Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 September 2011

Pluto Bukan Planet?


Macam biasa, selepas sesi persekolahan, Zikry akan mengaji bersama-sama saya manakala Che Wan dan Muidz menghafal beberapa potong ayat al-Quran daripada Juzuk Amma. Semalam (12 September), selepas perhimpunan, Zikry dan Che Wan bergegas ke pagar, tak sempat mengaji kot...

Muidz sahaja yang setia, menghafal Surah al-A'la, antara surah yang dimasukkan ke dalam silibus tahun 4.

Selepas Muidz berjaya menghafal beberapa ayat yang telah ditetapkan, saya berbual dan berbincang dengan Muidz tentang beberapa perkara.

Saya kurang ingat butir-butir perbincangan saya dengan seorang anak murid saya dari 4 Ibnu Rusyd, Muidz namanya.

Tetapi, perbincangan akhirnya tertumpu kepada Sistem Solar yang menempatkan Bumi, tempat kediaman kita.

Sudah lama tidak update ilmu berkaitan dengan Sains, especially bidang Astronomi. Ketika sekolah rendah, bab yang paling saya gemar dalam mata pelajaran Sains adalah bab yang memperkenalkan kepada planet-planet. Bab lain yang menceritakan tentang fotosintesislah, siratan makananlah, atau setiap perkara yang berkait rapat dengan biologi dan kimia sememangnya tidak saya gemari. Fizik tu ada la minat sikit-sikit sebab dia ada kira-kira.

Setahu saya berdasarkan pembelajaran saya semasa sekolah rendah, belasan tahun lalu, Sistem Suria memiliki sembilan buah planet (klik pada gambar), dimulai Utarid atau Mercury, Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus, Neptun (Neptune), dan yang terakhir ada Pluto.
Perbincangan akhirnya tertumpu kepada orbit planet-planet. Muidz melakarkan orbit-orbit setiap planet di white board.

Nampaknya kesemua orbit yang dilakarkan Muidz sekata. Saya tidak kira berapa lingkaran orbit yang dilakarnya, tetapi lingkaran terakhir tidak dilakar seperti orbit planet Pluto kerana orbit Pluto melintasi planet Neptun.

"Orbit planet Pluto sengetlah, dia melintasi orbit planet Neptun."
"Tak, ustaz. Kalau orbit melintas orbit planet lain,
berlanggarlah, jadilah kiamat."
"Tapi memang orbit planet Pluto senget, masuk sikit kawasan Neptun. Pluto mengelilingi matahari mengambil masa 128 tahun (ni fakta salah, jangan ikut), kalau tak silap sayalah, jadi sebahagian daripada masa putarannya melintasi Neptun."
"Tapi kan, ustaz, saya terbaca yang Pluto bukan lagi planet."
"Ha? Ye ke?"

Betul ke Pluto kini bukan lagi planet?

Setibanya di rumah, saya terus bertanyakan kepada Lebai Google berkenaan perkara yang dikatakan Muidz. Semua orang tahu, Lebai Google memiliki ilmu yang agak luar biasa banyaknya, sebanyak selautan server yang ada di dunia!

Lebai Google, dengan bantuan Haji Wiki, jawapannya adalah positif, title Pluto telah dilucutkan secara rasmi pada 24 Ogos 2006 oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union - IAU) selepas mentakrifkan semula takrifan planet yang menyingkirkan Pluto daripada takrifan tersebut.

IAU mentakrifkan semula planet sebagai:
  1. sebuah objek yang mempunyai orbit yang mengelilingi matahari;
  2. sebuah objek yang mempunyai jisim yang cukup untuk mencapat bentuk keseimbangan hidrostatik atau hampir bulat; DAN
  3. ia melintasi atau mengganggu orbit planet yang berdekatan atau bersebelahan.

Pluto gagal untuk memenuhi takrifan yang ketiga. Oleh yang demikian, Pluto tersingkir daripada kumpulan planet utama di dalam Sistem Suria dan kini diklasifikasikan sebagai salah satu daripada empat planet kecil (dwarf planets).

Nak terus berbahas dengan Lebai Google dan Haji Wiki, jam dah menunjukkan hampir 2 pagi. Esok pula ada sambutan hari raya di Bangi. Nampaknya tak boleh la nak 'bersembang' panjang...

Lain kalilah ngulasnya...

Tinta mencoret: Banyak ilmu boleh dapat bila rapat dengan budak-budak, bukan hanya ilmu main-main je...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Hujah Haji Wiki dan dua orang kawan Lebai Google, KKSB dan Hasbullah.

No comments:

Post a Comment