Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 September 2011

Lepak Malam


Lelaki bujang macam saya pastinya kaki keluar malam. Ada sebahagiannya pergi karok, sebahagiannya tengok wayang, sebahagiannya tengok match EPL, dan ada juga yang perabih masa lepak ramai-ramai bersama di warung atau restoran mamak atau nama glamournya "maple".

Ntah siapa bagi nama "maple" tu...
Antara menu popular di restoran mamak.
Balik rumah pepagi buta, lepas tu membuta sampai tengahari buta.

Saya? Hehehe... kadang-kadang ada la keluar, lepak-lepak. Tapi bukan selalu. Itu pun kalau ada match Arsenal. Kalau tak, nak keluar pun malas. Maklumlah, kawasan sekitar rumah antara hotspot jenayah. Agak berbahaya bila berseorangan ketika balik.

"Apa faedahnye korang melepak kat maple sampai pepagi?"

Melepak di restoran mamak ni sebenarnya 'banyak' kelebihannya pada pandangan orang muda.

Kebanyakkan restoran mamak terutamanya di sekitar Lembah Kelang dilengkapi kemudahan WiFi berkelajuan tinggi. Kemudahan WiFi inilah antara punca anak-anak muda melepak di restoran-restoran mamak selama berjam-jam lamanya dengan hanya mengorder segelas air.

"Teruk betul korang ni ye... Apa kena mengena WiFi free dengan lepak?"

Bila dah dapat WiFi free, apa lagi, macam-macamlah yang didownloadnya, movies, video clips, silap-silap video seks pun terdownload sama. Ops...

"Astaghfirullah al-adzim. Tak baik fitnah orang, okey!"
"Okey, okey. Aku tak fitnah lagi."
"Entah-entah, kau yang download video tak senonoh tu kot..."
"Eh, simpang malaikat 44. Tak baik fitnah-fitnah tau."




Gadget apa yang anak-anak muda ni guna untuk mendownload movies dan segala bagai ni? Apa lagi kalau bukan menggunakan komputer riba kan? Kalau guna Iphone, boleh ke? Kalau J10i saya hanya boleh mengakses internet je, nak download file sebesar sebuah movie, memang tak dapat la...

Komputer riba yang berbagai-bagai brand ni akhirnya...

"Akhirnya apa?"

Eloklah ditonton video di bawah ini terlebih dahulu sebelum saya menyambung taip.




Video di atas ini dicedok dari MiloSuam.com dan dikatakan ia berlaku di sebuah restoran mamak di sekitar Seksyen 15 Shah Alam. 

Dah tau ke apa yang saya nak sampaikan?

Kalau nak lepak lama-lama kat restoran mamak sampai pagi, jangan bawa komputer riba. Sebabnya komputer riba ini akan menarik perhatian penyangak-penyangak ini untuk merampas komputer anda atau PARANG AKAN DIACU KE TENGKUK.

Berhati-hati dengan segala barang berharga yang kita bawa ketika di restoran mamak.

Tinta mencoret: Elok lagi kalau buat Qiamullail...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment