive Vios putih. Pergh! Aku je yang naik Viva...
Insya-Allah, tahun depan kita konvoi lagi ek. Tapi kena buat planning dan inform awal la ye...
Penat, sebab drive dari KL ke Sepang. Nak buat macam mana, family tinggal di KL, bukannya di Sepang. Lain tahun, kalau ada rezeki, bawa orang rumah pula, boleh jadi second driver.
Raya tahun ni memang banyak berhabis duit. Mulanya pasang radio di Viva WVL, kemudian shopping beli satu suit baju Melayu. Dah bergaji lebih, takkan mak dan abah tak dibeli sesuatu. Kuih raya lagi, barangan dapur. Kira-kira sampai da terlajak guna duit simpanan.
Aduh...
Budget perjalanan ulang-alik dari rumah ke tempat kerja juga terusik...
Budget untuk makan pun dah licin...
Budget untuk sambung study pun dan kering...
Budget untuk service kereta pun dan habis...
Inilah akibatnya tidak beringat sebelum kena.
Berkira-kira semula, terfikir, macam mana nak survive untuk sebulan ni? Kalau nak tunggu gaji, jawabnya hujung bulan baru la bernafas. Sekarang masih awal bulan lagi.
Tawakkaltu 'alallah. Tawakal itulah jalan terbaik. Tapi usaha juga nak cari kawan untuk pinjam sekejap dua tiga puluh sen.
* * * PENAT? * * *
Malam ni pula mata buat hal, tak mahu lelap. Sedangkan esok saya sudah mula bertugas seperti biasa.
Kalau ikutkan, sepatutnya kalau dah drive dari KL ke Sepang, kemudian balik semula ke KL, pastinya badan akan jadi penat dan lebih mudah mengantuk. Tapi lain pula jadinya.
Lepas melayan rancangan di Astro Oasis bersama mak abah, mata liat nak tidur.
Kebiasaannya, sedang melayan Muka Buku dengan asyiknya, mata mudah terlelap, Akhirnya komputer riba yang melayan posisi tidur saya yang pelbagai. Sesudah saya bangun, kelihatan komputer riba saya 'terpelanting' akibat di'terajang' saya tika tidur.
Mana la sedar...
Tidak pada malam ini. Walaupun rasa keletihan, namun mata liat untuk lelap. Aduh...
Jadi, untuk mengisi masa yang dirasakan membazir sekiranya hanya tergolek-golek atas tilam, saya nekad untuk terus berjaga.
Terfikir, apa nak buat. Yang pastinya, sesudah solat Subuh, saya kena paksakan diri untuk bergegas ke sekolah, takut-takut kalau terus-terusan di rumah, mata akan terlelap terus sehingga melewati waktu bertugas.
Saya menyalakan lampu bilik untuk mengemas bilik yang agak bersepah. Maklumlah, bila kabut nak bersiap untuk keluar beraya, maka persalinan baju dan accessories dicampak dan dilempar merata-rata. Kadang-kala balik agak lewat sehinggakan terasa agak malas untuk mengemas.
Sedangkan sehari sebelum raya, bilik sudah dihias cantik, bak kamar pengantin!
Tatkala mengemas, saya terjumpa satu harta karun yang agak bernilai, helaian-helaian note Ringgit yang tersorok di lokasi yang agak tersembunyi di dalam bilik.
Allah jadikan diri ini pelupa yang serious dan boleh dikatakan sedikit cuai dalam mengendalikan sesuatu perkara, pastinya tiada siapa suka jadi seorang yang pelupa dan cuai.
Namun begitu, sifat pelupa dan cuai yang saban hari cuba untuk diperbaiki ini adalah ujian. Allah menimpakan sifat pelupa ke atas diri dalam menguruskan helaian Ringgit tersebut sehinggakan di'hijab'kan-Nya.
Ringgit tersebut akhirnya menjadi fixed deposit kepada sehinggakan tiba suatu ketika yang saya benar-benar memerlukannya.
* * * TANPA DIDUGA * * *
Ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan situasi sebegini. Kita mengharapkan Allah membantu kita, akhirnya Allah memberikan jalan keluar dari punca yang langsung tidak kita sangkaan.
Mana sangka, sifat pelupa saya menjadikan duit tersebut tersorok dan muncul ketika saya benar-benar terdesak?
Keadaan ini selalunya memuhasabahkan diri saya, adakah saya benar-benar layak untuk dimakbulkan setiap permintaan sedangkan mulut tidak langsung mahu berhenti daripada menyakiti hati orang, tangan pula tidak berhenti daripada melakukan kerosakan, kaki pula bergerak pantas ke tempat-tempat yang salah, mata suka sangat melihat perkara yang tidak elok, telinga suka menadah dendangan lagu yang bercanggah, hati pula lalai daripada mengingati Si Pencipta!
Setiap anggota penuh dengan dosa, masakan mahu didengar setiap rayuan daripada di pembuat dosa? Yakin sahaja tidak mencukupi...
Namun Allah tetap mendengarnya, dan Dia juga tetap menunaikan permintaan hamba-Nya yang masih mengharapkan pertolongannya.
Allah mengkhabarkan agar kita bertakwa kepada-Nya dan Dia akan memberikan pertolongan dari mana-mana arah tanpa kita jangka. Itu janji-Nya dan dia mengotakan setiap janji yang dibuat.
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan ada baginya jalan keluar (dari segala kesukaran). Serta dikurniakan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa bertawakkal dan berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar
Alhamdulillah, ringan sedikit bebanan bulan ini...
Tinta mencoret: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
No comments:
Post a Comment